Kalori: Berapa Kcal dalam makanan tu? (Bahagian 7)

Aku jamin, entri kali ni adalah yang terpendek. Sebab apa? Sebabnya, antara banyak-banyak topik berkenaan kalori, topik inilah yang paling senang dan mudah difahami. Secara praktikalnya, terdapat beberapa cara untuk menentukan nilai kalori dalam sesuatu makanan:

Cara 1: Menerusi Label

Adakah korang perasan akan kewujudan ‘maklumat pemakanan’ (nutritional fact) pada label sesebuah produk makanan? Mungkin sebelum ni ramai yang tak endah dan tak nak ambil tahu mengenai ‘maklumat pemakanan’ ni. Tapi harapan aku, lepas korang dah baca entri ni, korang akan peka dengan kewujudannya.

AServing Size (Saiz Hidangan) – Memberitahu kita berapakah saiz hidangan yang digunakan untuk merujuk pada ‘maklumat pemakanan’ makanan ini. Dalam contoh ini, 23g ‘OREO Thin Crisps‘ ni bersamaan dengan 100kcal, dan mempunyai macronutrien-macronutrien seperti yang dinyatakan.

BServing per container (Jumlah Hidangan dalam satu pek) – Memberitahu kita berapa banyak hidangan yang ada dalam satu pek produk ini. Dalam contoh di atas, jumlah hidangannya ialah 6; dan jika korang melantak‘ satu pek ‘OREO Thin Crisps‘ ni sekali gus, maka jumlah kalori yang diambil adalah bersamaan 100kcal x 6 = 600kcal!!!

C Calories – Yang ni, korang faham-faham sendiri la yea..

D % Daily Value – Berdasarkan ambilan purata 2000kcal/day. Secara teknikal, korang boleh abaikan saja nilai ni kerana setiap orang mempunyai DCR yang berbeza.

E – Senarai macronutrien – merujuk pada 3 macronutrien iaitu Fat (lemak), Carbohydrate (karbohidrat), dan Protein. Maklumat untuk cholestrol dan sodium mungkin membantu mereka yang berjaga-jaga ketika mengambil makanan, terutama pengidap penyakit tertentu (seperti darah tinggi).

F – Senarai Micronutrien – Maklumat ini tidak mempengaruhi nilai kalori, seperti Karbohidrat, lemak atau protein. Sekadar memberitahu pengguna akan kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam sesebuah makanan itu.

Cara 2: Carian menerusi internet

Antara website yang boleh digunakan ialah CalorieCount.com dan beberapa laman web lain (cuba google).

Cara 3: Beli sebuah buku berkenaan kalori (memang akan dilampirkan dalam tu). Tetapi, buku sebegini memang mahal harganya, dalam RM50++.

Cara 4: Food Calorie List, ebook senarai kalori yang diedarkan secara percuma oleh Susu Sejat kepada para pembaca setianya. Boleh muat turun ebook ini secara percuma di sini.

(Bersambung ke Bahagian 8… )

Comments

  1. By Anonymous

    Reply

  2. By ezan

    Reply

  3. By SaraSheymi

    Reply

    • Reply

  4. By mie

    Reply

    • Reply

  5. By Farah

    Reply

    • Reply

  6. By hani

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *