‘Jalan Jalan Cari Makan’ tiket kegemukan?

Siapa yang tidak kenal dengan rancangan bercorak travelJalan Jalan Cari Makan” (JJCM) yang berkeudara di TV3 sejak lebih 10 tahun yang lalu. Sebelum ini, pengacara sensasi Maria Tunku Sabri sudah sinonim dengan rancangan ini. Sebut sahaja JJCM, pasti tidak lekang wajah comel Maria Tunku Sabri, dan para penonton pasti tidak pernah lupa akan gelagat beliau ketika mempromosikan makanan-makanan yang diulas, sambil menjamah makanan yang disajikan.

Bagi mereka yang mengikuti rancangan ini sejak musim pertama lagi, pasti menyedari akan pertambahan berat badan yang ketara ditunjukkan pengacara yang kini memasuki usia 40 tahun ini.

Menyedari akan hal itu, pada penghujung 2007, Maria telah mendaftarkan diri untuk program pengurusan berat badan di sebuah pusat kecantikan “Keep Slim beauty and slimming” dan hasilnya, berat badan beliau turun sebanyak 4kg selepas mengikutinya selama 1 bulan setengah.

Berikutan itu, Maria juga telah dilantik menjadi duta kepada “Keep Slim Beauty & Bodyline” sekaligus melayakkan beliau mengikuti program pengurusan berat badan secara intensif selama 3 bulan bermula May 2008 untuk menurunkan berat badan beliau kepada beberapa kg lagi.


Itu kisah Maria Tunku Sabri beberapa tahun yang lalu. Umum sedia maklum bahawa tempat beliau sebagai pengacara JJCM telah digantikan oleh anak kepada chef nombor satu negara, Serina Redzuawan untuk JJCM musim yang ke-13 (2010). Rakaman untuk musim terbaru JJCM ini telah dimulakan sejak 25 November 2009 yang lalu, dan masih berkeudara sehingga kini.

Tengahari tadi, aku menonton rancangan tersebut di TV3 dan aku sedikit terkejut apabila melihat badan Serina yang sudah sedikit berisi. Betul ke dia sudah berisi, atau itu cuma ilusi sang Susu ketika berpuasa? Harap para pembaca yang lain dapat memberikan pandangan berdasarkan foto-foto berikut.

Serina ketika di awal kemunculan JJCM (Episod bertarikh 21 Febuari 2010)
Serina, 6 bulan kemudian (Episod bertarikh 1 Ogos 2010)
JJCM Episod bertarikh 8 Ogos 2010

Sudah menjadi lumrah, pengacara rancangan bercorak sebegini akan mengalami pertambahan berat badan dalam masa yang singkat, bukan sahaja di Malaysia, malah diluar negara juga. Ambil contoh Adam Richman, iaitu pengacara sebuah rancangan tv yang ditayangkan di Travel Channel, Man Vs Food – sama seperti JJCM, cuma lebih berkonsep kepada cabaran makan secara ‘gila-gila’. Untuk menyeimbangkan kembali situasi pemakanannya yang ekstrim, Adam akan meluangkan masa untuk bersenam 2 kali sehari ketika pengambaran dijalankan!

Adam Richman dicabar untuk menghabiskan kesemua makanan yang dihidangkan dalam rancangan “Man Vs Food

Apa yang Susu Sejat ingin tahu kini ialah, bagaimana agaknya rupa Serina beberapa tahun dari sekarang. Adakah beliau akan ‘mengikuti jejak langkah’ ikon JJCM sebelum ini? Adakah beliau juga akan memilih “Keep Slim Beauty & Bodyline” sebagai platform untuk menurunkan berat badan, atau adakah beliau akan memilih…… Harap semua sedia mengerti.

Sumber: MyGosip.Com, CloveTwo.Com, dan LATimes.Com.

Comments

  1. By linda

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Anonymous

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *