Gemuk Dihina? Lelaki Ini Tekad Turunkan 50KG Berat Badan Dengan Gaya Hidup Sihat

Kisah kejayaan kali ini dikongsikan oleh Saudara Hifzee atau nama sebenar beliau Muhammad Hafizee. Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50kg (dari 130kg ke 80kg) dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Sepanjang tempoh tersebut juga, ukur lilit pinggang beliau turut susut dari 50 inci kepada 36 inci. Kisah ini dikongsikan ke emel sususejat[at]gmail.com, dan beliau sendiri minta agar kisah ini disiarkan di blog susu sejat untuk menjadi pemangkin motivasi buat rakan-rakan SS yang lain.

Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat pada rakan-rakan di luar sana yang masih berjuang dalam proses menurunkan berat badan seterusnya ke arah gaya hidup sihat dan mantap! Jom ikuti kisah beliau di bawah.

*****

Aku gemuk sejak kecil lagi. Dari umur 7 tahun lagi badanku sudah mula berkembang seiring dengan umur.

Ditambah pula ibu bapa aku merupakan pengusaha restoren makanan Thai (kami asal Pattani, Thailand), jadi hidupku tidak lari dari makanan; makan dan sentiasa makan. Lebih parah, aku sendiri adalah tukang masak di restoren tu, memang makan tu dah sebati dengan gaya hidup aku.

Badan aku makin besar dan terus membesar dengan jayanya. Ketika umur 12 tahun, aku adalah antara budak yang paling gemuk di sekolah.

Tetapi dalam masa yang sama, aku ini pencinta sukan. Walaupun aku gemuk, aku aktif bersukan seperti bola sepak, ragbi sentuh (pernah mewakili sekolah ketika tahun 4), tarik tali, lontar peluru, lempar cakera, badminton dan bola tampar.

Aku pernah mewakili sekolah menegah untuk sukan ping pong dan bola sepak.

Tapi itu tidak membuatkan aku kurus. Cumanya aku gemuk yang aktif.

Berat badan aku paling teruk naik ketika berumur 20 tahun. Sebabnya pada ketika tu, aku sudah tidak lagi bersukan.

Aku berhenti 100% dari bersukan dan badanku naik secara mendadak dengan jayanya, tanpa henti. Satu persatu baju dan seluar aku tidak boleh di pakai.

Disebabkan sukar mendapatkan saiz baju, selama 3 tahun aku memakai baju yang sama.

Kerja, jalan-jalan, dan lain-lain hanya dengan satu baju itu sahaja. Sebab baju tu saja yang muat dan selesa.

Sehinggakan ada orang yang mula perli, “kau ni dah tak ade baju lain ke nak pakai?“.

Aku malu kena hina macam ni. Tapi sayangnya, aku masih tidak sedar untuk berubah.

Lagi Penghinaan

Kisah aku dihina tidak terhenti di situ. Hidup aku penuh dengan cacian dan penghinaan sejak aku berumur 7 tahun lagi.

Sampaikan aku nak diet pun aku masih dikutuk, diperli dan dihina.

Disebabkan tekanan dari sosial macam ni, sejujurnya perasaan tidak yakin aku makin menebal dari semasa ke semasa seiring dengan peningkatan umur.

Antara penghinaan yang paling membuatkan aku malu ialah aku dipanggil naik ke atas pentas dan kemudian aku diisytiharkan kepada hadirin..

Inilah budak paling gemuk disekolah

‘Penghinaan’ ini dibuat di hadapan para pelajar dan ibu bapa. Aku ingat lagi, masa tu hari kecemerlangan sekolah.

Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku masa itu, aku sungguh malu diperlakukan begitu. Serius, malu gila.. Hadirin yang hadir gelak tanpa memikirkan perasaan aku masa itu. Lawak mereka fikir barangkali.

Aku hanya tersenyum kelat. Sinis. Hati aku remuk dan aku tak boleh nak tahan sebak dan marah.

Ikutkan hati masa tu, aku rasa macam nak tumbuk dan terajang sampai patah riuk orang yang ketawakan aku tu.

Tapi ikutkan hati, mati. Nak tak nak, aku tahan sahaja amarah aku sampai aku diminta turun dari pentas.

Lepas aku turun dari pentas, aku terus pergi menyendiri dan tenangkan fikiran seorang diri.

Sejujurnya, aku masih ingat kejadian itu walaupun ia berlaku 8 tahun yang berlalu. Ya lah, mana mungkin aku lupa hari yang paling memalukan dalam hidup aku.

Tersedar Dan Berubah

BILA AKU MULA TERFIKIR UNTUK BERUBAH?

Aku mula terfikir untuk berubah ketika aku terlihat saudara Arif Sukri berkongsikan kisah kejayaan beliau di Facebook. Pada waktu tu, aku terfikir, kalau dia mampu buat, takkan aku tak mampu?

Jadi dipendekkan cerita, tarikh aku mula berubah ialah 26 jun 2015 dan aku mula jaga diet pada 27 jun 2015.

APA YANG AKU BUAT SAMPAI BOLEH HILANG 50KG?

Mula-mula aku rujuk dulu blog susu sejat. Sejak dari berat aku 130kg sampailah sekarang, memang ini rujukan aku yang pertama. Blog terbaik bagi aku sebab mudah faham dan penulisan yang sangat bagus.

ADA MASUK APA-APA PROGRAM TAK?

Aku juga ada menyertai program JOM KURUS 1 MALAYSIA oleh sir Kevin Zahri untuk kawasan Shah Alam 2 dibawah Coach Syukri Al-syukri dan coach Ain Nadra. Program ni pun bagus sebab kat sini kita tahu yang kita tak keseorangan dalam ‘perjuangan’ untuk kurus ini. Di program inilah aku dapat ‘social support‘ yang aku perlukan.

PERNAH PLATEAU TAK?

Jangan takut pada plateau kerana plateau itu bermaksud badan kita tengah nak sesuaikan dengan berat kita yang terbaru.

Bayangkan kalau kita tiada plateau pada sesi penurunan berat badan, mungkin tinggal tulang saja kita dibuatnya.

Itu sebab, apa-apa yang Allah cipta pasti ada kebaikannya. Jangan pernah sangsi dengan Allah.

Diari Diet

Aku plateau pada berat 113kg selama 3 minggu. Apa yang aku buat ialah ubah cara makan dan cara senaman. Boleh cek dalam blog susu sejat ni sebab semuanya ada diterangkan dalam blog ni.

SENAMAN APA YANG DIAMALKAN?

Aku berhenti bersukan selama 6 tahun, jadi mustahil untuk aku nak bersukan balik secara drastik seperti dulu.

Jadi aku mulakan dengan berjalan kaki di stadium setiap pagi. Berjalan sahaja dalam 5 pusingan.

Kemudian aku mula berjoging secara perlahan-lahan. Bila penat aku berhenti. Dari berat 130kg ke 113kg aku selalu senaman dengan berjalan dan bodyweight training (biasa-biasa sahaja).

Setelah aku capai 113kg, aku sudah mampu melakukan Freeletics Bodyweight Workout.

Aku banyak melakukan Bodyweight Training ataupun senaman menggunakan bebanan badan. Style aku bersenam lebih kepada Street Workout.

Antara senaman yang ‘wajib’ bagi diri aku ialah:-

1) Push Ups
2) Burpees
3) Squat
4) Plank

Apapun workout jangan hari-hari. Bagi hak pada tubuh badan untuk dia berehat juga.

Dalam masa yang sama, rajinkan rujuk blog susu sejat untuk info yang lebih berilmiah terutama berkenaan tip penurunan berat badan secara sihat. Tak pun beli buku-buku yang dia pernah tulis. Inshaa Allah mudah faham dan berbaloi.

SIAPAKAH YANG SENTIASA SOKONG PERJUANGAN AKU?

Orang yang paling banyak sokong aku ialah ummi aku sendiri. Dia yang selalu belikan barang-barang kelengkapan ‘diet’ untuk aku.

Aku berjaya sebab ada Ibu yang sentiasa menyokong aku. Alhamdulillah.

Beliau tidak tunjukkan sokongan tersebut dengan kata-kata tapi beliau tujukkan sokongan dengan perbuatan dan itu lebih bermakna kepada aku.

DOA?

Ya, kita perlu berdoa kepada Allah untuk ditetapkan hati kerana kita ini INSAN (LUPA) dan QOLBUN (berubah).

Berdoalah pada Allah supaya ditetapkan hati untuk terus berjuang sehingga tercapai apa yang dihajatkan.

Jangan pernah skip doa dan sentiasalah berdoa supaya urusan kita sentiasa dipermudahkan.

APA YANG DILAKUKAN UNTUK TERUS MENDIDIK MASYARAKAT KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT?

Aku terus memberikan motivasi kepada mereka yang ingin berubah ke arah yang lebih sihat.

Aku berterusan mencari ilmu dan aku telah lulus sebagai Certified Bodyweight Fitness Instructor.

Tetapi aku tidak berhenti setakat itu. Aku mendaftar kursus bidang Sains Sukan Di UITM, Shah Alam.

Alhamdulillah pada 21/7/2018, baru-baru ini aku baru lepas temuduga di UITM. Dan sedang menunggu keputusan temuduga. Doakan aku lulus, supaya dapat terus membantu mereka diluar sana dengan ilmu yang betul.

Aku juga ada buat Program online coaching bagi mereka yang jauh dan Team Workout bagi mereka yang berada sekitar Shah Alam dan Klang.

Program ini (AqSa Fitness) khas untuk mereka yang ingin kurus, sihat dan kuat. Bukan sekadar kurus semata-mata.

Ia terbuka buat mereka yang berbadan besar tetapi ingin kuruskan badan dan cergas. Malah terbuka juga untuk mereka yang kurus dan inginkan stamina dah bentuk badan yang diidamkan.

Kalau berminat nak join program ni, boleh terus whatapps hubungi FB seperti di bawah:

FB: Muhammad Hafizee

No whatapps: Wasap.my/60182335947

Sebelum berpisah, ni ada beberapa pesanan aku buat kawan-kawan yang masih struggle nak turunkan berat badan serta nak sihat:-

1) Kawal pemakanan dan jaga kesihatan

2) Rajinkan diri untuk bersenam

3) Jangan mudah mengalah untuk capai kejayaan

4) Utamakan ilmu dalam gerak kerja

5) Bersabar dalam menjalankan misi anda

6) Tutup aurat ketika bersenam di luar rumah.

7) Sentiasalah berdoa kepada Allah disamping usaha dan tawakal.

Sekian sahaja perkongsian dari aku. Semoga apa yang aku kongsikan ini dapat menambah motivasi kawan-kawan lain yang baru atau sedang menjalankan misi untuk sihat, kuat dan cergas. Inshaa Allah, ada rezeki kita akan berjumpa nanti. Assalamualaikum… salam

Fit for Life!

 ====

Dapatkan kompilasi penulisan saya, Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS) yang kini telah masuk Edisi yang ke-3 (yang terakhir) iaitu “Diet dan Nutrisi“. Dapatkan buku-buku ini segera sementara stok masih ada; klik sini (Whatsapp) atau hantarkan mesej di sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *