Guru perlu catat BMI para pelajarnya: Ini juga bakal jadi isu?
SS ingin memetik berita bertajuk “Obesiti pelajar direkod dalam kad laporan” yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
PETALING JAYA 17 April – Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.
Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.
“Langkah itu diharap dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak dengan berat badan berlebihan mendapatkan nasihat klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan kembali berat badan ideal,” katanya.
Selain itu, jelasnya, penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.
Rata-rata tinjauan pada blog-blog warga pendidik yang sempat SS terjah pada hari ini menunjukkan, majoriti golongan tersebut tidak bersetuju dengan cadangan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan. Berikut adalah beberapa reaksi menarik yang ingin SS kongsikan (nama dan link blog dirahsiakan):
Cikgu A: YA ALLAH!!!! Cikgu2 skang ni dah takde kerja sangat ke sampai terpaksa amik tau menda2 macam ni… tak berkesudahan lagi tugasan2 yang sememangnya tergalas kat bahu ni skang ni nak tambah plak dengan tugasan remeh temeh ni… Tercatat di akhbar, katanya nasi lemak salah satu punca obesiti para pelajar, air berkarbonat dilarang jual disekolah sampaikan penjaja2 yang berniaga di luar kawasan sekolah pun terbabit sama tak boleh menjual2 menda2 ni kat para pelajar… Untuk makluman! rasanya takde pun sekolah yang ada kat malaysia ni menjual air gas disekolah!
Cikgu B: Pada pendapat saya, langkah yang diambil kabinet adalah baik dan perlu untuk mencegah masalah obesiti di kalangan rakyat malaysia. bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. untuk mencegah masalah obesiti di kalangan rakyat, pendedahan seawal sekolah rendah adalah perlu.
Cikgu C: Kenapa nak bebankan para guru lagi? Pasal rekod-merekod BMI ni boleh dilakukan oleh para ibu-bapa kat rumah tu… dan pasal berat badan ni, biarlah ibu-bapa pula yang bertanggungjawab! Takkan semua nak bagi kat sekolah dan guru-guru?! Lagipun pelajar hanya berada di sekolah lebih kurang 7 jam sahaja dan selebihnya mereka berada di rumah, dan makan dan melantak di rumah masing-masing… takut nanti dengan langkah menjadikan merekod BMI sebagai tanggungjawab para guru, ibu-bapa akan menyalahkan para guru jika BMI pelajar bertambah! Iyer ler… sekarang ni pun ibu-bapa kan selalu menyalahkan para guru jika anak-anak mereka tidak begitu menyerlah di sekolah! kekeke…. Adoi!!!
Cikgu D: Obesiti pelajar direkod dalam kad pelajar. Obesiti guru? hehe..
Cikgu E: Guru diwajibkan mencatat / merekod BMI pelajar dalam buku rekod supaya ibu bapa tahu sama ada anak mereka gedempol atau cikeding. Nampak gayanya bertambahlah lagi kerja guru. Bagi guru yang ikhlas bekerja, tentu ‘No problem.Saya yang menurut perintah.’ Tetapi bagi guru yang tak berapa nak ikhlas, tentu , ‘Alah!Ingat cikgu ni nurse ke?Ada ke kita pulak yang kena rekodkan?Emak bapak goyang kaki je. Bab pendidikan oklah, bab kesihatan pun nak letak kat bahu cikgu jugak?Grrrr!!!!’
Susu Sejat: Menarik juga cerita pasal BMI ni.. rasanya boleh dijadikan tema blog SS pada minggu ni (lebih kurang berbunyi begini) ‘Perlukah kita bergantung pada BMI‘ atau ‘Kenapa perlu taksub pada BMI‘ atau ‘Adakah BMI penentu paras kegemukan yang mutlak‘.. menarik juga idea untuk entri seterusnya ni.. Sementara itu, cikgu-cikgu di luar sana yang ingin menambah senarai komentar di sini, anda dipersilakan dengan segala hormatnya. SS ingin terus mendengar pandangan anda semua.. (mana tahu boleh diusulkan pada KKM kelak)
SS,kamek pon kerangka besar jgk..harap kitak kupas bab tu nnt ek
tapi betul pun sepatutnye mak ayah laa kene pantau bab2 kesihatan anak2 ni… kecuali la kalo anak2 duduk asrama… ok la kot kalo2 cikgu2 kene pantau…
ada betul jugak saranan en.zul tu sebab dulu2 masa join rekrut la konon2 kan… dorang punye laa concern pasal bmi ni… sampaikan kite yang jenis rangka besar ni kene ke tahap kurus melidi untuk dapat berat ideal dengan bmi…
tu pun tatau la pe masalah ngan penimbang tu tetap nak detect saye ni berat jugak padahal orang lain tengok dah macam zombie dah kurusnye…
skarang ni pun orang tengok sy dorang cakap saiz badan saya ok je… tapi hakikat berat tu penimbang saje yang tau. baju2 semua saiz S je… tapi bila naik penimbang, orang yang tengok pun bleh pitam. hehe…
pd pendapat sy yg bukan cikgu/cikgi ni, kenyataan pak menteri tu telah diinterpretasikan dgn cara yg tak berapa kena oleh sesetengah guru (based on hasil terjahan en ss tu).lumrah masyarakat kita kot, cepat melatah bila sesuatu isu baru ditimbulkan (ingatkan golongan artis/selebriti aje yg selalu dikaitkan dgn sikap cpt melatah bila diusik dgn gossip2 manja.hehehe).cuba pandang dari sudut +ve,tujuan kerajaan nak prevent masalah berat badan berlebihan a.k.a gemuk(lebih parah bila dah obes) di kalangan rakyat malaysia amnya dan di kalangan pelajar sekolah khususnya. tugas guru hanya mengambil ukuran BMI dan tulis dalam report card murid sahaja dan bukannya kena bagi khidmat nasihat/pantau pemakanan anak-anak murid mereka.bila dah tercatat dalam kad laporan prestasi murid tu,terpulang kepada ibu dan bapa lah pula untuk ambil tindakan sewajarnya.utk kurangkan beban guru (seperti yang dinyatakan oleh mereka),mungkin boleh bekerjasama dgn klinik2 kesihatan setempat utk adakan satu hari kesihatan di sekolah di mana ukuran BMI boleh dibuat untuk semua murid dan maklumat tersebut direkodkan oleh guru dalam kad laporan prestasi murid.guru pun boleh ukur tahap BMI masing-masing.banyak cara sebenarnya boleh difikirkan daripada menstresskan diri anda dgn pemikiran “kerja makin bertambah”.silap2,anda guru yg kurus akan menjadi gemuk, yg gemuk akan jadi obes sekiranya stress mempengaruhi peningkatan berat badan anda!
eh,macam mencurah2 pula idea nak share kat sini. baik saya stop sebelum perasan ini blog sy.hehehe
tugas guru hanya mengambil ukuran BMI dan tulis dlm report card murid sahaja = guru terpaksa mengorbankan waktu pembelajaran semata-mata untuk mengambil berat murid dan mengira BMI
mungkin boleh bekerjasama dgn klinik2 kesihatan setempat= lg menambahkan beban kerja2 guru (menyediakan tempat,kertas2 kerja kerana melibatkan sekolah sedangkan banyak lg program sekolah yg perlu dibuat)
anda tidak pernah jd guru anda tidak tahu tugas guru bukan hanya mengajar sahaja..sama juga dgn saya yg tidak pernah menjadi guru sebelum ini berfikiran seperti anda..bila anda dah jd guru baru anda tahu..
walaupun benda ini kecik sahaja, tp lama2 jd bukit kan..sekarang ini pun ramai guru yg mengalami sakit mental dan kemurungan..
masa saya belajar kat mrsm beseri dulu, memang di rekod bmi pelajar…
kami duduk ramai dalam dewan..dan nama satu persatu dipanggil untuk di ambil berat dan tinggi..lepas tu cikgu bagitahu bmi kita..
xda masalah untuk cikgu merekod bmi kami masa tu…