Isu Potato Spring dan Makanan sihat di Bazaar Ramadhan

Setelah seminggu berpuasa, aku mula berasa bosan dengan Bazaar Ramadhan. The food is mostly fattening (menggemukkan kerana berkalori tinggi), dan tidak menyihatkan jika dibeli setiap hari. Sekali-sekala tu mungkin bolehlah tetapi jika untuk diamalkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini, sila berfikir 2-3 kali terlebih dahulu. Pilihan untuk membeli makanan yang sihat di sana amatlah terhad memandangkan makanan berminyak dan bergoreng tidak pernah lari dari cara masakan orang MALAYSIA.

Tetapi bila aku mengeluarkan pendapat sebegini, ada sekelompok manusia yang melatah. Sila lihat komen-komen untuk entri potato spring yang pernah aku tulis suatu ketika dahulu sekiranya anda tidak faham apa yang cuba aku sampaikan. Sebahagian daripada mereka berkata aku tak patut menulis entri sebegitu, seolah-olah entri tersebut “mengutuk” mereka yang berniaga untuk mencari rezeki secara halal. Hakikatnya aku sama sekali tidak pernah berniat untuk mengutuk orang mencari rezeki dengan cara berniaga, malah itu adalah satu-satunya cara yang halal di sisi Islam untuk mengumpul kekayaan.

Setiap penulisan aku di blog SS ini adalah pendapat aku, dan melontarkan suara itu adalah hak asasi setiap manusia, kerana niat aku untuk membanteras obesiti di Malaysia. Dan untuk menangani isu yang serius seperti obesiti ini ada kalanya aku akan menggunakan corak bahasa yang lantang. Cubalah fahami sebetul-betulnya isi tersirat entri tersebut sebelum melatah dek kerana hanya terbaca dan memahami yang tersurat. Secara tersirat, yang aku kecam adalah sikap manusia yang memanjakan manusia lain dengan perkara yang tidak menyihatkan, dan itu berkaitan dengan sikap “pak turut” dalam fenomena potato spring. Perlukan penjelasan lanjut?

Sebahagian peniaga melihat makanan yang tidak menyihatkan seperti potato spring mampu memberi pulangan yang memberangsangkan kerana permintaannya adalah “kadabooom” (awal-awal sajalah, sekarang ni aku lihat ramai rakyat malaysia yang “say no” dengan potato spring, malah ketika di bazaar Ramadhan pun setakat ini tak pernah nampak dijual, Alhamdulillah di situ). Menyedari akan hal itu, maka ramailah yang berlumba-lumba untuk membuka gerai potato spring kerana tahu terdapatnya permintaan dari pembeli, tetapi bukankah itu satu cara untuk memanjakan si pembeli, yakni rakyat Malaysia secara keseluruhannya? Apa yang mereka mahu, kita beri dan kita sokong, meskipun kita tahu benda itu sangat tidak menyihatkan. Samalah juga kesnya apabila anak-anak kita menangis kerana mahukan duit untuk membeli jajan, kita beri sahaja tanpa membantah kerana konon-kononnya tak sanggup melihat anak kita menangis pada masa itu. Barangkali kita sanggup melihat anak kita itu menangis di kemudian hari kerana masalah kegemukan dan 1001 macam penyakit yang lain.

Aku tahu ramai yang akan kecam aku kerana mengeluarkan pernyataan begini dan akan mengatakan “Susu Sejat tak tahu bisnes, dia bodoh sikit soal perniagaan ini, apa yang dia tahu?! Lubuk keuntungan dah ada, kenapa tidak dicuba? Nampak sangat tak nak sokong orang melayu berbisnes!” Untuk mereka yang mengeluarkan pendapat begini, aku ingin tanya kamu, adakah kamu merasa soal wang ringgit itu jauh lebih penting daripada menyelamatkan rakyat Malaysia yang lain dari isu obesiti? Baca dahulu isu obesiti yang pernah aku tulis sebelum melatah. Ada lebih dari satu entri berkenaan obesiti yang terdapat dalam blog ini, sila pergi ke ruangan “Arkib” dan carilah di situ. Kemudian beritahu aku adakah kamu masih ingin menyokong penjualan potato spring atau sebaliknya.

Sama juga kesnya seperti rokok, kerajaan beriya-iya meletakkan gambar yang menakutkan pada pek rokok, hakikatnya penjualannya masih diteruskan. Ironi bukan? Adakah kerana takut rakyat akan memberontak jika tidak diberi rokok? Ingin menjaga hati perokok-perokok di Malaysia yang aku percaya lebih sejuta orang, supaya mereka terus mengundi untuk kerajaan? Atau adakah kerajaan lebih memikirkan soal wang ringgit? Kerana kerajaan tahu rokok di Malaysia masih ada market yang tinggi, keuntungan pasti berganda untuk kerajaan kerana harga (cukai) rokok pasti dinaikkan dalam pembentangan belanjawan tahunan. Sekali lagi, janganlah melenting kalau aku tulis begini, ini kan pendapat aku sahaja, yang aku tulis dalam blog aku, kalau tak suka, tak apa. Kembalilah kepada gaya hidup kamu yang kamu fikir menyeronokkan, dan kelak tak perlulah melatah jika penyakit itu dan ini datang dalam hidup kamu, okeh? That’s the deal.

.

Senarai makanan yang sihat di Bazaar Ramadhan

Berbalik kepada topik Bazaar Ramadhan, aku sebenarnya amat suka dengan konsep Bazaar sebegini kerana ia menggambarkan identiti Malaysia. Di sana kita dapat merasai kemeriahan Ramadhan kerana ribuan manusia akan mengunjunginya, ianya seakan pesta, tetapi pesta yang dihalalkan Islam (berniaga itu kan perkara mulia?).

Maka di kesempatan ini, aku nak kongsikan sedikit sebanyak makanan yang boleh dibeli dan makanan yang seeloknya dihindari (jika kesihatan adalah prioriti anda) bila mengunjungi Bazaar. Perlu diingatkan bahawa senarai ini merupakan cadangan sususejat sahaja yang diharapkan dapat membantu anda mencari makanan-makanan yang sihat, dan mengelak makanan-makanan yang tidak sihat di Bazaar Ramadhan. Anda boleh membeli makanan-makanan yang mungkin tidak dinyatakan di sini sekiranya anda tahu jumlah kalori yang terkandung dalam makanan tersebut untuk setiap gram, berserta nisbah karbohidrat:protein:lemak yang terkandung di dalamnya. Mempelbagaikan sumber makanan untuk mendapatkan keseimbangan diet, menggunakan strategi yang betul, adalah amat digalakkan.

Yang boleh dibeli

  1. Nasi dan lauk pauk,- meskipun kebanyakkan kuah lauk yang dijual berminyak, itu tidak mengapa kerana kelak kuahnya boleh diasingkan bukan? Ambil lauknya sahaja (protein), kuah tak perlu ambil, atau diambil sedikit sahaja untuk merasa.
  2. Laksa asam – mengandungi sumber karbohidrat, protein dari telur dan kuah ikannya, juga mengandungi serat dan alkaline yang terkandung dalam timun, bawang, dan perahan limau. Tiada alasan untuk mengatakan laksa itu tidak sihat, malah laksa adalah satu-satunya makanan melayu yang sususejat tabik spring kerana kehebatan nutrisinya.
  3. Ayam golek atau ayam goreng (bahagian dada, tanpa kulit).
  4. Air soya (minta yang kurang manis jika boleh).
  5. Kuih berprotein seperti Tauhu sumbat (inti yang disumbat merupakan sumber alkaline)
  6. Kuih Muih tradisional pada kadar yang berpatutan. Jangan membeli dengan banyak seperti puaka.
  7. Buah-buahan seperti kurma.

Yang seharusnya dielakkan kerana tidak menyihatkan

  1. Roti John – amat kaya dengan mentega dan mayonis, kesemuanya dari jenis lemak yang tidak menyihatkan.
  2. Ayam ‘gunting’ seperti Uncle Bob – Konon-kononya tanpa kulit dan lemak, tapi cuba perah sekeping tengok pada tisu, sungguh kaya dengan minyak. Itu belum termasuk lagi sodium dari MSG yang terdapat padanya.
  3. Air soya yang cair semacam, tetapi manis. Nak kaut untung lebih barangkali?
  4. Kuih-muih yang anda dah tahu dibuat sangat manis oleh si penjualnya (sekali dah beli dan tahu manisnya macam puaka, takkan lah nak dibeli untuk kali kedua kan?)
  5. Makanan yang kelihatan merapu dan mempunyai minyak yang menitik-nitik macam Potato Spring.

Komen Susu Sejat: Kasihan Potato Spring, tak habis-habis kena hentam dengan aku.

Comments

  1. By dka

    Reply

  2. By ogGy

    Reply

  3. By cla

    Reply

  4. By azi

    Reply

  5. By labu sayong

    Reply

    • Reply

  6. By emus

    Reply

    • Reply

  7. By orang

    Reply

  8. By azuni

    Reply

  9. By emus

    Reply

  10. By lala

    Reply

    • Reply

  11. By Hana

    Reply

    • Reply

  12. By rini

    Reply

    • Reply

      • By Mak nom

        Reply

      • By Farah

        Reply

  13. By alia

    Reply

    • Reply

  14. By alia

    Reply

    • Reply

  15. By orang

    Reply

    • Reply

  16. By ida

    Reply

  17. By PembacaSetia

    Reply

    • Reply

  18. By FatoFit

    Reply

  19. By arekomos

    Reply

    • Reply

  20. By astatin008

    Reply

  21. By mama3musketeers

    Reply

    • Reply

  22. By astatin008

    Reply

  23. By nhm

    Reply

  24. By sha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *