Diari Diet versi 2.0 (Proses Pembikinan)

DD2013

Diari Diet versi 2.0 (DD v2.0) bukan lagi rahsia.

Sejak dari pertengahan 2015 lagi, cadangan untuk menghasilkan prototaip bagi menambahbaik dan menggantikan Diari Diet versi asal (DD v1.0 keluaran 2013) sering dicanang di laman sosial.

Dan setiap kali dicanang, setiap kali itu jugalah ramai yang menyatakan ketidaksabaran mereka untuk melihat sendiri ‘masterpiece‘ saya bersama pelukis berbakat Fadhli si Conteng-Conteng.

Pada malam yang bersejarah ini, saya mengambil keputusan untuk mendedahkan sedikit (orang puteh panggil ‘sneak peek‘) di sebalik tabir pembikinan DD v2.0, khas untuk pembaca sekalian yang ingin melihat sendiri bagaimana DD v2.0 ini dihasilkan.

Secara ringkas berikut adalah gerak kerja proses pembikinan DD v2.0.

flowchart proses pembikinan

1 – Brainstorming, Research!

Segalanya bermula apabila saya bertemu En Fadhli Hamdan pertengahan tahun lalu di mamak. Menerusi perbincangan singkat ini, kami buat sedikit ‘post mortem’ berkenaan DD v1.0, apa kelebihan dan kekurangannya, serta idea-idea segar yang boleh diterapkan dalam DD v2.0.

11168956_1198291733521060_7880549673053052235_n

En. Fadhli Hamdan a.k.a Conteng Conteng

2 – Konsep dan deraf awal oleh Susu Sejat

Sebelum deraf awal disiapkan, saya telah melaburkan sedikit wang dan masa untuk research berkenaan food dan exercise log. Beberapa pandangan dari pakar pemakanan berkenaan DD v1.0 sebelum ini juga diambil kira.

10384806_1195802207103346_6165313107510816506_n

Sumber rujukan ketika proses R&D

3 – Layout dan artwork oleh Conteng-conteng

Deraf awal yang terdiri dari teks telah diserahkan kepada ilustrator, Fadhli Hamdan, untuk proses seterusnya… rasanya tak perlu diterangkan dengan terperinci apa yang dia buat, faham-faham je lah ye. (Pssttt.. ilustrator dah upgrade skil dia. Kalau dulu sketch atas kertas dahulu, kemudian imbas guna mesin pengimbas, sekarang ni dah pandai mencontiang atas sketch pad dan guna vektor).

12470767_10153714468076900_329340786_o

Maskot kotak susu dalam DD v2.0 juga telah melalui satu transformasi yang besar. Beberapa ilustrasi yang pernah digunakan dalam DD v1.0 telah melalui proses ‘re-mastered’. Hasilnya, rajah nampak lebih bersih dan solid.

remastered

Apa macam? Nampak tak perbezaan di antara sebelum dan selepas proses re-mastered? :)

RM

4, 5, 6 – Deraf pertama proses semakan

Dummy dihasilkan untuk melihat rupa sebenar DD v2.0 sekiranya ia siap dicetak, justeru sebarang kekurangan dari segi layout dan design dapat dikenal pasti dengan mudah.

semak-1

Deraf pertama yang telah siap perlu disemak terlebih dahulu untuk melihat ketepatan dari segi kandungan, ayat/tatabahasa, ralat typo, serta format dan type-setting nya.

semak-2

Sampai giliran saya untuk menyemak semula deraf pertama

7 – Undian ‘cover’ depan oleh pembaca

Kami telah memberikan kebebasan kepada para pengikut di FB untuk memilih design mana yang dirasakan menarik. Percaya atau tidak, majoriti telah memilih design B untuk menjadi ‘cover’ rasmi DD v2.0!

final round VOTE

Saya personally suka design A, tapi tak apalah.. beralah sikit untuk fans apa salahnya :)

1917773_1215830428434055_97617344020921456_n

Ehsan Conteng Conteng (inilah working area si ilustrator)

8, 9 – Susunan akhir, mula cetak!

Boleh dikatakan, DD v2.0 sudah 99% siap. 1% yang tinggal kini kami serahkan kepada pihak kilang pencetak dan HASIL AKHIRNYA dijangka siap pertengahan/akhir Februari 2016.

Jadi itulah sedikit sebanyak ringkasan bagaimana DD v2.0 ini dihasilkan. Macam mana? Best tak?

Percayalah, bukan mudah nak menghasilkan DD v2.0 ini, tapi pada kami berdua, ia merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Kami juga dah tak sabar untuk berkongsikan keseronokan ini kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Untuk tidak mengecewakan anda, saya kongsikan lagi beberapa gambar ‘sneak peek‘ manuskrip akhir DD v2.0 , khas buat tatapan semua.

sp1

Salah satu strip komik yang ada dalam DD v2.0

sp2

Aminah dah tak dipanggil berlakon dalam DD kali ni. Kita panggil Elizabeth Tan yang memegang watak sebagai “Mei Lin” :p

sp3

Selain dari senarai kalori yang dikemaskini (updated), contoh hidangan juga dimasukkan untuk memudahkan para pengguna membuat perbandingan dan rujukan.

sp4

Salah satu anjakan besar dalam DD v2.0 – ia mengandungi 11 muka surat khas yang khusus pasal senaman sahaja.

sp5

Selain dari log untuk makanan (diet) dan senaman, log untuk perceive stress level and hunger juga dimasukkan.

sp6

Lebih indikator kemajuan, lebih tip gaya hidup sihat dimasukkan..

Demikianlah tadi sedikit perkongsian berkenaan proses pembikinan DD v2.0. Dalam masa yang sama, dapat juga intai sikit-sikit isi kandungan DD v2.0 ni, ye tak?

Oh, sebelum terlupa, DD v2.0 dijangka LEBIH TEBAL dari DD v1.0 (2013). Kalau tak salah dalam 240 muka surat juga. Maklumat-maklumat lain berkenaan perbezaan antara DD v1.0 dan DD v2.0 akan saya umumkan lagi nanti dari semasa ke semasa.

Mungkin ramai yang mula bertanya, bila dan bagaimana boleh Pre Order DD v2.0 ni?

Lawati laman Facebook FB susu sejat atau emel sususejat[at]gmail.com untuk membuat Pre-order. Inshaa Allah, ganjaran istimewa akan diberikan kepada mereka yang membuat pre-order dalam bulan Februari ini :)

Joy Kalonas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *