Gastrik hadir sebab tak makan? (Bahagian 2)

Sambungan dari Bahagian 1

Rawatan (segera ketika sakit)

Ubat Antasid – berfungsi sebagai “peneutral” asid gastrik untuk rawatan tindakan segera, apabila dinding perut dineutralkan dari asid, ini dapat mengurangkan sedikit rasa sakit di bahagian berkenaan. Antara contoh antasid yang biasa digunakan adalah “Magnesium Trisilicate” (Susu Magnesia). Ubat ini walaubagaimanapun harus digunakan ketika sakit sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk pencegahan kerana ia dikatakan mampu membuatkan tulang seseorang itu reput (osteoporosis) jika diambil dengan kerap untuk tempoh yang lama.

Proton Pump Inhibitor – Ubat jenis ini bertindak dengan “mematikan” sel-sel perut yang merembeskan jus asid gastrik. Tetapi masalahnya adalah jika tiada jus gastrik yang cukup untuk pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam usus anda. Apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan diserap ke dalam saluran darah, ia akan memberi kesan terhadap kandungan darah yang turut akan menyebabkan kehadiran penyakit sampingan yang lain.

Antibiotik – Tujuan ubat ini digunakan adalah untuk membunuh bakteria H. Pylori yang tersembunyi di dalam dasar dinding perut. Malangnya, antibiotik am (broad spectrum antibiotics) yang digunakan bukannya khas dalam membunuh H. Pylori. Ia mungkin boleh bunuh segelintir koloni H. Pylori tetapi ia bunuh lebih banyak bakteria bagus yang penting dalam membantu pencernaan badan. Kajian terbaru turut menunjukkan spesies H. Pylori yang baru sudah mempunyai rintangan terhadap antibiotik am tersebut.

Rawatan (pencegahan jangka masa panjang)

Rawatan jangka masa panjang untuk sesuatu penyakit hanya boleh dilakukan dengan mengatasi punca penyakit tersebut (pencegahan). Namun begitu kebanyakan individu yang mengidap gastrik sukar mengenalpasti punca mengapa terjadinya gastrik dalam hidup mereka, malah doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti mengapa gastrik dalam hidup seseorang itu terjadi hanya berdasarkan diagnosis dan keterangan yang diberikan oleh pesakit. Ini merupakan faktor utama mengapa gastrik itu tidak datang hanya sekali dalam hidup mereka yang pernah mengidapnya.

Secara umumnya jika punca gastrik tersebut adalah jangkitan H. Pylori, maka cara rawatannya adalah dengan membunuh mikroorganisma tersebut menggunakan antibiotik meskipun cara ini sebenarnya mampu membunuh bakteria-bakteria baik dalam badan yang lain. Selain itu, rawatan jangka masa panjang juga lebih berbentuk pencegahan pemulihan sakit secara semulajadi. Berikut disenaraikan beberapa petua/pencegahan yang sempat aku rujuk pada ruangan komen blog Petua dan kebanyakkan petua-petua yang dikongsi pembaca-pembaca di sana adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

(Nota: Petua-petua di bawah adalah merujuk kepada sakit gastrik biasa/umum. Jika gastrik tersebut berpunca dari faktor lain seperti kewujudan batu karang dalam hempedu, petuanya mungkin berbeza)

  1. Jangan minum sesuatu yang berkafein seperti kopi atau teh (kecuali teh herba)
  2. Jangan minum/menggunakan krimer dalam minuman, contoh krimer adalah susu pekat manis.
  3. Makan ikut waktu dalam 4-5 hidangan kecil sehari (kalau gastrik tahap tinggi kena makan hidangan kecil setiap 2 jam sekali), jika berpuasa rancang puasa anda supaya tidak gastrik (seperti mengambil Proton Pump Inhibitor ketika sahur)
  4. Makanan yang mempunyai sifat PALM – Pedas, angin, lemak, masam, sila kurangkan
  5. Pastikan makanan yang diambil itu seimbang, cukup karbohidrat dan protein, dan jangan sesekali mengabaikan sayur.
  6. Juga digalakkan mengambil serat tinggi melalui sayuran dan buahan atau lain-lain supplemen bagi memastikan sistem pengkumuhan badan (berak) secara teratur setiap hari.
  7. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga makanan tersebut benar-benar hancur sebelum telan, ini untuk memudahkan lagi proses pencernaan dalam perut (petua ini juga merupakan sebahagian sunnah nabi).
  8. Selepas sarapan atau sebelum makan tengahari minum sesudu khal tamar (cuka kurma).
  9. Awalkan makan malam supaya selepas pukul 8 atau 9 malam tiada lagi aktiviti makan berat. Sebelum tidur, jika ada kemampuan kewangan ulangi minum madu + habatusauda, susu kambing, khal tamar dan sesudu minyak zaitun `extra virgin’ selang 20 minit antara satu dengan lain (untuk kos keseluruhan, boleh rujuk pada akhir senarai).
  10. Amalan meminum susu kambing dikatakan membantu, tetapi susu rendah lemak seperti susu skim juga boleh (jangan minum ketika sakit gastrik, tapi minum sesudah lega dari sakit gastrik). Minum pada sebelah malam 1-2  jam sebelum masuk tidur.
  11. Amalan meminum susu yogurt juga membantu untuk memperkuatkan bilangan bakteria-bakteria baik dalam sistem penghadaman, sekaligus mengurangkan H. pylori dari bermaharajalela dan membuat onar dalam perut.
  12. Bila “rasa” gastrik itu seolah-olah nak datang, boleh cuba minum yakult, terbukti berkesan untuk beberapa orang pembaca.
  13. Daripada memakan roti, lebih elok makan sumber karbohidrat berserat seperti nasi dan oat.
  14. Boleh mencuba ubat yang bernama ‘WEI TONG NING’ yang boleh didapati dari tabib cina (kedai cina)
  15. Berdasarkan nasihat pengamal perubatan cina, kacang tanah dan halia amat penting dijauhi oleh pengidap gastrik. Walaupun agak pelik terutama halia yang dikatakan penghambat angin, ia tidak membantu dalam kes gastrik ini. Sebaliknya bawang putih digalakkan. Ambil dalam bentuk kapsul untuk lebih konsisten.
  16. Ubat gaviscon kalau gastrik dah teruk memang tidak berkesan (dah beritahu siap-siap, tak perlu bazir duit beli untuk rawatan segera). Kalau untuk tujuan pencegahan selepas sakit tak jadi masalah.
  17. Lactose-s keluaran Elken dikatakan berkesan dan bagus, tapi sedikit mahal.
  18. Gamat dipercayai amat membantu melawan penyakit gastrik untuk jangka masa panjang. Produk keluaran gamatemas, iaitu bioseed, spirulina dan gamat plus, atau GAMAT keluaran HEALIN atau Gamogen  mungkin boleh cuba (tapi bukan semua orang boleh makan jika ada alahan terhadap makanan laut)
  19. APO 250mg dari farmasi (terbukti mujarab untuk 2 orang pesakit dalam ruangan diskusi blog berkenaan untuk rawatan jangka masa panjang)
  20. Enzim Noni (buah mengkudu) juga didakwa membantu
  21. Minum ekstrak air bawang merah 1 sudu besar setiap pagi, ketika kisar tambah dengan air suam sedikit. Selawat 3x & Bismillah. mula minum akan rasa pening & panas sedikit. Kalau rasa tak selesa selepas 1/2 jam, minum 1 gelas air suam. Antara khasiat air bawang merah (kecil) ialah melancarkan peredaran darah & menolak angin dalam badan (kurangkan sesak nafas ketika gastrik).
  22. Bila sakit dah sembuh, bersenam jangan dilupa untuk kebaikan sistem penghadaman.
  23. Jika anda merokok, sila berhenti merokok.
  24. Ceriakan diri dan elak stress.
  25. Ubat hanya penawar sementara, ubat yang lebih utama ialah cara kita mengawal ambilan makanan, jadual makan, riadah dan tidur yang cukup, ini adalah penawar jangka panjang yang terbaik.

Amalan pemakanan sunnnah tidaklah begitu membebankan. Anggaran kasar kos untuk setengah bulan (2 minggu) adalah seperti berikut:

  1. Madu asli (anggaran RM15 sebotol kecil)
  2. Habatausauda (anggaran RM8 sekotak)
  3. Kurma (harga mengikut gred/citarasa); bagi mengelakkan terkena sihir amalkan kurma ajwa (mahal sedikit)
  4. Susu kambing (anggaran RM30/15 paket); kalau dapat susu kambing asli lagi baik
  5. Khal tamar/cuka kurma (anggaran RM15-20 sebotol)
  6. Minyak zaitun extra virgin (anggaran RM15 sebotol)

JUMLAH: Anggaran RM100 untuk 2 minggu atau RM200 untuk sebulan untuk makanan kesihatan;  lebih rendah dari perbelanjaan untuk rokok yang memudharatkan (anggaran RM300 sebulan)

Kesimpulan

Kebanyakkan tip yang aku jumpa di internet menyarankan agar jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Berikut adalah antara versi-versi yang berkaitan, meskipun nampak berbeza antara satu sama lain, tetapi isi pentingnya hanya satu, jangan meninggalkan sarapan pagi sejurus bangun dari tidur, berikut adalah kompilasi petua berkenaan:

saya amalkan setiap pagi sebelum mkn apa2 minum 1 sudu madu dan mkn 3 biji buah kurma,niat la pada Allah agar disembuhkan penyakit tersebut…

di awal pagi sebelum makan apa2 baiklah minum air 0 bersama buahan lembut seperti betik…dah selepas setengah jam barulah bersarapan

beli jeli gamat, minum time pg b4 bfast..mkn 2 biji kurma..n baru mkn nasi..insyallh..cpt smbuh..sy pn da elok gstrik n..alhmdllh..

Baru2 ini atas nasihat rakan saya mula meminum sesudu minyak zaitun (virgin) dengan 3 titis minyak habbatus sawwdah setiap pagi sbl sarapan. Alhamdulillah, kesannya boleh dikatakan hampir serta merta di mana angin dalam badan dapat dikeluarkan segera serta mudah untuk ke toilet. Minyak habbatus sawwdah ni agak panas dan kita boleh rasakan bagaimana minyak ini menuruni saluran pemakanan kita ke perut. Kedua2 minyak ini boleh dibeli di kedai2 menjual barang dari tanah suci atau seumpamanya. Harganya tidak mahal sekitar RM15-20 utk minyak zaitun virgin dan RM30-50 utk habbatus sawwdah. Cukup untuk 2 bulan rasanya.

Amalkan minum satu sudu kecil (gunakan sudu plastik) madu lebah (pastikan madu asli) bersama air suam (jangan air panas) sebaik sahaja bangun pagi sebelum gosok gigi. Titiskan 3 titik (atau makan sebiji capsule) minyak habatusauda dan jangan makan dalamasa setengah jam. Selepas solat subuh minum setengah gelas (atau sepaket) susu kambing dan jangan makan dalamasa 20 minit. Mulakan sarapan dengan 3 biji kurma (jika mampu 7 butir kurma Ajwa). Kemudian sarapan ala kadar dan jangan terus minum air selepas makan.

Komen SS: Aku mengambil masa 3 hari untuk mengumpul semua petua-petua ini dari blog Petua (terdapat beratus-ratus komen di sana, agak melecehkan jika hendak dibaca satu persatu). Harap kompilasi dan ringkasan petua-petua di sini memudahkan dan bermanfaat buat semua, sebahagiannya sudah terbukti berkesan berdasarkan sains, sebahagiannya masih belum tetapi terbukti membantu berdasarkan buah mulut nenek moyang terdahulu.


18 thoughts on “Gastrik hadir sebab tak makan? (Bahagian 2)

  1. aku bru lepas kena gastrik. penah dlm hidup kna gastrik. sejak bulan lepas lg kena. selalunya gastrik aku serang time malam pukul 10pm. lepas tu memang merana sampai ke awal pagi. dah banyak doktor aku jumpa suma cakap benda sama dan ubat pun sama je yg dorg kasi, omeprazole. tapi aku xsure lak ape beza dgn esomeprazole. ada org ckp bila dah kena gastrik mmg sukar nak hilang selain kena cegah sebelum kna. mebi tips2 yg SS bg tu berguna. aku cuba amalkan. terima kasih

    • so far omeprazol tu ok. ubt tu kawal n rawat luka skali tapi dalam masa sama mmg kena jaga makan. Jangan bergantung pada ubat sangat. klo gastrik mmg kena makan ikut masa. bole cuba makan jeli gamat..nasihat SS tu byk bole ikut :)

    • Salam
      akak juga pengidap Gastrik.Alhamdulillah dah jumpa penawarnye.
      Tak pyh amik ubat doktor lagi..formulasi makanan sunnah jadi amalan secara istiqomah .Dengan izinNYA walaupun makan pagi pukul 12 tgh hari pun perut tak meragam..untuk keterangan lanjut bleh hubungi 016-2259641.tkasih

  2. Pingback: Gastrik hadir sebab tak makan? (Bahagian 1) | Susu Sejat

  3. yakult sbnrnya ada perisa citrus. pernah kdg2 minum kena gastrik.. haha. elok minum lepas stgh jam makan n jgn minum bila kena serangan gastrik.

    kekacang elok dijauhi sbb xhadam. kalau mkn kacang nnt keluar kacang. paham2 je la. haha.. jagung pun sama. elok dielakkan. tgk wayang sambil mkn pop corn jgk menyumbang kpd ketidakhadaman n sakit perut kesokan harinya.

