Hubungkait Genetik, Pil Ecstasy dan Kanser

Hubungkai Genetik dan Kanser

Di dalam sel manusia seharusnya terdapat 23 kromosom. Jika terlebih atau terkurang, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Gen yang dikenali sebagai STAG2 telah dikenalpasti sebagai dalang kepada melanomas (kanser kulit), Ewing’s sarcomas (kanser tulang) dan glioblastomas (kanser otak) memandangkan gen tersebut dikenalpasti wujud dalam ketiga-tiga kanser tersebut dalam keadaan ‘cacat’. Saintis-saintis Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap penemuan awal ini menjelaskan, STAG2 pada asalnya bertanggungjawab dalam proses pembahagian kromosom dalam proses pembahagian sel yang normal. Walaubagaimanapun, ini tidak selalunya berlaku, terutamanya apabila gen STAG2 ini telah bermutasi, dan ini mengakibatkan pembahagian kromosom untuk setiap sel menjadi tidak sekata. Kes ini dikenali sebagai ‘aneuploidy’ dan merupakan salah satu ciri-ciri kanser.

Sekiranya apa yang dijelaskan oleh kumpulan kajian tersebut sahih, maka dijangka pada masa hadapan, salah satu cara untuk mengatasi kanser adalah dengan menghalang gen STAG2 dalam tisu-tisu manusia tertentu daripada bermutasi. Kajian berkenaan juga masih diteruskan untuk mengenalpasti sama ada ia juga wujud dalam keadaan ‘cacat’ dalam sel kanser payudara, usus dan paru-paru.

Pil Ecstasy dan Kanser

5 tahun yang lalu, sekumpulan pengkaji di University of Birmingham telah menunjukkan ecstasy dan anti-depresi seperti Prozac berpotensi untuk menghentikan sel kanser daripada terus membiak dan membiak. Walaubagaimanapun, dos ecstasy yang diperlukan untuk menghentikan pembiakan sel kanser itu adalah sangat tinggi. Analoginya adalah sama seperti menelan berpuluh-puluh biji pil ecstasy dalam sehari, dan ini, meskipun mampu menghapuskan sel kanser, tetapi kesan sampingan yang harus dibayar adalah maut.

5 minggu yang lalu, sekumpulan pengkaji yang sama telah berjaya menemui formula untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menghasilkan Pil ecstasy yang telah DIUBAHSUAI (beberapa atom tertentu yang dikatakan boleh membawa maut kepada manusia pada dos yang tinggi telah disingkirkan dari molekul ecstasy yang asal). Sebiji pil ini dikatakan mempunyai kesan faedah yang sama seperti 100 biji pil ecstasy, tetapi kesan buruk memakannya adalah sama seperti memakan sebiji pil ecstasy sahaja. Dikatakan ‘pil ajaib’ tersebut berada pada fasa akhir penghasilannya, dan ia akan diuji terlebih dahulu kepada beberapa pesakit (tempoh percubaan) untuk sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum dikomersilkan.

Apa pula komen anda untuk 2 penemuan baru ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *