Diari Diet – “Cover” pilihan anda?

The New Beginning of 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya “Projek DD” yang dicanangkan sejak April 2012 akhirnya dapat diteruskan hingga ke saat ini, meskipun telah tertangguh beberapa kali. Dengan usaha yang tidak pernah jemu, dorongan berterusan dari keluarga, teman tersayang dan rakan-rakan SS, dibantu pula dari segi teknikal oleh saudara blogger Conteng-conteng yang saya fikir cukup kreatif orangnya, maka lahirlah, apa yang kini anda ketahui sebagai…

Diari Diet!

Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, apa itu “Diari Diet”? Diari Diet merupakan manifestasi kepada apa yang saya perjuangkan selama ini menerusi penulisan-penulisan saya di SusuSejat.Com. Ia merupakan sejenis instrumen, saya lebih suka menggelarkannya “semi-hibrid” kerana ia merupakan gabungan “Diari / Planner + Buku + Personal Coaching”.

Dengan adanya Diari Diet, usaha anda untuk menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan akan menjadi lebih teratur – ia merupakan diari yang akan membimbing anda untuk menguruskan “trafik kalori” anda satu persatu, dari A hingga Z, sehinggalah anda betul-betul faham akan konsep kalori dalam kehidupan seharian. Bezanya dengan buku-buku diet yang pernah anda baca sebelum ini? Diari Diet adalah gabungan antara Teori dan Amali – ia adalah buku (teori), dan ia juga adalah diari harian / food @ exercise log anda (amali). Justeru saya percaya, konsep ini adalah yang pertama di Malaysia (saya akan ceritakan lebih lanjut ciri-ciri Diari Diet ini minggu hadapan)

mr.ss-maskot

Maskot / watak utama dalam Diari Diet, “Mr. SS”

Kini proses pembikinan Diari Diet telah sampai ke penghujungnya, di mana saya perlu memilih “cover design” untuk dijadikan muka hadapan rasmi produk sulung dari Susu Sejat ini sebelum diserahkan ke kilang untuk dicetak. Dengan ini, saya memberi penghormatan besar kepada pembaca-pembaca dan geng-geng SS di luar sana untuk mengundi salah satu “cover design” yang ada di bawah. “Cover design” yang mendapat undian paling tinggi akan dijadikan muka hadapan rasmi Diari Diet. Tempoh untuk mengundi adalah sehingga Sabtu ini jam 9 malam (3 hari, 3 malam). Setiap individu hanya boleh mengundi satu “cover design” sahaja – oleh itu pilihlah sebaiknya.

Cover Design #11.
.

atau….
.

Cover Design #2
2

Yang mana satu “cover design” pilihan anda? Anda boleh membuat undian menerusi pautan berikut (Facebook): https://www.facebook.com/questions/592930047390568/

Selamat mengundi!
(tempahan Diari Diet hanya akan dibuka mulai minggu hadapan, saya akan ceritakan lagi dalam entri berkaitan Diari Diet yang akan datang, nantikan…)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *