Kalori Dalam Hidangan McD
Tidak dinafikan orang Malaysia suka makan, lepak dan dating di McD. Di Malaysia ia tergolong di antara restoran makanan segera yang mendapat tempat di hati setiap pelosok rakyat tidak mengira umur, bangsa dan agama, setanding KFC.
Meskipun kedua-dua restoran ini berasal dari negara Uncle.Sam (US), ironinya kedua-dua restoran makanan segera ini tidaklah sepopular seperti cawangan mereka di Malaysia. McD di US seringkali dianggap sebagai “outlet makanan kelas bawahan” dengan golongan sasaran adalah golongan ‘pak hitam’, ‘chicanos’, pengemis, dan mereka yang kurang berduit. Ini kerana menu-menu di McD adalah antara yang termurah (antaranya “Dollar Menu”) jika hendak dibandingkan dengan beratus-ratus lagi makanan segera yang ada di sana (bukan semua restoran-restoran tersebut ada di Malaysia). Boleh beritahu saya berapa banyak ‘scene makan’ cerita Hollywood yang bertempat di McD atau KFC?
Kita tinggalkan dahulu kisah McD di US, berbalik pada senarionya di Malaysia yang terbalik. Ketika membeli sehidangan makanan di McD, anda akan dibekalkan dengan dulang plastik berwarna coklat gelap yang beralaskan sekeping kertas bercetak di atasnya. Tahukah anda apakah kertas yang dimaksudkan? Saya pasti tak semua penggemar makanan McD tahu akan hal itu. Untuk pengetahuan anda, kertas tersebut adalah kertas iklan menu terpilih yang ada di restoran tersebut bersama lampiran senarai kalori dan maklumat nutrisi makanan-makanan yang dijual di sana.

Antara lampiran yang sempat diselamatkan ketika lawatan terakhir ke McD beberapa minggu yang lalu – info yang ada dalam entri ini saya petik dari kertas ini
Dalam tinjauan saya beberapa minggu yang lalu, saya perhatikan tidak ramai yang ambil endah akan maklumat yang ada pada kertas tersebut. Ini mendorong saya untuk melampirkan beberapa hidangan McD terpilih dalam entri ini untuk dijadikan rujukan kepada pembaca saya yang budiman. Mengapa saya perlu berbuat begini? Ini kerana saya mendapati jumlah kalori dalam sehidangan McD secara puratanya adalah 1000kcal atau lebih. Ya, anda tidak salah mendengar, 1000kcal, iaitu bersamaan dengan separuh kuota kalori harian seorang lelaki, atau 2/3 kuota kalori wanita bertubuh Asia sederhana seperti Lisa Surihani.
Sedangkan rasa kenyang yang dirasai selepas menikmati sehidangan McD adalah lebih kurang sama dengan kenyangnya mengambil sepinggan nasi bersama lauk (500kcal-600kcal), malah ada yang mendakwa sehidangan McD masih tidak mengenyangkan! Andaikata ia diambil 2 kali sehari (tengahari dan malam), bukankah jumlah kalori yang diambil telah mencecah 2000kcal? Itu belum termasuk hidangan sarapan, snek2 dan minuman-minuman manis yang anda ambil, semua itu apabila dijumlahkan sudah pasti mencecah 3000kcal – pada ketika ini, naik berat badan adalah perkara yang pasti melainkan keperluan kalori harian anda lebih tinggi dari itu.
Berikut dilampirkan senarai beberapa menu hidangan McD, berdasarkan order yang kebiasaan dilakukan oleh rakyat Malaysia:
Set 1 – Cheeseburger (MEDIUM set)
Item: 1 Cheeseburger + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos
1 Cheeseburger = 307 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 872 kcal
Set 2 – Double Cheeseburger (MEDIUM set)
Item: 1 Double Cheeseburger + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos
1 Double Cheeseburger = 455 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 1020 kcal
Set 3 – Double Cheeseburger (LARGE set)
Item: 1 Double Cheeseburger + 1 large Coke + 1 large french fries + 4 piring sos
1 Double Cheeseburger = 455 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
4 piring kecil sos = 80 kcal
JUMLAH KALORI = 1166 kcal
Set 4 – Big Mac (MEDIUM set)
Item: 1 Big Mac + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos
1 Big Mac = 538 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 1103 kcal
Set 5 – Big Mac (LARGE set)
Item: 1 Big Mac + 1 large Coke + 1 large french fries + 4 piring sos
1 Double Cheeseburger = 538 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
4 piring kecil sos = 80 kcal
JUMLAH KALORI = 1244 kcal
Set 6 – Big Mac (LARGE set + Chicken McNuggets)
Item: 1 Big Mac + 6 Chicken McNuggets + 1 large Coke + 1 large french fries + 5 piring sos
1 Double Cheeseburger = 538 kcal
6 Chicken McNuggets = 281 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
5 piring kecil sos = 100 kcal
JUMLAH KALORI = 1545 kcal
Set 7 – Big Mac (LARGE + Chicken McNuggets + Oreo McFlurry)
Item: 1 Big Mac + 6 Chicken McNuggets + 1 large Coke + 1 large french fries + 5 piring sos + 1 Oreo McFlurry
1 Double Cheeseburger = 538 kcal
6 Chicken McNuggets = 281 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
5 piring kecil sos = 100 kcal
1 Oreo McFlurry = 338 kcal
JUMLAH KALORI = 1883 kcal
*Set 7 adalah antara hidangan “lengkap” di McD yang mampu membuatkan anda puas dan kenyang. Berbeza dengan hidangan yang lain, hidangan ini dilengkapi dengan 1 dessert (Oreo McFlurry). Mengikut pengalaman saya, hidangan seperti ini tidaklah terlalu mengenyangkan meskipun kalorinya sudah mencecah 1883 kcal.
Kini anda sudah mengetahui berapa banyak kalori yang terdapat dalam satu set hidangan McD yang sering dihidangkan. Setelah mengetahui info ini, adakah anda mempunyai strategi anda sendiri untuk mengawal kalori yang diambil pada hari anda ke McD agar tidak terlebih dari DCR yang sepatutnya? Atau adakah anda mengambil jalan untuk mengelak ia terus?
********************************************************
Sudahkah anda memiliki Diari Diet? Ia adalah “planner” harian yang membantu anda dalam merekod dan membimbing diet, di samping turut mengandungi nota-nota berkaitan diet. Kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya, bolehlah menghantarkan tempahan ke email sususejat[at]gmail.com atau PM terus saya di Facebook.
Best article!!
Saya suka artikel kali ini. Memang kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan nilai kalori sebenar dalam hidangan Mcd. Jujurnya, saya pun dulu adalah sebahagian daripada golongan itu, namun setelah membaca blog ini, barulah ia membuka mata saya tentang pentingnya kualiti sesebuah makanan.
Rata-ratanya makanan MCD tidak seimbang. Sayur tiada, dan kebanyakannya terdiri daripada lemak. Tapi, MCD tak pernah tipu rakyat Malaysia. Bungkusan makanan mereka, termasuklah french fries, telah diletakkan nilai kalori. Bahkan, mereka turut meletak nilai kalori yang diperlukan oleh seorang dewasa. Jadi, fakta dan nilai pemakanan MCD telah mereka letakkan. Tapi, kerana masih ramai kurang sedar akan perihal ini, maka, peningkatan berat badan dan obesiti dikalangan rakyat kita menjadi semakin tinggi.
huhu… tu la… bila order mcd memang sy kerling2 gak nutrisi info nie…
tgk sekeliling sy..haram tak de sapa pun y peduli….
mcd letak nutrisi info tu sebagai salah satu tanggungjawab sosial dorg…
kiranya sapa2 y telan mcd, jika naik berat badan tak leh blame dorg dah la..it is your choice… tak de sapa paksa pun mkn mcd… mcm kt luar negara sinun..bila obese jer g saman company fast food ..apakes?? harharhar..
Baru baru ini saya juga ada terbaca keratan nilai kalori ini, namun saya tidak terjumpa nilai kalori kopi arabica yang saya selalu minum :) knepa agaknya, mungkinkah disebabkan nilai kalori kopi terlalu sedikit?
hehe.. sy mmg concern about kalori kat McD. kadang2 bila kawan ajak lepak terpaksa jugak kan consume. apa yg saya buat try kurangkan kandungan kalori dengan order burger or nugget, reject fries dan minuman berkarbonat atau ribena atau milo atau jus. air mineral je ok.. walaupun pusing2 agak mahal berbanding satu set tapi ape boleh buat. kene jaga jugak kalori per day intake!!!
ape2 pun pilihan di tangan anda :)
aiseh…byk nye kalori :(
dulu sll ikut jgk kira2 kalori ms nk mkn..rujuk kt ss rujuk kevin,,,tp lpas2 tu, napsu membaham melebihi segalanya..smpai skang la tak ikut diet. ni bru nk mula balik smula ^_^ harapnye kali ni disiplin la sikit. berat da naik, sgt ssh nk turun dah.. mekasih ss tlg kirakan kalori mekdi yg nyummys tu
bila baca article ni membuatkan saya sangat-sangat lapar mc d. kenapa ya walaupun tinggi kalori tapi masih craving mc d ni..tolong…saya dalam bahaya….
Mc’D adalah hidangan yang pastinya harus di elakkan..
Dulu time berat saya 60kg, nie la supper nye..lapar kang sambung mkn kedai lain lg..memang xkenyang.. After berat dah 48kg, Alhamdulliah saya dah xpegi McD.. Lebih baih grilled chicken breast & mkn dengan steam brocolli kat umah lg best! :D
ss update laa ebook tuh lg….tmbah laa mcm2 makanan lg..eg laksa sup tulang (sempena nk raya aji) n mcm2 lg laa :D selalu sye follow myfitnesspal..tp nk dpt kan masian food nye calories xsure tepat x…sbb xbyk ade…ce update ce …
(ke mmg ader edisi yg dh update eh :D)
Nak update tu boleh, tapi buat masa ni saya sibuk sikit.. :) nanti kalau ada update saya akan beritahu ok, thank you :)
strategi kalau teringin sangat nak makan mcd, g mcd beli double cheese burger je..455 kcal
teringin fries, g lain kali pulak..baru dapat kalori yang betul
walau hidangan dlm mcd sangat tinggi kalori,ramai jugak org yang suka makan mcd ni..kalori tolak tepi yg penting selera perut di penuhi..owh rakyat malaysia,berat nanang sungguh!!:-)