Jika mDCR terlalu rendah…

Sebabnya tidak bersenam

Hari ini saya berpeluang untuk menjawab beberapa soalan di blog. Antara banyak-banyak soalan yang dijawab, ada satu soalan ini yang menarik perhatian saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut berhubung soalan itu, ada baiknya jika saya kongsikan 2 soalan berkaitan yang diajukan sebelum timbulnya soalan itu.

Kedua-dua soalan terdahulu ini sudahpun saya jawab, dengan jawapan seperti yang boleh dibaca pada “screen shot” di bawah.

Kemudian seorang pembaca bernama Siti menarik minat saya dengan memberikan respon bahawa beliau terkeliru dengan kedua-dua jawapan saya di atas.

Barangkali Siti terlepas pandang ayat saya dalam komen kepada zizi berbunyi “ambil BMR u sebagai benchmark. maksudnya, jgn sesekali ambil lebih rendah daripada BMR u (1393.2kcal), nanti metabolism drop. ambil dalam 1400kcal sehari pun ok, biar turun lambat sikit tak apa, asal metabolisma tak jatuh.” Atau mungkin silap saya juga kerana selepas itu saya menyuruh zizi menolak lagi 100-200kcal andaikata tiada perubahan berlaku pada dirinya (sepatutnya tak boleh).

Apa-apa pun, saya tetap menghormati soalan Siti lalu memberikan jawapan seperti berikut:

Moral yang boleh dipelajari dari kes ini adalah:

1 – Sekiranya anda tidak bersenam, atau mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif, jurang antara DCR dan BMR adalah terlalu kecil.

2 – Cukup jika anda bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, jurang antara DCR dan BMR secara automatik melebihi 500kcal. Maka tak jadi masalah jika hendak buat kalori defisit 500kcal seperti yang saya gunakan dalam contoh di Kelas Kalori. Saya sendiri menggunakan contoh 500kcal di situ kerana DCR saya adalah 2400kcal manakala BMR saya pula adalah 1750kcal. Bila ditolak, 2400kcal – 1750kcal =  650kcal. Bukan setakat nak tolak 500kcal, nak tolak 600kcal pun boleh.

3 – Walaubagaimanapun, kalau anda memang jenis tidak bersenam, defisit 500kcal bukanlah untuk anda. Ambil contoh kes saya lagi, andaikata saya ini jenis tidak bersenam LANGSUNG, maka DCR saya kini adalah 2100kcal dan bukan lagi 2400kcal. Bila ditolak, 2100kcal – 1750kcal = 350kcal. Mana cukup sampai 500. Tak boleh buat defisit 500kcal.

4 – Apa yang saya ajar di Kelas Kalori hanyalah sekadar contoh. Defisit 500kcal itu hanyalah sekadar contoh. Apa yang anda boleh lakukan adalah, ambil dan pelajari teknik tu, lalu aplikasikan dalam diri anda, sesuai dengan diri anda dan gaya hidup anda.

5 – Defisit kalori yang rendah bermaksud kadar pembakaran lemak pun rendah. Selalunya orang akan “aim” untuk buat defisit yang tinggi sebab nak hasil yang cepat, ada yang buat defisit 500kcal, ada yang buat defisit 700kcal, yang buat sehingga 1000kcal pun ada. Ini kena lihat pada kesesuaian latihan yang dilakukan (jadual latihan yang baik akan ada hari dikhaskan untuk badan berehat).

6 – Orang yang jenis tak sabar (tapi malas bersenam) juga pasti teringin nak turun berat badan dengan cepat, sebab tu ada yang buat defisit secara menggila sehingga melanggar peraturan ini. Ini cara yang salah.

7 – Kalau nak turun badan dengan cepat, antara cara yang terbaik adalah dengan meningkatkan lagi jurang antara DCR dan BMR. Bila jurang meningkat, maka lebih banyak defisit kalori yang boleh digunakan. Lebih banyak defisit kalori, lebih banyak lemak yang akan “dibakar” (membakar 1kg lemak memerlukan defisit kalori sebanyak 7700kcal, yang mana perlu dibahagikan lagi kepada beberapa hari. Ini kerana agak mustahil untuk buat defisit 7700kcal dalam sehari)

8 – Bagaimana untuk meningkatkan jurang DCR dan BMR? Seperti yang saya sebutkan tadi, kembali kepada sejauh mana keaktifan anda dalam sehari. Semakin anda aktif, maka semakin besar jurang perbezaan antara DCR dan BMR, maka semakin banyak kalori defisit yang boleh anda lakukan sekaligus semakin banyak lemak yang dapat dibakar. Antara cara mudah untuk aktif adalah dengan rajin bersenam secara kerap. Kenapa perlu takut bersenam sedangkan bersenam mampu menghindari anda dari 1001 macam penyakit?

Tak percaya apa yang saya sebutkan di atas? Gunakan Kalkulator yang ada pada sidebar blog ini dan lakukan eksperimen anda sendiri.

Gambar ini adalah petikan dari nota dalam buku diet interaktif pertama keluaran SusuSejat.Com yang berjudul “Diari Diet” (rujuk side bar kanan untuk maklumat lanjut). 

Comments

  1. By hani

    Reply

  2. By asikin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *