Harga obesiti itu…
Tema entri-entri bulan Dec 2012: Gastrik dan Hepatobilliary
Sesiapa yang membaca 2 entri terdahulu dari aku (Maaf tiada kudrat menulis dan Gastrik) mesti mengetahui apa yang telah berlaku kepada aku sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku sendiri tak sangka berhubung dengan masalah serangan gastrik yang sering menyerang aku sejak kebelakangan ini. Aku telah diminta menjalani ujian Ultrasound minggu lalu dan rasanya jawapan awal kepada masalah ini sudah dapat dikenalpasti. Seperti yang disangka, ia BUKAN gastrik biasa, dan diet bukanlah punca sebenar mengapa gastrik itu hadir ke dalam hidup aku. Terdapat punca lain yang membuatkan sakit gastrik itu sering datang terutamanya ketika waktu malam.
Ujian Ultrasound menunjukkan terdapat 4 biji gallbladder stones dalam hempedu aku, atau lebih dikenali dalam bahasa Melayu sebagai “Batu Karang Hempedu“. Batu ini, meskipun kecil (kira-kira 7mm), tetapi dipercayai telah sekali sekala ‘menutup’ salur hempedu yang sedikit sebanyak menggangu sistem pencernaan. Gambar di atas merupakan gambar sebenar yang sempat aku ambil menggunakan kamera Nokia C6 aku. Sebahagian maklumat terpaksa dihitamkan untuk menjaga privasi.
Bagaimana batu seperti ini boleh terbentuk? Menjawab persoalan itu, aku menggunakan 2 hujah berikut, tak perlu rasanya nak hurai panjang-panjang kerana infonya straight forward:
“Cancer is never the first illness. Usually, there are a lot of other problems leading to cancer. In my research in China, I came across some material which say that people with cancer usually have gallstones. We all have gallstones. It’s a matter of big or small, many or few.” – Dr Lai Chiu Nan
Terjemahan: “Kanser bukanlah perkara pertama, ia tidak hadir dengan sendiri dan pastinya mesti ada sebab mengapa kanser itu terjadi. Dalam kajian saya di China, saya terjumpa beberapa sumber yang mengatakan mereka yang mengidap kanser kebiasaannya memiliki batu karang hempedu. Hakikatnya kita semua ada batu karang hempedu, yang membezakannya sama ada besar atau kecil, banyak atau sedikit”
Sumber: How to remove gallstones naturally (blog)
Menurut Dr. Abd Hamid Mat Sain dari ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya (Sumber: E-kesihatan.blogspot). Sesiapa sahaja boleh memilikinya, malah kita semua mungkin memilikinya tetapi disebabkan bilangannya yang sedikit atau saiznya yang kecil, maka simptom-simptom seperti rasa sakit di bahagian kanan abdomen tidak ditonjolkan sedangkan ia ada di situ. Malah aku sendiri tidak pernah mengalami sakit di bahagian kanan abdomen, sebaliknya simptom penyakit ini ditonjolkan menerusi “kekerapan gastrik” yang aku hadapi.
Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
- Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda berbanding lelaki.
- Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
- Menghilangkan berat badan dengan cepat juga akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko untuk menghidapinya
- Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
Batu seperti ini boleh terbentuk bila-bila masa sahaja, pada sesiapa sahaja. Ianya terdiri daripada sebatian kolestrol yang “bergumpal” lalu membentuk batu di pundi hempedu. Faktor-faktor yang aku nyatakan tadi hanya mempercepatkan lagi pembentukannya. Ditanya jika diet aku untuk menurunkan berat badan sebelum ini merupakan punca kepada masalah ini, doktor yang memeriksa aku berkata “mungkin ya, mungkin juga tidak”. Ini kerana pembentukan batu ini tidak mengambil masa sehari dua, tetapi bertahun-tahun lamanya, sama kesnya juga dengan obesiti. Batu ini mungkin sudah berada di dalam hempedu aku sejak aku obese lagi, dan terus-menerus membesar sebelum menjadi sebesar 7mm.
Aku kini telah dirujuk kepada pakar di bahagian Hepatobilliary dan sekiranya keputusan ujian ini sahih, aku mungkin akan dibedah untuk membuang Batu Hempedu tersebut (termasuk dengan pundi hempedu sekali). Adakah ini harga yang perlu aku bayar kerana pernah menjadi insan yang obese? Aku ternyata masih belum sihat sepenuhnya, meskipun ujian kesihatan aku yang lain-lain (termasuk ujian darah/kolestrol) semuanya normal. Minggu depan nak buat ujian endoskopi pula. Doakan aku kawan-kawan.
Assalammualaikum….En.SS…
Sejak saya membaca entri Tiada Kudrat Untuk Menulis & Gastrik..saya dah mula terfikir akan masalah kesihatan yg telah ss hidapi mungkin ada kaitan dgn hempedu…
Ini kerana ss ada mengatakan yg ss telah mengalami sakit prut dah lama dan segala macam ubat tak berfungsi untuk meredakan kesakitan itu…saya terikir akan kanser hempedu itu..
Ini kerana arwah atuk dan ayah kawan saya meninggal kerana penyakit tersebut dan mengalami kesakitan selama 2th…dan Hospital kerajaan lambat mengesan penyakit tersebut…
Setelah dibawa ke swasta baru doc dapat kesan namun semuanya dah terlambat…kerana batu tersebut dah besar…dan telah merosakkan hempedu tersebut…
Saya bersyukur ss dapat mengesannya awal…dan nasihat saya pada semua…jika sakit perut berpanjangan jangan pandang ringan…buat medical chekup secukupnya…
Dan kepada ss saya doakan ss selamat menjalankan pembedahan dan cepat sembuh….
Ssya sungguh simpati dgn ss dan turut bersedih atas apa yg terjadi.sya sekluarga doakan ss akn cpt sembuh dan jika perlu di bedah saya doakan senuanya akan berjaya…ammiinn…
terima kasih sallehuddin atas sokongan yang diberikan.. saya amat menghargainya.. :)
semoga tabah hadapi ujian ni..ujian ni hadir dalam pelbagai bentuk..sakit salah satunya. InsyaAllah ramai yg mendoakan SS cepat sembuh dan kembali menulis untuk manfaat ramai pembaca setia ni…
semoga ss cepat sihat. Sakit ss tu sama mcm yg abah sy hadapi smpai skrg belum settle mungkin belum jumpa penawarnya. Moga ss dan abh sy sihat kembali.. amin..
dari dulu emus kata,mmgkena scan juga..STONE dlm hempedu,mmg cepat kena (tembak@buang sebelum dia mjd kem belih besar eeee)so bila dah buang mjd seperti biasa dah tak sakit..ni dulu awk suka mkn seafood,dan kurang minum air..semoga sihat
smoga SS cpt sembuh.. jge kesihatan n if ade rezki nty t’jmpe SS kt hukm lgi..hahaa..!~..take care..
never back down…keep praying to Allah…Allah always with us!!
thanks chammy.. :)
semoga tabah berhadapan dengan ujian Allah SWT
berdoalah dan terus berdoa semoga sembuh
didoakan ss berjaya menghadapi ujian ini dan kembali sihat. amin
Encik susu,
sorry to hear abt your health problem. i do not know what to advice. but i have something to suggest. Elken has variety of supplement food that are really effective to cure your gallstones.Trust me. i found, many testimonies who succeed and don’t have to go for operation. the gallstones size gradually reduced. just approach any stockist (i’ll suggest go to the HQ jln klang lama coz they have the MRT expert there. i am not asking u to join MLM but just consume its products. Really it is effective!!
boleh namakan jenis produk elken yg dapatkan buang batu hempedu…saya nak try…
boleh tak nyatakan produk elken tersebut …saya nak try…stay margina
mieacu73@yahoo.com
salam
bro susu…. semoga segara pulih hendaknya…insyaallah ini adalah sebahagian ujian, yang telah Allah tetapkan pada hambanya…tiada penyakit yang datang tanpa penawarnya….aku doakan semoga hang sembuh…amin
Saya baru saja di diagnos sama seperti SS pd. 4/9/2012. Masuk HUKM discharged pd 10/11/12. Selepas di endaskopi, alhamdullilah berkat doa semua rakan-rakan, batu karang kat pundi tuu hilang. Tapi next check up 3/10/12 utk rawatan lanjut. Advice from doctor to remove pundi hempedu tu. So tawakal dan reda utk segala kemungkinan. Insyaallah tuhan sentiasa mendengar permintaan saya. Saya mohon advice dari SS bagi saya menghadapi situasi tersebut. Sekian, tk.
saya pun dapat advice yang sama, tapi saya pilih jalan untuk ‘hold’ dahulu pembedahan untuk remove tu dan cuba rawatan alternatif, yang mana bersesuaian dengan kewangan kita. saya pun ada follow check up lagi bulan 11 ni. Harap cepat disembuhkan, sama2 lah kita berdoa…
SAYA INGIN BERKONGSI…..
silakan :)
Slm.ayah sy selalu tlg kwn2 dia yg sakit mcm SS.klu ikut pd ayah sy,ikhtiarlah cara alternatif dulu baru nk dibedah.once kita dibedah,salah satu bhgn dlm badan kite dah x elok (mcm kereta,byk modify nnt makin byk mslh).dulu,sy hampir terkena,tp sy amalkn minum air kelapa yg direbus sndri.sy amalkn stp ptg dgn yakin..mmg sy x pcaye dgn rwtn selain doktor,tp sy rs tak rugi cuba sebb air kelapa bhn semulajadi yg Tuhah bri utk manusia nikmati..lgpun amal sndri n sy suka air kelapa.ramai kwn ayah sy yg nk oprration tp x jadi dgn amalkn air kelapa muda..cubalah,air kelapa pun sedap..x rugi..hehe.moga cepat sembuh!
salam albab, terima kasih atas perkongsian tu. saya nak tanya, kelapa muda tu jenis yang mana satu? ke semua jenis boleh? lagi satu, berapa lama pula ia harus direbus? teknik merebus tu bagaimana? ada teknik tertentu ke seperti berapa suhu dia, adakah kita rebus air bersama dengan isinya ke.. TQ