Diari Diet TERBARU! (Keluaran 2019)

Pada yang telah lama mengikuti perjalanan Projek Diari Diet oleh team Susu Sejat, pasti menyedari bahawa setiap 3 tahun akan terbit versi terkini Diari Diet memandangkan trend ini wujud sejak kemunculan Diari Diet edisi pertama (2013) hinggalah kepada terbitnya edisi yang kedua a.k.a Diari Diet versi 2.0 (2016).

Kini, 3 tahun telah berlalu sejak kemunculan Diari Diet v2.0. Persoalannya kini adalah, akan adakah pengganti terbaru bagi planner diet yang telah membantu ramai insan berjaya mencapai berat badan yang mereka idami?

Jawapannya, pasti ada!

Namun istimewa pada edisi kali ini, bukan satu Diari Diet yang akan muncul.. bukan juga dua..

Tetapi 3 buah Diari Diet dijangka akan ‘lahir’ bermula Januari 2019!

Mungkin akan ada pengguna Diari Diet sebelum ini yang akan bertanya, mengapa keluar sampai 3 diari terus? Mengapa yang keluar itu bukan Diari Diet v3.0?

Selaras dengan penjenamaan semula jenama “Diari Diet” atau DD, mulai edisi kali ini juga, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan kesinambungan penggunaan “v3.0” bagi merujuk edisi kali ini. Sebaliknya nama yang lebih unik akan digunakan bagi setiap Diari tersebut.

Logo terbaru bagi jenama Diari Diet atau “DD”. Sekali tengok, ia agak iras dengan simbol “fast forward” pada paparan pemain media. Justeru logo ini bolehlah ditafsir sebagai membawa maksud, progresif, energetik serta maju ke hadapan.

Apa itu Diari Diet?

Diari Diet merupakan product line planner diet dan kesihatan di bawah terbitan Susu Sejat Dot Com. Ia pada asalnya merupakan planner peribadi yang menggabungkan konsep “Planner diet + Buku diet + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.

Diari Diet dihasilkan menerusi usahasama dua orang blogger iaitu Hasrizul (Sususejat.com) bertindak sebagai pengurus projek serta penulis, manakala blogger kedua, Fadhli (Contengconteng.com) pula bertindak sebagai ilustrator dan designer.

Sejak diperkenalkan pada awal tahun 2013, Diari Diet telah mendapat tempat di hati peminatnya. Selain testimoni pengguna yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka ke tahap ideal, Diari Diet diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat kerana ciri-ciri uniknya yang tidak terdapat dalam mana-mana Food Diary atau Fitness Diary yang ada di pasaran.

Diari yang direka 100% oleh anak tempatan ini mempunyai ciri-ciri gaya penyampaian yang mudah difahami, amat berinformatif serta mempunyai reka letak dan ilustrasi yang menarik. Ia juga merupakan salah satu planner diet yang pertama dihasilkan di Malaysia.

Menyedari bahawa konsep Diari Diet ini boleh diperluaskan lagi untuk kumpulan sasaran yang berbeza, maka mulai tahun 2019, 3 jenis Diari Diet dijangka akan diterbitkan oleh Susu Sejat Dot Com yang menyasarkan 3 niche pengguna yang berbeza.

Diari Diet KIDZ, Diari Diet START! dan Diari Diet PRO.

Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, apakah perbezaan yang terdapat pada ketiga-tiga Diari Diet di atas?

DIARI DIET “KIDZ” – merupakan buku yang menggabungkan 3 elemen iaitu buku aktiviti/kerja + komik bertemakan Sains + nota Pendidikan Jasmani khas untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun. Objektif utama DD KIDZ adalah untuk mendedahkan kanak-kanak dengan konsep asas gaya hidup sihat namun dalam setting yang agak menghiburkan.

Harapan kami menerusi DD KIDZ agar anak-anak anda kembali engage dengan buku berbanding leka menghabiskan masa dengan gadget. Selain itu, kami percaya DD KIDZ mampu memupuk hubungan kekeluargaan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak memandangkan terdapat beberapa aktiviti di dalam buku ini yang memerlukan penglibatan bersama ibu bapa.

DD KIDZ dijangka terbit pada pertengahan Januari 2019 (cetakan bermula Disember 2018).

DIARI DIET “START!” – merupakan kesinambungan 2 versi Diari Diet yang diterbitkan sebelum ini yang mana ia menggabungkan elemen “Planner diet harian + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1. Ia merupakan diari yang akan membimbing penggunanya dalam menguruskan “trafik kalori” dengan lebih tersusun dan efektif agar matlamat mereka dalam menurunkan/menaikkan berat badan dapat dicapai.

Sesetengah mungkin merujuk ia sebagai Diari Diet v3.0 (yakni versi tambah baik v2.0). Namun kami lebih selesa merujuknya sebagai DD START! (START! di sini membawa maksud bermulanya detik perubahan gaya hidup kepada yang lebih baik).

DD START! ini dijangka terbit pada pertengahan Januari 2019 (cetakan bermula Disember 2018).

DIARI DIET “PRO” – merupakan Diari Diet khas buat “fitness addicts” atau “fit junkies” atau mereka yang hendak mula menjaga tahap kecergasan mereka agar lebih berstrategi dan tersusun.

Kerangka DD PRO berbeza dengan DD START! dari segi fokusnya terhadap elemen kecergasan dan penjagaan nutrisi yang lebih terperinci. Selain itu, pengguna yang telah menggunakan DD START! juga boleh menggunakan DD PRO ini sebagai kesinambungan motivasi dalam misi mengamalkan gaya hidup sihat.

Diari ini dijangka terbit pada akhir Mac 2019 (cetakan bermula awal Mac 2019).

Untuk memahami dengan lebih jelas perbezaan dan fungsi ketiga-tiga Diari Diet ini, anda boleh rujuk jadual ciri-ciri setiap diari di bawah.

Sneak peek‘ (preview) kandungan

Untuk melihat serba sedikit kandungan dalaman Diari Diet KIDZ, Diari Diet START! dan Diari Diet PRO, boleh rujuk keratan-keratan kandungan di bawah (kita ‘leak’ sikit-sikit dulu yea, hehe).

Preview bahagian Komik Sains dalam Diari Diet KIDZ.

Preview bahagian Info Diet dalam Diari Diet KIDZ.

Preview bahagian Aktiviti dalam Diari Diet KIDZ.

Preview Diari Diet START & PRO.

Preview Diari Diet START.

Preview Diari Diet START.

Amacam, menarik kan kandungan dan susunan ilustrasi dalam ketiga-tiga Diari ni? Hehe..

Adakah anda berminat untuk mendapatkan ketiga-tiga Diari Diet di atas?

Pra-tempah untuk Diari Diet KIDZ, Diari Diet START! dan Diari Diet PRO kini telah dibuka secara rasmi bermula 22.11.18 (Khamis). Antara kelebihan membuat pra-tempahan awal untuk diari-diari ini adalah:

  • akan terima diari lebih awal dan secara berjadual berbanding mereka yang tidak menempah
  • keutamaan untuk didahulukan pengeposan sekiranya stok tidak mencukupi (biasanya untuk cetakan pertama ini, kami akan cetak sedikit dahulu atas faktor kos)
  • tandatangan penulis (atas permintaan penempah)

Selain boleh dibeli secara berasingan, anda juga boleh mendapatkan diari-diari ini menerusi beberapa pakej istimewa yang ditawarkan di bawah. Tahukah anda, sekiranya anda melakukan pra-tempah awal untuk ketiga-tiga Diari yang super awesome ini, anda layak untuk menerima beberapa FREE GIFTS yang amat berbaloi-baloi??

Justeru, pada sesiapa yang berminat untuk membuat pra-tempah awal untuk Diari Diet di atas, sila hantarkan butiran seperti berikut:

Nama:
Alamat Pos:
No. Tel:
Jenis Diari / Pakej:

ke salah satu saluran berikut untuk mula menempah:

  1. ↗ FB Direct message di Facebook Susu Sejat
  2.   Whatsapp ke 013-482 4902

**Stok FREE GIFTS untuk pakej FULL SET hanya terhad kepada 100 penempah pertama sahaja, justeru tempahlah sekarang sebelum TERLAMBAT!**

NOTA: Update Projek Diari Diet 2019 ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman FB Susu Sejat, laman Instagram serta channel rasmi Susu Sejat di Telegram.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *