Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang (Minggu 4)

Sambungan Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang (Minggu 3)

Salam 1 swimming pool!

Jaguh renang dunia, Michael Phelps sedang melakukan rutin kuak dada.
Sumber dari Flickr.

Tiada banyak benda baru yang aku belajar untuk minggu ke-4 ni. Seperti juga minggu sebelumnya, coach Mas lebih fokus untuk memperbaiki skill renangan kuak katak (kuak dada) aku yang berterabur seperti gigi Pak Hamid Gurkha.

Jika koordinasi lower body penting kerana ia merupakan enjin utama yang menggerakkan kita ke hadapan (rujuk diari minggu 3), koordinasi upper body kuak dada tidak kurang pentingnya juga. Ia menentukan selancar mana kita bertukar-tukar nafas di atas permukaan air. Tanpa pertukaran nafas yang sempurna, sudah pasti renang tersebut akan menjadi hancur-sehancurnya. Bayangkan jika karburetor enjin kereta anda tersumbat, lalu enjin tidak mendapat oksigen yang mencukupi untuk tujuan pembakaran, rasa-rasanya kereta anda boleh bergerak ke hadapan?

Apabila kita mengangkat kepala (sebenarnya mengangkat dada ke atas), tangan secara refleksnya akan ‘membuka’ sedikit lalu memukul air kebelakang – tindakan yang saling tak tumpah seperti dayung sesebuah sampan. Perlu diingatkan bahawa kepala kita berada di atas permukaan air tidak sampai 1 saat, maka dengan itu masa yang ada haruslah digunakan sebaiknya untuk menyedut udara (oksigen) sebanyak yang mungkin. Udara (karbon dioksida) pula tidak dilepaskan terus ketika itu, tetapi dilepaskan apabila kepala berada di bawah permukaan air (blow bubble). Kesimpulannya di sini:

Kepala di atas permukaan air = Tarik nafas
Kepala di bawah permukaan air = Lepas nafas

Bagaimana pula rupa koordinasi upper dan lower body ini apabila digabungkan? Sungguh aku mati akal untuk menceritakannya dengan perkataan kerana ia merupakan suatu gerakan yang sungguh kompleks. Terima kasih kepada wikipedia kerana membekalkan imej-imej yang aku rasa sangat membantu ini.

“Pandangan Hadapan”
“Pandangan Sisi”
“Pandangan Atas”

Secara jujurnya, aku rasa kuak dada merupakan gaya renangan yang paling susah untuk dipelajari. Aku sungguh tak faham mengapa ramai coach renang di luar sana (termasuk coach Mas) mengajar gaya renangan ini kepada si amatur terlebih dahulu berbanding gaya renangan yang lain. Mungkin coach Mas ada jawapannya barangkali?

Berikut adalah beberapa ‘kesukaran’ yang bakal dialami ketika mempelajari kuak dada buat kali pertama, berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang perenang amatur:

1Bernafas ketika kepala di atas permukaan air. Bunyinya mungkin mudah seperti memakan kacang, tetapi percayalah, ia sesuatu yang amat sukar dilakukan. Tidak percaya? Tanyalah coach Mas berapa kali aku tersedut air (masuk sampai kepala, memang menyakitkan).

2Mengapungkan badan supaya tidak tenggelam. Tidak dapat dinafikan lagi, kaki aku berat, memang sentiasa jatuh ke bawah lalu mencecah lantai kolam. Lutut saya menjadi sangat lebam kerana terhantuk pada dasar kolam beberapa kali.

3Koordinasi kaki, tangan dan kepala. Untuk permulaan, memang sukar untuk memastikan ketiga-tiga ini berkerja mengikut turutan yang betul, mesti ada sahaja kesilapan yang dilakukan. Macam badut.

Putera katak tengah berenang. Sikit lagi cecah lantailah kaki tu!

Bersambung…

Comments

  1. By Eta

    Reply

  2. By attiesya

    Reply

  3. By Joy Kalonas

    Reply

  4. Reply

  5. By mas

    Reply

  6. Reply

    • Reply

  7. By Wawa

    Reply

  8. By sally

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *