Entri Untuk Orang Baru (menurunkan berat badan)
Beginner, sila baca ini!
Tujuan utama entri ini ditulis adalah agar mereka yang pertama kali singgah di blog ini dan ingin menurunkan berat badan mendapat sinar awal dalam selok belok diet dan tidak terlalu pening dengan lambakan info yang terdapat dalam blog ni. Harapannya, selepas ini tidak akan lagi kedengaran soalan umum seperti, “Encik Susu, macam mana nak kurus?” atau “Encik Susu, berat saya 200kg, macam mana nak buang separuh?” kerana semua jawapan sudah pun ditulis dalam blog ni, mungkin berselerak sedikit, maka entri ini akan menunjukkan kepada anda laluan untuk mendapatkan jawapan yang dimaksudkan.
Pertama sekali, untuk menurunkan berat badan, anda perlu tahu apa yang menyebabkan kenaikan berat badan, dan itu membawa anda kepada konsep kalori (sila klik). Pastikan anda baca dan faham betul-betul konsep tersebut kerana ilmu seperti ini akan anda aplikasikan kepada diri anda, untuk mengekalkan berat badan anda sampai bila-bila. Setelah habis membaca bab-bab dalam Kelas Kalori, semak kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:
- Berapa kalori yang sepatutnya anda ambil dalam sehari?
- Berapa kalori yang terdapat dalam satu-satu makanan? (rujuk ruangan kanan blog)
- Berapa kalori yang dibakar dalam satu-satu aktiviti/senaman? (rujuk ruangan kanan blog)
- Apa ciri-ciri makanan berkalori tinggi?
- Dan apa ciri-ciri makanan berkalori rendah tetapi mengenyangkan?
Defisit Kalori = Turun Berat Badan
Kedua, bila dah ada ilmu asas, maka perjalanan anda untuk menurunkan berat badan secara rasminya telah bermula. Anda perlu merangka pula strategi anda sendiri untuk menurunkan berat badan. Mungkin ada yang sekadar ingin mencipta defisit kalori dengan mengehadkan pengambilan kalori dari diet harian (kurangkan pengambilan kalori), mencipta defisit kalori menerusi senaman (bakar lebih kalori), atau mungkin ada yang ingin menerapkan kedua-duanya sekali! (yang ini lebih baik dan paling disyorkan). Tetapi pastikan defisit kalori anda tidak terlalu banyak sehingga jumlah pengambilan kalori harian anda dibawah paras BMR (Basal metabolik Rate) kerana ini hanya akan menjatuhkan kadar metabolisma dan merbahaya untuk kesihatan diri. Metabolisma? Apa tu?
Defisit Kalori = Kurangkan pengambilan kalori + Bakar lebih kalori
Ketiga, anda perlu tahu merangka diet anda (dari kuota kalori yang anda dapat tadi) supaya ia kelihatan seimbang. Anda perlu tahu apa itu sumber karbohidrat yang baik, apa itu sumber protein dan lemak yang baik, dan apa itu sumber alkaline. Rumus mudah yang aku sentiasa pegang adalah, dalam satu menu seimbang jumlah Karbohidrat harus 2X Protein, dan Protein harus 2X lemak. Untuk memahami konsep ini, klik sini. Beberapa contoh menu seimbang berdasarkan konsep yang aku ceritakan adalah seperti berikut, tak semestinya ikut bulat-bulat contoh ini, anda mungkin boleh merangka rupa diet anda mengikut kreativiti masing-masing.
- Nasi – makanan ruji rakyat Malaysia sejak turun-temurun merupakan contoh terbaik makanan seimbang. Di sini aku tunjukkan beberapa cara kreatif penyediaan nasi untuk ia kelihatan seimbang.
- Strategi nasi dan lauk – entri ini menggunakan contoh hidangan nasi untuk menaikkan berat badan, namun konsepnya masih sama, strategi untuk mendapatkan makanan seimbang!
- Roti Naan dan ayam tandoori – ini juga merupakan menu seimbang, cuma masalahnya di sini adalah menu ini tidak sesuai dimakan sekali gus kerana saiz hidangannya besar, ada dalam 700kcal juga sekali hidangan. Mungkin anda boleh makan separuh (350kcal), dan separuh lagi simpan untuk hidangan berikutnya.
- Selain nasi, anda boleh menghasilkan menu seimbang lain mengikut kreativiti anda, antaranya seperti yang ada dalam entri ini.
- Entri ini pula merupakan contoh untuk mendapatkan keseimbangan alkaline-acidic dalam diet. Di sini, telur separuh masak digunakan sebagai contoh.
Keempat, anda perlu tahu bagaimana caranya untuk menaikkan kadar metabolisma kerana ini merupakan katalis utama untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Metabolisma merupakan gambaran proses penukaran makanan yang kita makan, hinggalah kepada penukarannya kepada tenaga. Pokoknya, kaedah mengawal pengambilan kalori memang membantu anda mencapai matlamat berat badan idaman, cuma cepat atau lambat itu bergantung pada tahap metabolisma seseorang. Lebih tinggi kadar metabolisma anda, lebih cepat dan mudah berat badan anda untuk turun. Ketahui cara lengkap meningkatkan kadar metabolisma menerusi ebook khas dari Susu Sejat (muat turun percuma di sini).
Kelima, aplikasikan kembali apa yang sudah diceritakan dalam Kelas Kalori, dari bab pertama hinggalah bab akhir. Semua itu dah disusun untuk anda (tak perlu dah nak selongkar satu persatu entri-entri lama), maka gunakan kemudahan tersebut sebaiknya. Mungkin akan ada yang akan ragu-ragu dan bertanya “yang ini boleh makan atau tidak?“, atau “apa yang patut saya makan untuk kuota kalori saya tu?“, maka untuk menjawab soalan tersebut, 2 entri berikutnya mungkin membantu
Akhir sekali, anda harus tahu bahawa berat badan anda tidak akan terus susut selamanya atau jika tidak badan akan berdepan maut. Untuk itu, badan mempunyai satu sistem pertahanannya sendiri yang dikenali sebagai “plateau”. Plateau berfungsi untuk mencegah berat badan dari terus menyusut dan ia merupakan proses adaptasi badan. Ada yang bernasib baik apabila plateau itu tiba tatkala individu tersebut sudah mencapai matlamat berat badan yang diidamkan, tetapi ada juga yang mengalami plateau terlalu awal (bergantung pada pola / jenis pemakanan yang diamalkan, tidak melakukan latihan bebanan). Untuk mendapat tip-tip dalam menempuhi fasa plateau, sila rujuk entri ini.
Tidak dilupa juga, sila rujuk bahagian atas blog ini dan klik pada menu “Bacaan Wajib“ untuk memudahkan anda melayari info-info lain yang terdapat dalam blog ini, khas buat anda si kali pertama! Mungkin pada peringkat ini, anda sudah mula teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan rejim penurunan berat badan anda. Selamat berjaya dalam misi anda menurunkan berat badan, seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat, sejahtera, dan… MANTOP!
Encik sususejat. Btw, dah lama follow blog u ni. Mmg best, sound tepek & byk info. Keep it up bro! Skang ni pun tgh cuba kurangkan berat yg berkepuk2 ni ha
ada kawan2 saya yang selalu bertanya macam mana saya boleh turunkan berat badan.. puas saya nasihat tapi tak berubah juga.. saya cakap jangan tinggal nasi putih, tapi degil, dia berdiet dengan mihun goreng.. padehal mihun tu dibuat daripada beras, bergoreng pulak tu.. lepas tu gagal, terus putus asa.. puas saya ceramah, kalori, kalori, kalori.. ntah kenapa tak boleh masuk dalam kepala dia..
rupa-rupanya orang yang rajin bertanya ni sebenarnya bukan nak mencari jawapan yang betul, tapi jawapan yang paling senang dan menepati selera mereka..
Hai sususejat..nk tanye sumthng tp xtau kat ne,so tompang kat cni le eyh..
Sy mmg over weight and dlm proses lose weight la ni..(So far dlm sethn dr 92kg dpt le kurang ke 78kg)..tp dh 3minggu tang tu jugak..plateau le tukn..dh wat mcm2 akhirnye dpt le kurangkn ke 75..tp bler check2 muscle n body water yg kurang..ari2 exercise wat gak weight kekdg..tp xtau mane silapnye..nape eyh? Boley xshare pendpt or experience..mcm mane nk pastikn yg kter burn tu ialah fat..tqvmmm!!
kat sini, kita kena review balik your diet dan your exercise log (sebab tu pentingnya kita mencatat)… dari situ mungkin boleh nampak apa yang kekurangan..
salam, susu sejat..
boleh tak terangkan penggunaan beg pasir…
mksud sy penggunaan beg pasir dengan cara yang betul dan memberi kesan yang maksimum..terima kasih
macam mana tu? tak berapa faham..
Salam En SS,saya baru membaca entri ni dan saya amat tertarik sekali dengan penerangan yg cukup mudah untuk difahami.berat badan saya sekarang adalah 70 kg dah overweigth la dan ketinggian pula 149.0 cm,tapi masalahnya saya amat lembut hati tengok durian hahaha kan skrang ni musim durian.memang tak tahan mesti nak makan !En SS bagaimana saya nak menahan nafsu nak makan durian ni?hahaha sebabnya hubby setiap minggu akan beli tu yg buat meleleh air liur tengok hehe.dan saya nak tanya En SS berapa kalori buah Dabai?mungkin En Ss tahu sebab orang Sarawak.anyway thank !
En SS…terima kasih krn sudi bkongsi ilmu. Saya aplikasikan tips yg En SS kongsikan…alhamdullillah saya bjaya turunkan 10 kg dlm masa 3 bln…maintain krn setiap minggu gemar mdaki. Teruskan perkongsian ilmu yg bmanafaat ini.
Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.
Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:
1. DIABETES
2. PENYAKIT JANTUNG
3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
6. GANGRENE
7. TIROID
8. STROK
9. DAN BANYAK LAGI…
CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:
1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber
Terima kasih atas sharingnya mengenai makanan rendah kalori ini sangat bermanfaat.