Joy, macam mana nak jadi ‘tinggi’?
Ada beberapa kawan pernah bertanyakan soalan seperti ini, dan berikut adalah jawapan aku..
Nak jadi tinggi ni bergantung pada genetik/keturunan ke? Tak juga. Aku pernah mengenali pasangan suami isteri ni (orang veteren, aku panggil pakcik dan makcik), asal dari Kelantan, tapi dah menetap di US sejak awal perkahwinan mereka lagi. Perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki. Ketinggian pakcik dan makcik ni sederhana saja, seperti orang melayu yang lain, malah mereka lebih rendah dari aku. Tetapi 2 orang anak lelaki mereka ni sungguh tinggi, dah macam anak orang putih (american accent mereka juga sungguh pekat).
Jadi, apakah faktor yang membuatkan mereka boleh jadi tinggi sebegitu rupa? Berikut aku senaraikan tips yang aku percaya amat berguna buat mereka yang memerlukan.
1 – Senaman – lakukan weight training sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dan senaman hendaklah fokus kepada belakang (tulang belakang/spine).
2 – Backward Bend – lakukan senaman ni setiap pagi, selepas bangun tidur.
3 – Sumber Tenusu – Minum susu setiap hari, pagi, petang, dan malam. Ketika sarapan pagi tu, biasakan makan roti bersama-sama keju (cheese). Sumber tenusu kaya dengan kalsium dan vitamin D yang membantu pertumbuhan tulang.
4 – Elak Kafein – Katakan TIDAK pada kopi, teh dan coklat, kerana minuman-minuman ini mengandungi kafein (kafein menghalang penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang). Sekarang korang faham kenapa doktor/mak tak bagi korang minum kafein masa kecik-kecik dulu?
5 – Tidur – Tidur dengan secukupnya setiap hari, sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam.
6 – Disiplin – Ikut semua petua-petua di atas, jangan sekali-kali mengelat. Anda akan nampak keputusannya selepas tempoh 2-3 bulan, InsyaAllah.
P/S: Tips di atas juga bergantung pada faktor umur. Manusia masih boleh jadi ‘tinggi’ ketika awal 20-an (ada yang sampai umur 24 tahun pun masih boleh meningkat tinggi, ada juga yang dah berhenti seawal 22 tahun, ini bergantung pada genetik/jantina).
TQTQ
sama-sama danial..
ermmmmm weight training yg fokus kepada belakang (tulang belakang/spine) tu ape … ?? ?
kalau nak jadi tnggi kenalah berusaha…jangan nak mengeluh plak..
senaman yang melibatkan back/lower back movement, seperti deadlift, bent row, cable row, dan hyper-extensions. boleh google, atau search di youtube untuk cara-cara melakukannya. atau jika anda seorang yg sentiasa ke gym, boleh bertanya kepada personal-personal trainer di sana (Takkan la diorang tak nak tolong kan?)
umr saya dh 18 thun blum juga tnggix2..mcm mne nie..ade cra lain tak,,kwn2 sya kebnyakan tnggix2 dan mreka nampak sehat sja..errm..
ooowh k k
assalamualaikum..kalau tak pergi gym tpi nak buat aktiviti untuk tulang belakang bagaimana?apakah exercisnya?:-)
nak minum susu ape yg bgos ye….?
susu yang tinggi kandungan kalsium macam susu lembu segar..
sye 14 tahun,tinggi 155…sye nak tinggi 165….agak2 tips nyh boleh ambil mase lame ke ???
sya 20 thun suda…tggi sy hanya 149…sya nk jd polis..
i hope ur tips can help me…wish me..thanks
susah sikit tu.. tp apa2 pun goodluck ye.. :)
macam mane nak tnggi? sebab saye selalu kene buli.harap awak punya tip bolih ajar saye.
gayut la gayut kt tiang 2 adalah catu exercise yang bgos taoo…
bleh jadi tinggi ke
aa…
senaman weight training tu camne ek?
takde gambar?
hee….
boleh cuba google, atau tengok di youtube.. btw, saya juga pernah sentuh 1-2 entri tentang ini, cuba lihat entri di bawah kategori “senaman”
adik saya tingi dr sy.camanani,nak makan apa bikin jadi tingi ni,
adik saya tingi dr sy.camanani,nak makan apa bikin jadi tingi ni? semua org kata sy kiut. Benci la!
