Ferum Semakin Mahal

Tentu ramai yang pelik dan bertanya kenapa pada hari ini saya update blog pada sebelah pagi (kebiasaannya kan entri blog dikemaskini pada sebelah malam). Sebenarnya saya sedang dalam perjalanan pulang bercuti di Taiping, saja ambil cuti dan pulang lebih awal sikit, sebab nak elak kesesakan lalulintas di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina. Ada yang sudah mengeluarkan spekulasi lebuhraya akan menjadi amat sesak seperti musim cuti raya Haji yang lalu, justeru saya tak mahu ambil risiko pulang selepas solat Jumaat nanti.

080220131512

Inilah ‘senjata’ utama saya sebagai seorang blogger, dah banyak berjasa netbook asus dan Maxis broadband ni. Saya belum mampu untuk update blog menerusi Laptop skrin besar tetapi nipis, Tab, Note, iPad atau gajet-gajet yang sama waktu dengannya. Walaupun sudah digunakan selama 5 tahun dan kelihatan sedikit uzur, tetapi saya belum bercadang untuk menukarnya. Keep berjasa ‘bro’!

Dalam perjalanan ke utara (ikut jalan lama dari exit tol Slim River), saya singgah sebentar di Tesco Kampar yang terletak betul-betul bersebelahan jalan lama ke Ipoh dari arah Bidor/Temoh untuk berehat dan bersarapan pagi, bukan tak minat dengan kedai-kedai melayu yang banyak buka di sepanjang jalan, tetapi pilihan di Tesco ni lebih banyak dan harganya pula murah. Sebungkus kecil Nasi lemak + Ayam Goreng (Dada), harganya tak sampai RM3 pun, memang berbaloi (padahal cadangan asal singgah Tesco sebab nak beli roti dengan susu HL, hehehe). Entri ini saya tulis di salah satu meja Medan Selera di sana, sambil bersarapan.

Seperti biasa, saya juga sempat singgah di bahagian sukan/fitness, manalah tahu ada barang-barang baru yang diperkenalkan. Sedang asyik belek-belek, saya ternampak sesuatu yang saya cari-cari selama ini, iaitu…

080220131507

Sudah lama sebenarnya saya cari Dumbell Concord jenis ini, untuk dijadikan pasangan dengan satu lagi dumbell Concord yang saya ada sebelum ini. Tapi malangnya, kebanyakan pasaraya Tesco yang saya kujungi selalunya memang tiada stok, atau dalam erti kata lain jenis dumbell ini sudah ‘discontinued’ – ya lah, dumbell yang satu lagi tu pun saya dah beli agak lama, kira-kira 3-4 tahun yang lalu. Mungkin disebabkan Kampar ini sedikit ‘suburban’, permintaan untuk beli Dumbell seperti ini kurang, maka sebab itu stok dumbell jenis ini masih ada sampai sekarang. Ini adalah satu-satunya stok akhir yang tinggal dan saya berasa amat bersyukur kerana sempat memilikinya.

Apa yang saya tertarik untuk ‘highlight’ kan di sini sebenarnya adalah harganya. 3-4 tahun lepas, dumbell jenis ini saya beli di Tesco pada harga RM87 (ada satu ketika, Tesco pernah meletakkan harganya sekitar RM70++). Pada hari ini, saya amat terkejut kerana tiada lagi dumbell 10kg (dengan ‘adjustable plate’ mengikut berat yang diingini) yang dijual pada harga bawah RM100. Saya ulangi, TIADA LAGI.

080220131506

Ini adalah satu-satunya Dumbell jenama Concord (stok/jenis baru) yang dijual hampir di semua pasaraya Tesco seluruh Malaysia pada hari ini. Packaging dia sudah cantik, harga pun makin cantik.

080220131505

Kasi Zoom Sikit. Tu dia, hampir 2x ganda harga Dumbell Concord yang saya beli sebelum ini, padahal berat masih sama, 10Kg juga.

Bandingkan pula dengan harga Dumbell Concord yang baru saya beli sebentar tadi..

080220131510

Kalau inilah harga untuk ‘Stok Akhir’, harga asalnya pada hari ini berapa agak-agaknya? Yang pasti memang RM100 ke atas.

Selalunya orang ‘takut’ atau ‘malu’ dengan perkataan ‘Stok Akhir’ ini. Tapi percayalah, that is the best investment that you can make in your life as a regular consumer.

Justeru, rumusan yang boleh dipelajari dari entri SS pada kali ini (mungkin) adalah:

1 – Jadilah seorang yang ‘cheap‘ seperti blogger Susu Sejat (LOL!)

2 – Kalau nampak harga dumbell 10kg (enam plate, adjustable) di bawah RM100, sila lah beli, that is the best deal you can get today. Setiap tahun, harga dumbell semakin mahal. Terima kasih kepada wang ‘fiat’ yang mudah dimamah inflasi.

3 – Tak kisahlah jenama apa pun, jangan sesekali tangguh hasrat untuk membeli sepasang dumbell. Lebih cepat anda bertindak, lebih banyak penjimatan yang dapat anda lakukan (sebelum harganya naik dan terus naik di masa akan datang).

Komen SS: Ferum adalah nama kimia/saintifik untuk logam Besi. Kalau dalam Inggerisnya “Iron“.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DD-thumbnail.
Sudahkah anda membuat tempahan untuk memiliki Diari Diet? Manuskrip Diari Diet sudah dihantar ke syarikat percetakan dan proses cetakan dianggar siap pertengahan Februari depan. Namun proses mengambil tempahan telah pun dibuka, tempahlah sekarang di sini dan jadilah antara yang pertama memilikinya nanti!

Comments

  1. Reply

  2. By Broque

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *