Kad Gaya Hidup Mantap!
Berehat sebentar dari berbicara tentang diet dan kesihatan, aku nak kongsikan sesuatu yang mengujakan (bagi aku) pada entri kali ini. Hujung minggu sudah, aku telah mendapat hadiah yang supercool daripada salah seorang peminat/pembaca No.1 blog Susu Sejat. Sungguh terharu tatkala aku menerima hadiah yang sungguh bermakna tu, sampaikan mulut ternganga setengah inci. Nasib baiklah lalat atau segala macam puake tak masuk.
Apa yang menarik tentang kad ini?
Ini adalah rupa muka hadapan kad tersebut setelah diimbas dengan scanner. Apabila kad ini dibuka untuk dibaca (dari bawah ke atas), maka terkeluarlah isi yang agak mengejutkan.
Berikut adalah isi kad ini apabila dibuka. Ianya ditulis oleh seorang peminat yang agak aku segani dan kad ini ditujukan kepada empunya Susu Sejat ini sebagai tanda peringatan 6 bulan pertemuan kami. Sekiranya anda seorang yang anti-jiwang dan mudah loya dengan ‘surat cinta’, maka dipersilakan menekan simbol pangkah pada penjuru atas kanan browser anda sekarang. Bagi anda yang menghargai hasil seni dan setiap hasil ciptaan yang kreatif, aku dengan berbesar hati ingin berkongsi surat cinta ini dengan anda semua yang memahami. Sila Klik untuk besarkan.
Eh, nama abang Iz Wahab pun ada kat ‘kotak like’ tu? Apa-apa pun, Happy half-year Anniversary as well to my lovely dear… Doakan kami segera disatukan!
Sungguh jiwang hehe..apa pn semoga berbahagia SS..kata orang jangan tunggu lama2…
Hahahaha..apa kena mengena saya dalam ini gambar!! Saya tak pasal2 turut merasa bangga kerana turut terlibat secara tak lansung dalam proses membina masjid ini!! Saya doakan Ejoy cepat2 la membina masjid tersebut!! Tahniah!! Teringat masa muda2 dulu!! keh keh keh!!
Umor susu sejat sebenarnya berapa tahun ya…kat gambar nampak mcm dah berusia…belum kahwin lagi ke?
Hehe lucu nya.. cute lah….. by the way, kekasih SS ke yang betul betul? atau sekadar mainan? DIa tak cakap nama SS yang benar… so doubtful cikit. Tapi if betul betul, jangan lupa cepat cepat leh yea….
Hehe… ada rupanya nama real SS ni. Oopzzz…
BEST OF LUCK Hasrizul Hashim & Nurul Iman Faisal ! :)
Tq Nadia… :)
Ahaks. Aku baru bc entry ni bro! Selamatttt… hope korg akan disatukan nnt, insyaallah..
Thanks Rebelicious lalana… tapi rasanya Rebelicious yang akan kahwin dulu, dengar cerita dah bertunang.. ;p congratz btw..
waahh sangat manis….
thanks yasmin :)
Sempoi la bro… gud luck for both of you.. semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah jua.. B-)
thanks Dunsmoke… ;)
terima kasih pada yang komen dan mendoakan kebahagiaan saya dan si dia. :) hanya Allah yang mampu membalasnya.
encik susu sejat : T______T kenapa letak kat blog. maluuunyaaaaaaa. huu.