    kalau rasa sakit nak datang tu xpayah la mkn gaviscon. mahal. kalau nak murah n berkesan boleh beli ACTAL. elok jugak. ada putih n kuning. pilih la yg mana sesuai. kuning dikunyah, putih lg elok telan terus mcm panadol. kurang sesuai dikunyah.

    kalau nak mudah n sehat cara yg btl2 sehat, mkn ubat herba. sy buat kajian pasal “kesan buah tunjuk langit ke atas pengoksidaan minyak” jumpa kajian pasal buah tu terhadap gastik. saya cuba n terbukti berkesan. byk dijual dlm kapsul di kedai cina. tp xprefer kapsul sbb guna gelatin yg kemungkinan besar dari sumber Khinzir. elok cari buah dia terus. selalunya ada di pasar pagi (bkn pasar basah) spt sunday market di stadium shah alam. elok makan sebiji sehari. jangan lebih!! saya mkn bila lepas mkn makanan berpotensi menyebabkan serangan gastrik je.
    cara makan:
    golongan 1- kunyah biji n telan dgn air.
    golongan 2- potong biji kecil2, n telan mcm makan panadol. (sy je buat mcm ni)

    amaran: buah pahit yg amat!! tp amat mujarab!!!! pernah dicuba oleh rakan2 dan terbukti semuanya ada kesan positif.

    jgn minum KOPI tunjuk langit sbb kita xsesuai minum minuman berkafein

    Tunjuk Langit a.k.a. sky fruit a.k.a. swietenia macrophylla.

  4. saya pun pernah sakit gak, pernah sakit perut seakan gastrik dan amalkan pengambilan ubat magensium tu. memang akan kene jika terover makan. tapi sakitnya merana berangin2x memulas mulas memang tidak dapat tidur untuk 2-3 malam. biasa kene siptom sakit waktu malam hari nak tidur or semasa tidur, akan terjaga di waktu pagi dan meranalah sampai pagi.
    memang sangat khuatir akan masa makan, kekerapan makan dan benda di makan kerana trauma untuk sakit perut di malam hari selama beberapa hari sangat meletihkan badan. xder cara lain cuma kene berjaga-jaga dan amalkan apa sj yg telah SS sarankan. tq sbb wat kompilasi petua yea..sangat perlukannya

  5. gastrik saya ni lama xdtg.. last pun masa puasa 2010, 2mlm lepas dia dtg lagi.. dia serang dlm pkl 1 pas tu xdpat tido sampai pagi.. dgn muntah rasa loya pening..ulu hati sakit. buang air besar hancur 2 3 kali. doktor beri ubt magnesium mmt sirup n pil meaclopramide (utk tahan muntah). ni masuk ari ke2. xde selara nk mkn sbb mkan semua rasa pahit. badan pun masih lemah2. apa nasihat

  6. Pingback: Baca label ramuan sebelum beli | Susu Sejat

  7. Saya kena jangkitan H.Pylori yang serius…doc dah bagi ubat antibiotik untuk makan sebulan.Syukur belum kena kanser. H.Pylori ni berpotensi besar menyebabkan kanser perut. Bakteria yang bukan berasal dari Malaysia. Dari Bangladesh, Myammar, Nepal & Negara India banyak bakteria ni..Kita makan luar, sekarang ramai pekerja2 bangsa ni yang masak (foreigner)..so bakteria transfer ke makanan dan seterusnya kita…

  8. saya menderita gastrik yg amat teruk selapas saja bersalin ank ke 3. saya mengalami sesak nafas, sakit perut dan kepala yg berpnjgan dan mcm2 lgi yg saya rasa. mcm2 prodak da saya mkn,mcm2 bidan da saya jumpa, dan jga ubat doktr tpi tk baik jga. kini da 9 tahun saya menderita dan rasanya seperti menungu ajal. saya da tak larat berubat. kalau ada teman yg dpt mbantu tolong kongsikan pd saya.

    • Salam maya.. Dah try tips2 di atas?.. Saya pun kena teruk jugak. Pening, loya, sesak nafas & semangat pun lemah mcm tgh tunggu ajal yg tak sampai2… Dah 4 tahun kena, tak mampu nak kerja sbb rasa nak pitam bila keluar rumah… Setakat ni tips yg mujarab pada saya adalah madu atau gamat emas… Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, tapi ada byk perubahan positif, antaranya dah boleh rasa selesa bila keluar rumah… Cuba lah..

  9. Syukur alhamdulillah setelah tiga tahun saya dapat gastrik sekarang penyakit gastrik saya beransur baik, . Saya amalkan Jelly Gamat Gold .Saya berharap gamat ini dapat membantu semua pesakit di luar sana. Semoga kita lebih menghargai kesihatan diri dan banyak-banyak bersyukur kepada Allah. 0195919639,054650296.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>