“Direktori Sihat” merupakan satu lagi ruangan baru yang diperkenalkan oleh Susu Sejat. Ia bertujuan untuk mengumpulkan pengkalan maklumat akan lokasi makanan harian yang sihat yang semestinya sangat jarang dijumpai di kedai-kedai biasa. Maklumat yang terdapat di sini diharapkan sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin mendapatkan makanan berkualiti untuk tujuan diet yang sihat. Jom menyokong gaya hidup sihat!
******
1 – Susu Skim
Definisi: Susu lembu yang mempunyai paras lemak di bawah nilai 1%, atau lebih mudah diklasifikasikan sebagai “susu tanpa lemak”. Kebiasannya kandungan protein di dalamnya adalah lebih tinggi berbanding susu biasa. Perbezaan di antara susu rendah lemak dan susu skim boleh dirujuk dalam entri berikut.
Lokasi jualan:
- Hampir kesemua cawangan Tesco di seluruh Malaysia menerusi jenama “Tesco Light Choices” (tepung bancuhan)
- Jenama Sunlac (tepung bancuhan) terdapat di pasaraya Haniffa (KL), Isetan, Jusco, dan beberapa kedai runcit tertentu
- Jenama F&N (Cecair) boleh dikatakan dijual hampir di semua pasaraya besar Tesco, Giant, Jusco, dan Carrefour.
******
2 – Steel Cut Oats
Definisi: Perbezaan di antara Steel Cut Oats dan Oat dari jenis “Rolled” seperti produk Quaker oats atau Captain oats boleh dirujuk dalam entri berikut.
Lokasi jualan:
- Terdapat di pasaraya Carrefour (jenama Carrefour, tapi SS belum sempat berkunjung ke sama lagi untuk review)
- Cold Storage Subang Parade. Tetapi harganya mahal sikit daripada oats biasa (info & foto sumbangan Hannah Madihah)
Senarai produk di dalam “Direktori Sihat” ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sekiranya anda ingin menyumbangkan info makanan/produk dan lokasinya, amat dialu-alukan untuk berbuat demikian menerusi emel sususejat[at]gmail.com atau kongsikannya di laman Facebook SusuSejat.

akm… saya dah lebih 3bulan mengikuti sususejat ni. sehingga pd 27 julai lepas. saya ade kursus di UPM saya perrgi beli buku dikedai buku yg ada di sana, saya beli buku panduan diet mengikut jenis darah B sbb saya berdarah B. Buku itu adalah hasil kajian seorg dr lupe plak nama dia. klu ss ade kesempatan cubelah kaji buku tu… dan bagi sikit respon. k
w’salam,boleh beri saya maklumat lanjut tentang buku tu? Nanti ada kelapangan saya cuba cari dan review…
aku cadangkan tepung gandum tanpa BENZOYL PEROXIDE.. serta bahan2 makanan yang tidak menggunakan tepung gandum yang mengandungi BP.. tepung gandum yang asal berwarna kekuningan, untuk menjadikannya putih melepak BP digunakan sebagai bahan peluntur.. antara side effect BP ni ialah ia berpotensi untuk menjadi tumor promoter..
masalahnya kebanyakan makanan berasaskan tepung gandum dibuat dengan tepung with BP..
tapi bukannya takda alternatif.. contohnya, roti canai (with BP) boleh digantikan dengan capati (without BP).. roti putih biasa ganti dengan roti whole meal.. mee kuning ganti dengan spaghetti..
sebelum ni aku beli tepung atar je tapi sekarang ni jenama Faiza pon dah ada jual tepung tanpa BP..
great info, I will look up for more ;)
like x100!
salam…susu anlene tu ok ker???sbb tanpa lemak jgk kan
salam dilema, susu anlene masih ada lemak, sebab ia susu campuran semula. Kalau nak beli susu yang tanpa lemak, elok ambil susu skim (Jenama Tesco Choice dan Sunlac).
salam joy…sy smlm dah beli STEEL CUT OATS…masalahnya nya steel cut oat..ni lambat nak kembang kenakan suhu panas yg tinggi..utk masak jika kita opis susah nak cari dapur..soalannya bole kita mkn yg masih rasa keras lg belum lembuk(cukup masak)
salam emus, kalau boleh jangan sampai terlalu keras, biar lembut sedikit tak apa. Dalam kes nak cepat seperti di pejabat pula, tak apa kalau nak ambil oat yang biasa, sebab nak kejar masa kan. lainlah kalau di rumah, atau ketika cuti, atau ketika ada banyak masa. =)
saya bersenam 30 minit sehari,x ambil minuman manis(teh)waktu pagi,control makanan berasaskan lemak,tp masih lambat turun berat badan.saya mula control makan bln 3,sekarang hanya hlg 5kg je.mcmana nak hilangkan lemak bdn terutama bahagian tengah bdn(perut,punggung& paha)blh dptkan tip?
kena sentiasa buat senaman kardio secara berterusan, kerana menerusi senaman kardio sahaja banyak kalori yang dapat dibakar. Untuk tips lanjut, boleh rujuk di sini: http://sususejat.com/kecilkan-paha-dalam-masa-sebulan/
saya mengalami masalah plateu yg sgt kronik.. berat tak nak turun dah hampir 2 bulan dan mudah naik… berat skrang 52.5 dengan ketinggian 156.. saya nak turun sehingga 47-48… macamane ye.. sangat tensen…
Badan Jane dah menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori sebegitu sebab badan Jane berfikir “kalau tuan aku terus buat macam ni, mau menyusut aku, tak boleh jadi ni”. Cara untuk atasi masalah ini adalah dengan memaksa meningkatkan lagi metabolik rate supaya BMR meningkat sekaligus meningkatkan pengeluran kalori… mungkin boleh cuba 30 tip meningkatkan kadar metabolisma yang saya kongsikan dalam ebook (boleh download dari link sebelah kanan). dalam masa yang sama, rombak juga senaman, ia sangat membantu. Good Luck ye…! ;)
TQ SS.. SS CUME NAK BG MINTAK TLONG.. EMM BOLEH TAK SS SEDIA KAN CONTOH SENAMAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK WEIGHT LOSS.. KATA LA PROGM TURUN 4KG DALAM 4MINGGU KE… EHEHEHE….YG MANA SS SEDIAKAN MENU SERTA JENIS SENAMAN YG PERLU DILAKUKAN SETIAP HARI TNPA GUNA MACHINES YG MHL2.. KALO STAKAT DUMBELL KE, UTK PUSH UP TU OK LA… THEN BUAT CONTEST DGN PROGRAM SS TU.. MESTI LEBIH MENARIK… EHEHEHEHE