Ebook "Food Calorie List 2.0"

Seperti yang dijanjikan dan dicanang-canangkan sebelum ini, sukacitanya SS ingin mendedahkan dan melancarkan “Food Calorie List 2.0” – lebih padat, lebih info dan lebih comel. Meh lihat serba sedikit akan rupa dan ciri-ciri yang dimiliki oleh ebook ini, dan apa istimewanya ia jika dibandingkan dengan ebook versi terdahulu.

1 - Layout baru – selari dengan layout blog yang terkini, yang ada orang kata lebih ceria, betul ke?

2 – Dilengkapi dengan panduan pengguna, dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Sekurang-kurangnya orang akan ada idea bagaimana nak menggunakan ebook ni nanti (selain daripada merujuk ruangan “Kelas Kalori” di blog ini)

3 – Fungsi “Kcal/g” (sebelah kanan jadual) – bertujuan untuk:

a) memberitahu kepadatan kalori sesebuah makanan itu. Tinggi nilai Kcal/g bererti makanan tersebut berkalori tinggi dan sesuai untuk mereka yang ingin menaikkan berat badan. Rendah nilai Kcal/g bererti makanan tersebut berkalori rendah dan sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

b) memudahkan proses penentuan jumlah kalori sesebuah makanan pada berat yang berlainan (ketika timbang). Contohnya, nilai Kcal/g Capati ialah 3, jika anda makan 100g capati, jumlah kalori yang diambil ialah 3 x 100g = 300kcal. Tetapi jika anda makan 30g capati, bererti jumlah kalori yang diambil ialah 3 x 30g = 90kcal. Dengan mengetahui nilai Kcal/g ini, anda dapat mencongak jumlah kalori dalam sesebuah makanan dengan pantas tanpa perlu melakukan jalan kira matematik dengan panjang.

walaubagaimanapun, untuk konsep (a), terdapat pengecualian.
- kecuali makanan berkuah Kcal/g yang kurang daripada 1 (tak semestinya ia berkalori rendah). Ini kerana makanan berkuah terdiri daripada air, dan nilai kalori untuk air adalah kosong. Oleh yang yang demikian, kewujudan air dalam makanan berkuah membuatkan ia kelihatan seakan-akan rendah kalori.
- kecuali whey protein. meskipun nilai Kcal/g nya tinggi, namun jika diambil pada waktu yang tepat (ketika bersenam/bersukan, dan awal pagi), ia tidak menggemukkan.
- kecuali buah-buahan yang berkulit tebal. Nilai Kcal/g nya rendah kerana berat kulitnya diambil kira sekali, sedangkan kulitnya tidak dimakan.


4 – Kategori baru – “Vegetables” dan “Beans/peas“, kedua-duanya diwujudkan atas permintaan ramai sebelum ini. Untuk kategori “Vegetables” (Sayur), gambar kecil sayur berkenaan telah disertakan sekali untuk menambahkan lagi kecomelan ebook ini.

5 - Lebih banyak makanan tempatan telah ditambah dalam senarai baru ini terutamanya untuk kategori makanan berkarbohidrat dan berprotein. Oh, sebelum terlupa, tebal ebook (senarai) ini ialah 19 mukasurat, berbanding hanya 9 mukasurat untuk versi sebelumnya.

Pertambahan beberapa makanan-makanan baru adalah dalam kategori “Carbohydrate Based Food” [Bubur Nasi, Nasi Tomato, Mee Kolo, Papadom, Pulut, Roti Naan, Roti Sardin]; “Protein Based Food (Land)” [Beef Soup, Beef Thai Chilli Pattaya, Chicken 'Masak Merah', Chicken Tomyam, Chicken Vindaloo, Quail Egg (Telur Puyuh), Serunding Daging, Tandoori Chicken (leg), Tandoori Chicken (breast), Tauhu (soft), Tauhu (hard), Tempeh]; “Protein Based Food (seafood)” [Roe (Telur Ikan)]; “Delicacies” [Cheesecake, Egg Roll, Kerepek Bawang, Keropok Ikan, Muruku Kalistar]; “Drinks” [Mango Juice]; dan “Fruits” [Dragon Fruit].


6 – Dilengkapi dengan template Food Log – membantu anda merekod makanan harian yang diambil dengan lebih teratur.

Inilah hadiah buat 1000 pembaca setia yang mengikuti blog SusuSejat.Com sejak kemunculannya di awal Mei 2010 lagi. Terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada yang rajin ‘promote’, ‘like’, komen, dan memberikan bantuan dan idea di page Facebook Susu Sejat. Apa? Dah tidak sabar memilikinya? Tunggu apa lagi, silalah muat turunnya sekarang di ruangan “Food Calorie List” :)


7 thoughts on “Ebook "Food Calorie List 2.0"

  1. en susu sejat..
    sy dh donlod ebook ni.suke sgt ;)
    suke jugak tgk blog ni.mlgnye, baru je jmpe blog ni mgu lepas..
    hmmhh smoge blog ni trus kekal dgn info2 begune smpai bile2.
    dn smoge Allah membalas jasa baik en susu sejat dgn memberikan kesihatan yg smpurna & umur yg pjg spy en susu sejat dpt terus kongsi ilmu dgn sume org kat cni..ameen

  2. hai joy…actually sy baru jumpa blog ni…mau download ebook ni tp kena guna media fire n rapidshare kan? huhu sy guna wireless my uni, so sad to say that these two are blocked…cannot download maaa…what to do…i really wish dpt ebook ni…

  3. Hi, sy bru jer terbace pasal blog susu sejat.com ni.. Panduan yg diberikan amat berguna.. tp nk download ebook ni xleh la.. mcm mne ye??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>