adik tinggi sedikit mungkin ada dipengaruhi oleh genetik. diet ketika remaja amat penting kerana pada waktu itulah pembesaran tulang dan otot pada tahap optimum. InsyaAllah kalau diamalkan apa yang ditulis di sini ketika remaja, ketinggian akan bertambah sedikit.
byk produk2 penambah ketinggian kt tenet…boleh pcaya ke smua 2 eh? rasa gak nk try…
Ada yang boleh dipercayai, tapi kena ingat, semua tu sekadar “supplemen” sahaja. Tanpa diet dan gaya hidup yang betul, semua supplemen tu tak membantu.
agak2 brape hari utk tinggi
makan roti sje xleh ke
hey kalau gayot kat tiang tu lama2…bukan badan yang tinggi tangan yang
panjang tau x..haha.
kalau nak cepat tinggi kena banyak senaman macam yang d tunjuk kan di atas tu..kena la banyak minum susu..tau..
tu tinggi lah tapi kalau yang keturunan nak wat cam ne kan…
name sye muhammad azuhan…um0r sye 12 th0n…..ketinggian sye 140cm…mcam mana nak tinggi dengan cepat……..??
amalkan petua2 di atas dik, dan jangan lupa kerap minum susu dan makan keju, sebab makanan2 macam tu tinggi kalsium dan vitamin D, bagus untuk pembesaran tulang. kurangkan minum kopi, teh, dan coca cola..
kalau lelaki lepas sunat konfem tinggi..hehe..lari dari tajuk sikit..tapi tu la, pemakanan tu penting..contoh negara Jepun..dulu-dulu diorang rendah2,lepas perang camtu ibu bapa diorang tekankan pemakanan anak2 diorang macam negara barat buat..tengok sekarang perbezaan diorang macam mana..ini aku pernah terbaca la kisah ni, betul atau tipu aku tak pasti la..
memang betul paihujey.. benda ni bukan kerana genetik semata2, tapi diet.. ada mak bapak yang pendek, tapi anak2 mereka lebih tinggi dari mereka setelah diberi diet kaya tenusu sejak kecil..
sekarang ni sy elakkan dr minuman berkafein…rupa2 nya minuman coklat panas pun de kafein gak ke?…
ada, tapi jumlahnya taklah sebanyak kopi.. tapi kalau minum smpai 3-4 cawan sehari pun mcm sama je minum 2 cawan kopi sehari..
sye da 17 taon nk msok 18 da .. tngi sy 155 jer .. agk2 bule x smpai 160 ?? haha *berangan
5cm tu agak banyak juga kalau untuk wanita yang dah cecah lewat belasan tahun, tapi tak salah kalau nak cuba.. mungkin boleh naik sehingga 2-3cm.. :)
saya umor 18, ketinggian saya 162cm..adakah saya boleh lebih tinggi dgn mengamalkan senaman dn minum susu..sebab mak saya rendah, abang saya pon rendah gak…adakah ketinggian saya boleh meningkat..sebab saya bercita2 nk jadi askar..hope boleh bantu…
boleh lagi, mungkin boleh naik sehingga maksimum 5cm kalau jaga diet, banyak ambil sumber tenusu, dan elak pengambilan kopi atau teh.
klu minum milo ade kafein x? saye pun nk tinggi jugak
ada sikit cafein dalam coklat..
24 tahun bleh tinggi lagi ker klu perempuan En.SS…umur berapa perempuan stop kadar tinggi dia…
rasanya dah tak sempat kalau umur 24 tahun, tapi semua tu kehendak Allah. Wallahualam..
takut dok jadi tinggi jeeee
I WILL TRY…… :)
biar betul,tapi saya pun nak cuba….
jenis susu bolehkah?
kena tengok kandungan kalsium dulu sebelum beli..
Jgn mudah berputus asa, try je amalkan petua kt atas. Aku umur 21 pn msh blh tinggi bia pun 2cm je, skg tggi aku 169cm. Jangan lemahkan semangat korg, berusahala..
tinggi aku 178cm..dah ok ke tggi 2?umur aku 21 thun.ada hrapan lg ke nak tinggi 182 or 183cm?
huhuhu…boleh gune ne