Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang (Minggu 5)

Sambungan Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang (Minggu 4)

Apa yang ada di sebalik nama “Aquadolf”?

Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang minggu ini mungkin sedikit berbeza dengan diari-diari minggu yang sudah. Asyik bercerita tentang teknik berenang saja, mesti bosan juga kan? Sekali-sekala kena bercerita santai juga. Maka untuk minggu ni, SS nak buat sedikit ‘close-up‘ berkenaan geng-geng “Aquadolf” ni.

Siapa “Aquadolf”? Pasti mereka ialah sekumpulan jurulatih renang, takkanlah juralatih bola sepak pula, ye tak? Tetapi jangan tak tahu, skill mereka tidak terhad kepada mengajar renang di kolam sahaja. Berikut adalah profil mereka:

LSSM Lifesaving Instructor
ASUM Swimming Instructor
LSSM Member
CPR, First Aid & Emergency Rescue Trainer
Scuba Diver
AIDA Freediver

Selepas ni, kepada sesiapa yang berminat nak merasai pengalaman berskuba sambil melihat hidupan-hidupan marin yang comel-comel, bolehlah mencari mereka. Ok? (Ingatkan kalau ada peluang lepas ni, rasa nak join berskuba sekali. Tapi tunggulah aku pandai berenang dulu, hehe)

Kecil tetapi lengkap. Itulah ungkapan yang sesuai dilabel pada ‘markas’ geng-geng Aquadolf yang terletak tidak berapa jauh dari Hospital Assunta, Petaling Jaya ni.

Berapa besar kolam yang ada di sini? Aku pun sukar nak agak, mungkin juga bersamaan dengan 3 kali keluasan gelanggang badminton. Tapi apa-apa pun, keluasan sebegini dah cukup untuk kegunaan belajar beginner seperti aku ni. Kedalaman pun setakat pinggang sahaja parasnya, risiko untuk lemas pun tak lah berapa tinggi. Cuma pada satu-satu masa, air kolam ni rasanya sejuk semacam. Menurut Coach Mas, itu disebabkan oleh keadaan kolam yang berbumbung. Kadang-kadang, kesian pula tengok kanak-kanak terpaksa keluar dari kolam hanya tak sampai setengah jam disebabkan terlalu sejuk. Tapi dengar cerita nak tambah fungsi pemanas (heater) di kolam ni nanti, betul ke coach?

Buat pengetahuan semua, untuk mengisi penuh kolam buatan ini sahaja memakan masa selama satu minggu! Bayangkan berapa ratus gallon air yang terdapat dalam kolam ni, bukan senang nak isi sampai penuh. Tak macam aquarium kita di rumah yang boleh di salin air bila-bila masa yang kita mahu, aplikasi yang sama tak boleh dilaksanakan kepada kolam ni, atau bil air Aquadolf akan melambung-lambung tinggi setiap bulan. Oleh sebab itu, untuk memantau kebersihan kolam buatan ini, terpaksalah menggunakan cara klasik ni – klorin (untuk membasmi kuman) dan pam air (untuk memastikan warna air tu sentiasa jernih dan tidak berlumut).

Pam yang bertanggung-jawab menjernihkan air kolam di sini

Siapa yang pernah datang belajar berenang di sini pun mesti tahu yang ‘markas’ Aquadolf ni juga mempunyai komuniti kucing yang agak ramai. Aku tak ingat berapa ekor kucing yang terdapat di sini, tapi yang pasti kucing-kucing di sini kurus-kurus tak macam tuan mereka, hehehe. Bayangkan pertama kali aku dukung kucing-kucing tu, bergetar-getar kaki kucing tu cuba untuk melepaskan diri. Ada siap seekor tu, aku nampak masa pertama kali datang, nak berdiri dan berjalan-jalan pun terketar-ketar. Cuma baru-baru ni nampaklah sihat sikit, tapi masih kurus. Coach-coach di Aquadolf kena rajin bagi kucing-kucing tu minum susu, baru nampak gemuk dan sihat sikit. Betul tak?

Sampai dah terpanjat-panjat anak-anak kucing ni. Lapar sangat lah tu.

.

Dah macam rupa mayat (kena bunuh) kucing ni tidur

.

Melentik pula si kucing ni. Rasanya Coach Mas kena kerah diorang ni sikit supaya pandai berenang dan jangan malas-malas, macam..

.

… dia ni!

Comments

  1. By cik jijah

    Reply

  2. By Mariah

    Reply

  3. By Mas

    Reply

  4. By pot's

    Reply

  5. By ayuni

    Reply

  6. By sally

    Reply

  7. By qas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *