Gym di Taman? (Bahagian 1)

Bersenam di taman? Ada orang berpendapat gym adalah lokasi terbaik untuk bersenam secara konsisten. Tidak dapat dinafikan pendapat itu sangat benar memandangkan fasiliti-fasiliti di gym memang mencukupi, dari aspek kelengkapan seperti mesin-mesin (weight training dan kardio), kemudahan tempat persalinan, hinggalah kepada aspek teknikal seperti personal training dan physiotherapy.

Tetapi apa yang membuatkan tidak ramai yang mampu berkunjung ke gym adalah disebabkan yuran pendaftarannya yang mahal, tidak termasuk khidmat nasihat daripada personal trainer atau jurulatih lagi. Itulah sebabnya industri fitness dilabel sebagai “multi-million business“.

Buat mereka yang kurang mampu untuk ke gym, usah khuatir. Anda tidak perlu bersusah payah mengeluarkan hampir 20% gaji anda semata-mata untuk yuran bulanan di gym (berdasarkan standard gaji kakitangan awam paling rendah), kerana jika anda bernasib baik, disekeliling anda juga terdapat gym paling asas yang selayaknya dihargai – “ia lebih baik daripada tiada”.

Untuk entri kali ini, aku menggunakan Taman Pudu Ulu yang terletak berhampiran dengan Taman Shamelin dan kawasan Pandan Jaya sebagai contoh.

Tengok apa yang ditegur di sini? Dilarang beromen di taman atau aksi anda akan dirakamkan masuk Youtube.

Senaman “Weight Training” (tahap kesukaran kanak-kanak)

Walaupun alat-alat yang terdapat di sini tidaklah sekompleks dan selengkap mesin-mesin weight training yang terdapat di gym, tetapi konsep dan fungsi setiap alat di sini adalah lebih kurang sama dengan yang terdapat di gym, cuma bezanya di sini ialah, ia menggunakan bodyweight (berat badan) atau takal biasa sebagai beban. Ini membuatkan beban mesin ini sangat ringan dan mudah dikendalikan. Sekiranya anda ingin mendidik anak-anak kecil anda supaya ‘biasa’ dengan mesin-mesin di gym, maka di sinilah tempat yang tepat untuk itu.

Nama alat: Taiji Wheel
Modus operandi: Pegang pemegang yang berbentuk bulat pada salah satu cakera, dan putarkan. Satu pusingan membawa maksud 1 kali ulangan, lakukan sebanyak 10-15 kali (satu set), untuk 3 hingga 5 set.
Target otot: Tangan secara keseluruhan
Komen SS: Senaman ini merupakan analogi kepada aktiviti mereka yang membuat kek dengan kaedah klasik – pukul adunan kek dengan tangan sampai tangan menjadi lenguh.

Nama alat: Arm Lifter
Modus operandi: Letakkan kedua-dua belah tangan pada pemegang yang sepatutnya, dan tariklah ke atas dan kebawah (tangan kiri, dan tangan kanan) bergilir-gilir.
Target otot: Tangan secara keseluruhan, deltoid (bahu)
Komen SS: Aku pun tak tahu apalah motif alat ini, sekali imbas macam gaya ‘bawa kereta’ pun ada.

Nama alat: Multi Leg
Modus operandi: Baring meniarap, sambil tangan memegang pemegang, dan kaki (keting) anda masuk di antara celah yang sepatutnya. Dengan menggunkan tumit dan bahagian belakang keting, bengkokkan kaki ke atas. Untuk pergerakan essentrik (saat ketika otot memanjang), lakukan secara perlahan-lahan supaya kesan beban dapat dirasai.
Target otot: Calf (keting)
Komen SS: Juga boleh lakukan sit up menggunakan alat ini. Baru nampak seorang awek buat pagi tadi. Kreatif!

Nama alat: Slimming Turn
Modus operandi: Berdiri (kedua-dua belah kaki) pada salah satu bulatan kecil yang berwarna merah, sambil tangan anda memegang besi pemegang (berwarna biru). Pusingkan badan anda ke kiri dan ke kanan, dan lakukan secara perlahan-lahan.
Target otot: Oblique (sisi abdomen)
Komen SS: Sangat sesuai buat cik kak-cik kak yang ingin tone-up sisi abdomen supaya kekal slim walaupun umur dah lanjut. Mesti selepas ni ramai orang perempuan yang cari mesin ni kan?

Nama alat: Elliptical Trainer
Modus operandi: Berdiri pada pedal yang sepatutnya, sambil tangan memegang pemegang. Gerakkan kaki secara membulat dengan menolakkan pemegang ke depan dan ke belakang (kiri dan kanan) secara bergilir-gilir.
Target otot: Kardio, melibatkan pergerakan otot seluruh badan.
Komen SS: Mesin kardio seperti ni ada di gym, cuma versi yang ni adalah lebih ‘ringan’ dan kurang membebankan.

Nama alat: Sky Walker
Modus operandi: Berdiri pada pedal, dan goyangkan kaki ke depan dan belakang secara bergilir.
Target otot: Quadriceps dan Hamstring (paha hadapan dan belakang).
Komen SS: Teringat watak “Luke Skywalker” dalam cerita Star Wars.

Nama alat: Double Stretcher
Modus operandi: Sambil duduk, letakkan kedua-dua belah kaki anda pada pedal, dan tolak badan anda ke atas (dalam erti kata lain meluruskan kaki anda).
Target otot: Quadriceps dan Hamstring (paha hadapan dan belakang)
Komen SS: Untuk meningkatkan beban, boleh menggunakan sebelah kaki sahaja (berbanding 2 kaki) untuk menolak badan anda ke atas (bergilir-gilir antara kaki kiri dan kaki kanan).

Nama alat: Air Bike
Modus operandi: Sambil duduk, letakkan kedua-dua belah kaki anda pada pedal, dan tolak ke bawah, kemudian kembali ke atas. Lakukan ini berulang-uang kali secara perlahan-lahan.
Target otot: Kaki secara keseluruhan
Komen SS: Tak sempat cuba sebab mesin ni dah rosak.

Nama alat: Quadruple Healing Machine
Modus operandi:
1) Duduk, letakkan kaki pada pedal kaki dan pegang pedal kanan, kemudian lakukan pergerakan seolah-olah ‘berbasikal’ sama ada secara serentak atau berasingan (kaki dan tangan).
2) Baring/sandar pada tangga yang berbentuk lengkung sambil tangan memegang pemegang di bahagian atas, kemudian angkat kaki anda ke atas laju-laju menggunakan momentum dari paha, kemudian lepaskan ke bawah secara perlahan-lahan.
Target otot:
1) Kardio yang fokus pada otot lengan dan kaki.
2) Lower abs (perut bahagian bawah berdekatan pinggang).
Komen SS: Aku suka fungsinya yang kedua, nampak lebih mencabar.

Untuk setiap senaman-senaman diatas, lakukan dalam 10 hingga 15 kali untuk satu set, dan cuba lakukan sekurang-kurangnya 3 set.

Bersambung..

Comments

  1. By Cik Adek Manes

    Reply

  2. By Personal Trainer's Girlfriend

    Reply

  3. By Ikhwan

    Reply

  4. By tukangcerita

    Reply

    • By sya

      Reply

  5. By Hashira Yusoff

    Reply

  6. By Panduan Buah Pinggang Sihat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *