Gusi berdarah akibat menggosok gigi secara ganas!

Sekali dengar, memang ganas tajuk entri kali ini kan? Apa-apa pun, memang entri kali ini aku bercadang hendak kongsikan sedikit pengalaman yang berlaku terhadap diri aku sejak 2-3 bulan yang lalu setiap awal pagi dan tengah malam, iaitu pendarahan gusi akibat memberus gigi.

Perkara ini amat menghantui fikiran aku kerana boleh dikatakan dalam 10 kali aku memberus gigi, 8 kali daripadanya pasti gusi aku berdarah. Nak dikatakan berus gigi tersebut terlalu keras, tak juga kerana gusi masih berdarah walaupun aku telah bertukar kepada berus gigi dari jenis medium. Lalu bagaimanakah caranya untuk aku mengatasi masalah ini?

Maka tanpa berfikir lama, pada pagi Ahad tempoh hari aku mencapai komputer riba lalu menaip status berikut di Facebook, dengan harapan ramai yang akan membantu.

Alhamdulillah, tak sangka ramai juga yang ringan tulang membantu walaupun ada jawapan di kalangan mereka ni yang pada hemat aku pelik. Paling tak tahan, ada yang mendakwa gusi berdarah ni adalah disebabkan oleh tahi gigi terlalu banyak pada celah-celah gigi! Ketawa sekejap aku. Tapi apa-apa pun, terima kasihlah pada yang membantu. Berikut aku simpulkan sebahagian tip-tip daripada mereka yang pada hemat aku logik dan ada asasnya untuk dicuba. Mungkin anda yang mempunyai masalah ini juga boleh mencuba.

  1. Bertukar kepada berus gigi jenis ‘soft‘ atau ‘super soft‘. Mungkin berus gigi sebelum ini adalah terlalu keras.
  2. Menggosok gigi dengan cara yang betul. Janganlah tonyoh gigi dan gusi seperti menyental kuman-kuman atau lumut di dinding bilik mandi pula! Gosoklah dengan memastikan semua makanan di celah-celahan gigi benar-benar disingkirkan.
  3. Lakukan rawatan scaling pada gigi dalam 3 bulan sekali. Ini membantu menyingkirkan agen-agen yang bertanggungjawab ke atas sebarang inflamasi oral seperti tahi gigi (plaque). Memang betullah apa yang saudara Ameer Izkandar cakap kan?
  4. Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Harus rajin melakukan ‘flos’ pada gigi disamping menggunakan pembersih mulut cecair yang lain untuk memaksimakan penghapusan bakteria dalam mulut, yakni punca kepada pembentukan plaque.
  5. Makan lebih makanan yang mengandungi Kalsium dan Vitamin K (atasi masalah pembekuan darah) seperti susu, berserta makanan yang tinggi kandungan Vitamin C (atasi masalah Scurvy). Kebanyakan buah-buahan mengandungi tinggi kandungan Vitamin C, seperti betik dan buah oren.
  6. Sekiranya semua di atas masih tidak berhasil, jangan ragu-ragu untuk membuat temujanji dengan doktor gigi anda. Bukan membuat temujanji untuk keluar makan bersama ya, tetapi temujanji untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan gigi anda! Kemungkinan besar, pendarahan gusi yang berterusan adalah disebabkan oleh tanda-tanda awal leukimia, atau penyakit kekurangan platlet (penting untuk pembekuan darah).

InsyaAllah aku akan mencuba segala tip-tip yang telah dikongsikan. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang telah memberikan tip-tip ini. Maaf tak dapat nak beri kredit seorang demi seorang sebab terlalu ramai yang baik hati memberikan pendapat dan pandangan. Perbincangan tersebut boleh di akses di sini.

Comments

  1. By insan

    Reply

    • Reply

  2. By Hans

    Reply

  3. Reply

  4. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *