E-cigarettes: Merokok dengan cara yang sihat?

Ianya seakan-akan rokok, tetapi bukan rokok kerana tidak melibatkan sebarang pembakaran secara jelas. Namun ia menghasilkan ‘asap’ dan berfungsi sebagai pengganti rokok. Ia dikenali sebagai E-cigarettes (Electronic Cigarettes). Namun ia bukanlah dicipta untuk menjadi bahan mainan untuk anak-anak, mahupun remaja di bangku sekolah meskipun rupanya seakan-akan mainan.

Jika dilihat dalam laman web ‘Smoker Haven’, tagline ini mungkin membuatkan anda tertanya-tanya – “It looks like a cigarette, It feels like a cigarette, It tastes like a cigarette. But it isn’t a cigarette. It’s just a healthy way to enjoy smoking!” (Rupanya seperti rokok, Rasanya seperti rokok, tetapi ia bukan rokok. Ia merupakan cara sihat untuk merokok!). Namun benarkah begitu?

E-cigarettes ini dicipta khusus buat mereka yang dikategorikan sebagai ‘hardcore smoker‘ tetapi berhasrat untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan – bukan senang nak membuang ketagihan nikotin. Itulah faktor utama mengapa perokok tegar susah benar untuk berhenti merokok, berhenti merokok tidak semudah kita berhenti makan ‘junk food’!

Di bawah ‘kotak rokok’ terletaknya tempat untuk caj bateri E-cigarettes

Untuk itu, SS telah mendapatkan seorang perokok tegar yang sedang berusaha untuk mengurangkan kadar pengambilan rokok dalam sehari, namun amat sukar berbuat demikian tanpa ‘bantuan luar’ (seperti pengambilan lozeng Niquitin) hanya disebabkan ketagihan nikotin. Perasaan untuk memegang puntung rokok itu pasti hadir setiap hari, maka dengan itu beliau telah mencuba E-cigarettes. Berikut adalah kesimpulan yang dapat dibuat menerusi temu bual tersebut setelah menggunakan E-cigarettes selama 2 minggu.

  1. Memandangkan harga rokok bakal naik saban tahun, rokok alternatif sebegini bagus kerana secara tak langsung boleh berjimat. Satu set E-cigarettes ni berharga RM300+ (didatangi dengan 2 badan yang bertindak sebagai bateri/’pembakar’, dan 2 cartomizer/katrij rokok berperisa pelbagai. 1 katrij berharga RM7.50 dan jangka hayatnya bersamaan dengan 20 batang rokok biasa (nak dekat RM10 juga sekotak).
  2. Tidak melibatkan sebarang pembakaran luar, namun apabila disedut, muncung depannya akan menyala (ada lampu) dan ini memberikan ‘feel’ rokok sebenar. Jangan tak tahu, ketika kita menyedut E-cigarettes ni, akan kedengaran sedikit bunyi ‘terbakar’, punyalah nak beri ‘feel’ menghisap rokok sebenar.
  3. Jauh lebih kurang kandungan nikotin berbanding rokok biasa. Ini kerana, beliau berpendapat apabila meninggalkan rokok yang sebenar dan menggantikan dengan E-cigarettes, keinginan beliau untuk merokok semakin membuak-buak, dan diri terasa gelisah semacam. Ternyata pengaruh nikotin memang kuat disitu.
  4. Asap E-cigarettes tidak sepekat asap rokok biasa, malah lebih bersifat seperti wap. Buktinya, apabila menggunakan E-cigarettes di tempat-tempat yang tertutup dan berhawa dingin, sensor kebakaran tidak akan berbunyi. Tambah beliau, orang rumah pun dah tak bising. Kalau dulu, selalu sahaja mengadu tak selesa dengan asap rokok dari si suami, tetapi dengan E-cigarettes ketegangan rumahtangga kini hanya tinggal memori.
  5. Tidak mengandungi tar. Mulut berbau busuk bukan lagi masalah.
  6. Nak tahu macam mana rasanya? Aku dah cuba sendiri E-cigarettes ni dan aku rasa memang ada beza sedikit dengan rokok biasa (masa remaja dulu pernah juga cuba-cuba hisap rokok, namun disebabkan aku rasa tiada apa yang special atau kool tentang merokok, maka aku memilih untuk tidak merokok). Rasa asap E-cigarettes ni saling tak tumpah seperti asap Shisha (Hookah).

2 cartomizer (warna oren) dan 1 badan (kanan) yang akan bernyala apabila dihisap.

Cartomizer dan badan (pembakar/bateri). Hanya perlu pasang keduanya (membentuk sebatang rokok) dan sedia untuk dipakai.

Screenshot cartomizer yang berbagai perisa dari laman web ‘Smoker Haven’

Komen SS: Mungkin entri ini bersifat sedikit ‘berat sebelah’ memandangkan ia ditulis berdasarkan temubual SS secara terus dengan pengguna E-cigarettes. Tambahan E-cigarettes ini masih baru dan belum ada lagi isu-isu kontoversi berkenaannya. Apa pula komen anda?


20 thoughts on “E-cigarettes: Merokok dengan cara yang sihat?

  1. abg sy dh try…sblm ni menggatal janji benti rokok klu anak dpt 5A upsr..dh tgktn 2 dh pn anaknyer..huhu..tp stakat ni nmpk berkesan la utk kurang merokok..tp yg ori isap lg skali skala..hukhuk

  2. da try…ok2 je lah…bkan bleh bwat pehenti rokok secara total tapi cost membeli dekat 300++ sbulan dpt berkurang
    dgn drastic…

    sesuai utk org yg merokok sbb join lepak ngan membe2…
    mcm …… hehehe

  3. member try -dah 2 weeks free manual ciggeret tuee hehe..mcm nak hadiah dekat cik somi(actually boleh reduce money nie pakai ni jerrr)

  4. saya perokok tegar selama 10 tahun..sehari,20 btg..tp alhamdulilah sy berjaya quit smoking nih..TANPA bantuan luar.!!xyah nk benti sikit2…terus benti jer..kene kuat skit laa..sy ade wat research skit,faktor yg trigger rase nak merokok nih adalah MAKANAN..so ape yg saye buat,puase 2 minggu..pastu malam makan nasi dgn sup jer dan kene byk minum air kosong..jgn minum air berkafein dulu..mase siang(waktu bekerja) jauhkan diri dari kawan2 yg merokok..(2 minggu jerrr…minggu pertama tuh yg rase sakit skit(xde la sakit sgt pon) sbb ade rase pale mcm nak pecah + rase nak merokok tuh kuat la jgak..kene tahan laa..insyallah,lepas tuh dah xde rase nak merokok..tp air berkafein tuh kene hold dulu..kurangkan..skang saya dah quit about 120days..(dah immune..hehe..)alhamdulilah..buat demi family dan diri sendiri..duit pon leh saving byk..badan pon trase makin sehat..kalo x,hari2 batok..dah quit nih,susah btul nak dapat batuk..insyallah,cube la tips sy yg x seberape nih..

    • wow.. tq abu affan.. memang terseksa sikit kan dalam masa seminggu pertama tu? sebab u memang tinggalkan terus rokok secara drastik, itu yang datang ‘nicotine hunger’ tu, agak terseksa.. tapi kalau azam dah kuat, apa-apa pun mesti boleh ;)

      • betul tuh joy..mmg terseksa..tp yg terseksanya,sbb sakit pale jer…berdengung mcm nak pecah jer..tp xtau la effect xde nikotine atau sbb x mkn…huhu..tuh la,sy berharap sgt,perokok tegar nih,meh ler benti ramai2…busuk laa asap tuh!!!!

  5. salam.. kat uptown shah alam ada jual.. lagi murah.. RM75.kawan saya beli.. mula2 memang bagus..kena kuat fizikal dan mental krn tiada nikotin, menyebabkan shaking kpd hardcore smoker.. then, kawan saya hanya berjaya meninggalkan rokok selama seminggu sahaja kerana rokok biasa lagi best katanye.. as a conclusion, kalau nak berhenti meerokok,hati kena kuat..

  6. salam semua. untuk pengetahuan semua, e cigarette ni ada banyak jenis. kalau dkt pasar malam tu buatan cina and memang murah. Yang susu sejat cerita ni namanya Smokers Haven. Yang ni memang dah establish. Jadi harap korang semua dapat faham ya. aku da beli smokers haven ni and memang berkesan. tp depend kat diri sendiri la. Siapa2 berminat boleh pm aku untuk details ya. Harga aku jual x sampai 300 pon..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>