Elak aktif sebelum berbuka?

Keratan akhbar ini telah dikirimkan oleh seorang pembaca yang juga merupakan seorang rakan, seminggu yang lalu. Beliau meminta aku memberikan komen sepatah dua berkenaan laporan akhbar ni lalu dikongsikan bersama rakan-rakan SS yang lain di blog.

(Klik untuk besarkan)

Sekali imbas apabila aku terbaca tajuk laporan akhbar ini, satu persoalan yang terlintas dalam fikiran aku adalah, “Apa yang tajuk laporan ni cuba hendak sampaikan? Adakah mereka yang berpuasa dilarang untuk menjadi aktif lalu haruslah duduk di hadapan kaca TV menonton Jejak Rasul sementara menanti waktu berbuka?” Tetapi apabila aku membaca kembali satu persatu ayat dalam keratan akbar tu, barulah aku faham apa yang hendak cuba disampaikan.

Berikut adalah respon ringkas aku berkenaan apa yang dilaporkan:

  1. Aku rasa berita ini paling relevan di negara yang panas seperti di negara-negara arab (kata suhu nak cecah 50 darjah celsius). Malah berita ini bukan ditulis oleh wartawan tempatan, tetapi ditulis oleh wartawan dari “Agensi” yang berpengkalan di Eropah. Laporan ini hakikatnya ditujukan kepada muslimin-muslimat yang menetap di “dunia arab” kerana secara global, apabila mereka (orang barat) menyebut berpuasa bulan Ramadhan, apa yang terlintas dalam kepala otak mereka adalah “The Arabs”. Muslim = Arab.
  2. Senaman yang dibincangkan dalam artikel ini adalah senaman berat, definisi senaman berat adalah senaman yang dilakukan sehingga mencapai had, atau melebihi had (push yourself to or beyond the limit). Ini termasuklah senaman seperti senaman pemberat (weight training) atau senaman kardio yang berintensiti tinggi. Walaubagaimanapun, bersenam ringan sebelum berbuka seperti light kardio (jogging santai) atau brisk walking (jalan pantas) untuk tempoh 15-20 minit sememangnya tidak menjadi masalah di negara kita.
  3. Lain daripada itu, apa yang dibincangkan (fakta) dalam artikel ini seperti gejala dehidrasi adalah benar sekiranya keadaan adalah seperti yang dibincangkan dalam (1) dan (2).

Comments

  1. By azie

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *