Diari Diet Sedang Di Cetak (Stok Awal Terhad!)

Tempahan di buka sekarang…

Diari-Diet-FinalDiari Diet (oleh Susu Sejat)

RM25
Pos Laju: RM7 (Seluruh Malaysia)
Ukuran A5
172 mukasurat (Berwarna + Greyscale)
Spiral binding
Penanda Buku (free gift)
.

Manuskrip Diari Diet sudah dihantar kepada syarikat percetakan. Proses cetakan dijangka memakan masa sebulan dari tarikh ia dihantar (dijangka siap pertengahan Februari depan). Sekiranya ada perubahan, saya akan segera menghebahkannya di blog, Facebook dan Twitter. Terima kasih terlebih dahulu kepada pembaca yang mengundi design dan warna tema untuk keluaran sulung Diari Diet.

Apa itu Diari Diet?

Diari Diet merupakan manifestasi kepada apa yang saya perjuangkan selama ini menerusi penulisan-penulisan saya di SusuSejat.Com. Ia merupakan sejenis instrumen yang menggabungkan konsep “Diari / Planner + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.

Dengan adanya Diari Diet, usaha anda untuk menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan akan menjadi lebih teratur – ia merupakan diari yang akan membimbing anda untuk menguruskan “trafik kalori” anda satu persatu, dari A hingga Z, sehinggalah anda betul-betul faham akan konsep kalori dalam kehidupan seharian. Bezanya dengan buku-buku diet yang pernah anda baca sebelum ini? Diari Diet adalah gabungan antara Teori dan Amali – ia adalah buku (teori), dan ia juga adalah diari harian / food @ exercise log anda (amali). Justeru saya percaya, konsep ini adalah yang pertama di Malaysia.

Apa yang ada di dalam Diari Diet?

Secara asasnya ia terbahagi kepada beberapa bahagian utama, bermula dari

1 – Kelas Kalori – revisi dari apa yang pernah saya tulis menerusi Kelas Kalori dalam blog supaya lebih terperinci dan mudah difahami, juga disertakan dengan beberapa infografik agar lebih mudah difahami. Proof Read yang saya jalankan sebelum ini menunjukkan mereka suka dengan konsep ini dan mengaku lebih mudah untuk memahami konsep kalori.

42 – Panduan menggunakan Diari Diet – sedikit penerangan agar anda faham untuk menggunakannya.

3 – Senarai Kalori Makanan dan Senaman – lebih mudah untuk dirujuk apabila hendak mencatat kalori makanan, versi ini juga telah dikemaskini dengan penambahan beberapa item baru.

14 – Food dan Exercise Log untuk 365 hari / 52 minggu – Berbeza dengan Diari dan Planner yang ada di pasaran, ruangan “Log” untuk Diari Diet tidak bersifat ‘fix’ untuk tarikh/tahun tertentu; bererti anda boleh mula menggunakannya bila-bila masa yang anda mahu dan bukannya “1 Januari” seperti yang ada dalam kebanyakan Diari/Planner. Ini kerana, saya memegang konsep bahawa untuk berubah dan berazam, tidak semestinya bermula pada 1 Januari setiap tahun, bila-bila masa pun boleh. Sejurus anda menerima naskhah Diari Diet, anda boleh terus menggunakannya!

25 – Tips Mingguan – Dilampirkan juga tips dalam setiap muka surat (minggu) agar anda kekal motivasi di samping membekalkan ilmu ‘survival’ dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan mantap.

6 – Nota Nutrien – Diselitkan juga beberapa nota untuk anda memahami konsep makanan kepada tubuh badan.

37 – Nota Appendix – Lagi diselitkan nota-nota berguna berkenaan Kalori dan Kecergasan di akhir Diari; pendek kata, setiap muka surat pasti di manfaatkan sebaik mungkin dengan meletakkan nota, nota, dan lebih nota untuk rujukan anda!

8 – Maskot En. SS – Anda akan ditemani En. SS sepanjang anda menggunakan Diari Diet, sehinggalah anda mencapai matlamat yang anda kehendaki. Dengan adanya En. SS yang comel ini, anda pasti tidak bosan mengaplikasikan konsep kalori ke dalam gaya hidup anda.

mr.ss-maskot9. Lebih info, interaksi dan….. (kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena mendapatkannya dan rasai sendiri pengalamannya)

Bagaimana untuk memilikinya?

Diari Diet dijangka mula diedarkan mulai pertengahan Februari ini (sebulan selepas dihantar untuk dicetak). Walaubagaimanapun, stok cetakan awal ini adalah terhad bilangannya. Untuk memastikan anda tidak terlepas memilikinya, anda dinasihatkan untuk melakukan tempahan awal (pre-order). Dengan cara ini, anda bukan sahaja tidak perlu khuatir untuk terlepas diari yang dinanti-nantikan ini, tetapi prioriti untuk penghantaran juga akan diberikan kepada anda terlebih dahulu sekaligus menjadikan anda antara yang pertama memilikinya.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, hantarkan butir-butir berikut ke email sususejat[at]gmail.com atau menerusi direct message di Facebook rasmi Susu Sejat:

Nama:
Alamat Pos:
No. Tel:
Jumlah Item:

Kemudian saya akan hantar email/mesej selanjutnya berhubung prosedur pembayaran (jumlah yang perlu dibayar dan maklumat pembayaran). Tempahan anda akan dikira “confirm” setelah pembayaran diterima.

P/S: Tempahan melebihi 5 item ke atas akan diberikan diskaun istimewa (kadar diskaun  diberikan mengikut bilangan item yang ditempah).