Diari Diet (‘sneak peak’ TERKINI)
Sudah siap di cetak dan dijual secara rasmi!
Diari Diet
(oleh Susu Sejat, Ilustrasi oleh Conteng Conteng)
2 Penanda Buku dan ‘mini poster’ (free gift, selagi ada stok)
Pada pertengahan Januari 2013, manuskrip Diari Diet telah dihantar ke syarikat percetakan. Setelah lebih sebulan berlalu, akhirnya proses cetakan keseluruhan material berjaya disiapkan oleh pihak kilang. Kini hanya satu proses kecil sahaja yang tinggal iaitu memasang reben pada setiap ‘bookmark’ yang dijangka akan siap dalam tempoh 2 hingga 3 hari dari tarikh entri ini ditulis (dah tak lama saja lagi).
Apa itu Diari Diet?
Diari Diet merupakan instrumen yang menggabungkan konsep “Diari / Planner + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.
Dengan Diari Diet, usaha anda untuk menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan akan menjadi lebih teratur – ia merupakan diari yang akan membimbing anda menguruskan “trafik kalori” anda satu persatu, dari A hingga Z, sehinggalah anda betul-betul faham akan konsep kalori dalam kehidupan seharian.
Bezanya dengan buku-buku diet yang pernah anda baca sebelum ini? Diari Diet adalah gabungan antara Teori dan Amali – ia adalah buku (teori), dan ia juga adalah diari harian / food @ exercise log anda (amali). Justeru saya percaya, konsep ini adalah yang pertama di Malaysia.
Apa yang ada di dalam Diari Diet?
Secara asasnya ia terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti
1 – Kelas Kalori – revisi dari apa yang pernah saya tulis menerusi Kelas Kalori dalam blog supaya lebih terperinci dan mudah difahami, juga disertakan dengan beberapa infografik agar lebih mudah difahami. Proof Read yang saya jalankan sebelum ini menunjukkan mereka suka dengan konsep ini dan mengaku lebih mudah untuk memahami konsep kalori.
2 – Panduan menggunakan Diari Diet – sedikit penerangan agar anda faham untuk menggunakannya.
3 – Senarai Kalori Makanan dan Senaman – lebih mudah untuk dirujuk apabila hendak mencatat / mengetahui kalori satu-satu makanan.
4 – Food dan Exercise Log untuk 365 hari / 52 minggu – Berbeza dengan Diari dan Planner yang ada di pasaran, ruangan “Log” untuk Diari Diet tidak bersifat ‘fix’ untuk tarikh/tahun tertentu; bererti anda boleh mula menggunakannya bila-bila masa yang anda mahu dan bukannya “1 Januari” seperti yang ada dalam kebanyakan Diari/Planner. Ini kerana, saya memegang konsep bahawa untuk berubah dan berazam, tidak semestinya bermula pada 1 Januari setiap tahun, bila-bila masa pun boleh. Sejurus anda menerima naskhah Diari Diet, anda boleh terus menggunakannya!
5 – Tips Mingguan – Dilampirkan juga tips dalam setiap muka surat (minggu) agar anda kekal motivasi di samping membekalkan ilmu ‘survival’ dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan mantap.
6 – Nota Nutrien – Diselitkan juga beberapa nota untuk anda memahami konsep makanan pada tubuh badan.
7 – Nota Appendix – Lagi diselitkan nota-nota berguna berkenaan Kalori dan Kecergasan di akhir Diari; pendek kata, setiap muka surat pasti di manfaatkan sebaik mungkin dengan meletakkan nota, nota, dan lebih nota untuk rujukan anda!
8 – Maskot En. SS – Anda akan ditemani En. SS sepanjang anda menggunakan Diari Diet, sehinggalah anda mencapai matlamat yang anda mahukan. Dengan adanya En. SS yang comel ini, anda pasti tidak bosan mengaplikasikan konsep kalori ke dalam gaya hidup anda.
9. Lebih info, interaksi dan….. (kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena mendapatkannya dan rasai sendiri pengalamannya)
Status Terkini
Sejak Januari tempoh hari, “pre-order” untuk Diari Diet telah dibuka dan sambutan/tempahan yang diterima amat di luar jangkaan.
Berikut saya lampirkan beberapa ‘sneak peak’ stok awal yang diperolehi dari pihak kilang. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, ‘bookmark’ masih belum di pasang rebennya (dalam proses).
Bagaimana untuk memilikinya?
Sesiapa yang berminat tetapi belum menempah/membeli, anda juga masih belum ketinggalan untuk berbuat demikian. Sila hantarkan butir-butir berikut ke email sususejat[at]gmail.com atau menerusi direct message di Facebook rasmi Susu Sejat:
Nama:
Alamat Pos:
No. Tel:
Jumlah Item:
Kemudian saya akan hantar email/mesej selanjutnya berhubung prosedur pembayaran. Tempahan anda akan dikira “confirm” setelah bayaran diterima.
P/S: Tempahan melebihi 5 item ke atas akan diberikan diskaun istimewa (kadar diskaun diberikan mengikut bilangan item yang ditempah).
UPDATE (28 Mac 2016): Versi terkini Diari Diet ini, dikenali sebagai “Diari Diet v2.0” telah pun dilancarkan pada Mac 2016 dan anda boleh mendapatkannya di sini.
okeh best best..tak sabar nk dpt dairy ss ni…
Cute sangat…..tak sabar nak dptkan diary nie…
Hoyeee….tahniah En. Susu. Tak sabo rasenye. Wish you all the best. Wish me the best too :)
alamak,cepat la siap…x sbr dh kot!! huhuhu~
salam,
en susu sejat, Alhamdulillah Diari Diet sy dah sampai smlm :) best giler! tak sabar2 nk mula diet!
terima kasih byk2 :)
salam..boleh x saya nak order diari sejat ni
w’salam iedah, boleh, ikut prosedur yang dinyatakan tu ya :) thanks
TQ..Diari Diet sy dah sampai..
welcome, moga bermanfaat, good luck!
Salam..
Diari diet ni msih available lg?boleh order lg x?
w’salam.. masih available, tapi tak banyak dah tinggal.. boleh hantar butiran iffah ke email sususejat[at]gmail.com :) TQ
Nak order satu.
w’salam.. boleh hantar butiran nurul ke email sususejat[at]gmail.com :) TQ
hi..ada lagi tak? nakkk =)
Saya nak satu..ade lg x?
Salam, masih available lg ke diari diet? Terlambat plak rasanya…hope msh ada. ;)
waalaikumussalam, masih ada banyak, jika berminat, boleh hantarkan detail tempahan ke alamat email yang tertera :) terima kasih
ade lagi stok?
masih ada.. boleh tempah menerusi email saya sususejat[at]gmail[dot]com
Terima kasih!
ada lagi ke?
Masih ada banyak :) jika berminat, boleh hantarkan tempahan kepada saya menerusi email yang tertera, Terima Kasih
Buku ni sesuai untuk nak naikkan berat badan juga?
Ya, sesuai juga buat mereka yang hendak menaikkan berat badan, dengan cara memantau pengambilan kalori harian :)
salam abang ss, saya nak beli buku diari diet ni…..masih ada lagi ke stoknya.
Stok masih ada lagi, tapi kena cepat.. boleh email saya ke sususejat[at]gmail[dot]com
pada sesiapa yang belum lagi dapat kan diari diet nie sila dapatkan segera yea.. sangat berbaloi…!! tak rugi saya beli.. :)
salam,.ad lagi x?teringinya,..
Assalamualaikum. Sy dah send email utk beli Diari Diet yang sgt menarik nie. Hope to hear from u soon! :)
can i buy it in book shop?
not now. this book is available exclusively only from this blog, at this moment :)
ada lagi x stok diari diet?
masih ada tapi dah tak banyak yang tinggal, boleh email saya untuk menempah.. terima kasih :)
salam, diari diet 2014 dah ade ke?
w’salam, DD 2014 tak ada, tapi yang versi ni pun boleh pakai bila2, 2014 pun boleh.
Masih ada lagi ke DD ini untuk di order?
Terima kasih.
buat masa ini masih ada lagi.. boleh email saya untuk menempah, terima kasih :)
Hai.
Saya nak tanya knp diari x sampai lg sedangkn sudah hampir 1 bulan sy transfer duit..
Salam Nurul Aini,
Terima kasih atas respon. Buat pengetahuan Nurul, semua Diari sudah saya poskan buat masa ini mengikut jadual yang ditetapkan (biasanya saya akan pos dalam minggu yang sama setelah bayaran diterima).
Kes begini jarang berlaku, dan jika berlaku biasanya disebabkan oleh:
1) Saya tak terima emel/inform yang mengatakan ada pembayaran dilakukan.
atau
2) Bungkusan sudah diposkan, tetapi ketika penghantaran dilakukan, tiada penerima di alamat yang dinyatakan, justeru posmen akan tinggalkan notis pada pintu/kotak surat supaya menuntut bungkusan tersebut di pusat pos laju yang berdekatan.
Jadi, boleh saya tahu nama penuh nurul aini ketika melakukan tempahan untuk saya semak semula rekod saya? Kemudian boleh tak forward pada saya semula emel yang Nurul pernah hantar sebelum ini?
Oh ya, saya cuba hantar mesej ni ke alamat emel nurul aini seperti yang tertera, tetapi tak dapat (kena returned)
Hopefully hear more from you soon. Terima kasih :)
available lg tk?
masih available, tapi dah tak banyak yang tinggal.. kalau berminat, boleh hantar butiran tempahan ke email sususejat[at]gmail.com
terima kasih.
Assalamualaikum,
adakah buku Diari Diet masih ada stok..bolehkah saya buat order dan berapa lama lama akan sampai utk delivery..
thanks..
waalaikumussalam, masih ada sedikit lagi yang tinggal.. usually 2-3 hari bekerja dah boleh sampai.
As salam…diari ni ada stok lg x… :)
Ada stok lg ka diet diary ni.nk order pls
Rafidah
0164447672
Hai rafidah, masih ada stok. boleh hantarkan tempahan (nama penuh, alamat pos, no telefon, dan kuantiti DD yang hendak) ke link berikut
https://www.facebook.com/messages/sususejat
atau email saya ke sususejat[at)gmail.com
Terima kasih :)
saya nk buku diari diet. mcmana nk beli?
Hai shuzanna, boleh hantarkan tempahan (nama penuh, alamat pos, no telefon, dan kuantiti DD yang hendak) ke link berikut
https://www.facebook.com/messages/sususejat
atau email saya ke sususejat[at)gmail.com
Terima kasih :)
ada stock lg x?
masih ada..
masih ada stock lagi ke buku ni?
masih ada lagi. boleh PM atau emel saya sususejat[at]gmail.com
Hai..diari diet ni ade tk stok tk lg..
Hai zuniera, masih ada stok lagi. boleh hantarkan tempahan (nama penuh, alamat pos, no telefon, dan kuantiti DD yang hendak) ke link berikut
https://www.facebook.com/messages/sususejat
atau email saya ke sususejat[at)gmail.com
Terima kasih :)