Kalori: Dikaulah penentu beratku.. (Bahagian 2)
Semalam aku dah bercerita serba sedikit mengenai Kalori, dan mengapa setiap individu mempunyai had pengambilan kalori yang berbeza setiap hari. So far macam mana? Dapat tak kira DCR korang, atau masih lagi…..
Buat mereka yang dah berjaya kira tu, tahniah sangat-sangat, dan boleh bebenor la untuk masuk ke bab yang seterusnya yang teman nak bercerite hari ni.. idak la susahnye haaa, kome dah bersedie ke?
Mengapa berat badan kita naik dan turun?
Mereka yang sentiasa mengambil makanan mengikut jumlah DCR yang ditetapkan tidak akan mengalami naik atau turunnya berat badan. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka makan MELEBIHI had DCR yang ditetapkan, maka kalori yang terlebih itu akan disimpan sebagai lemak, lalu mengakibatkan NAIK nya berat badan. Sama juga, sekiranya mereka makan KURANG daripada had DCR yang ditetapkan, maka kalori yang tidak mencukupi itu (short) akan diambil dari lemak (atau otot), supaya persamaan itu dapat diseimbangkan, lalu mengakibatkan TURUN nya berat badan.
Untuk memudahkan pemahaman, aku ambil satu contoh. Anggaplah DCR itu ialah jumlah perbelanjaan korang dalam sebulan (bil telefon, sewa rumah, internet, bil elektrik), dan korang adalah seorang peniaga kedai runcit (pendapatan tak tetap, bergantung pada jualan). Sekiranya pendapatan korang pada bulan tersebut bagus, korang akan dapat duit lebih, lebih daripada perbelanjaan bulanan, maka korang boleh SIMPAN duit yang lebih tu dalam bank (naik berat badan). Andaikata pada bulan-bulan berikutnya perniagaan korang mula mengalami kerugian, pendapatan kurang daripada perbelanjaan, maka korang terpaksa KELUAR kan balik duit yang korang simpan dahulu di bank, semata-mata untuk menampung perbelanjaan korang pada bulan tu, dan secara tak langsung duit dalam bank juga menyusut (turun berat badan).
Berapa banyakkah kenaikan dan penurunan itu?
Untuk NAIK 1lb (0.45kg), kena makan 3500kcal LEBIH dari DCR sepatutnya, manakala untuk TURUN 1lb, kena makan 3500kcal KURANG dari DCR sepatutnya. 3500kcal? Kenapa, banyak sangat ke? Tak bermaksud korang kena naik atau turun 1lb berat badan dalam masa sehari, kerana itu sangat MERBAHAYA untuk kesihatan. Sekiranya korang makan juga 3500kcal melebihi DCR, maka 99% daripada kenaikan berat badan itu adalah terdiri daripada lemak. Untuk makan 3500kcal kurang daripada DCR juga adalah agak mustahil kerana nilai DCR kita secara purata adalah di antara 1500kcal – 2500kcal. Jadi, apa strategi yang kita kena buat?
Strategi yang sihat: Bersederhanalah kamu..
Nasihat aku, jangan gopoh-gapah seolah-olah esok berlakunya kiamat. Setiap perkara di dunia ini harus dilakukan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk memastikan keputusan yang stabil dan berpanjangan. Syarikat yang stabil ialah syarikat yang ‘naik’ secara perlahan tetapi konsisten dan ada kemajuan. Pulangan untungnya juga bukannya hadir dalam sehari dua, tetapi memakan masa sehingga bertahun-tahun lamanya. Hendak menuntut ilmu juga bukannya boleh dihabiskan dalam satu dua hari. Malah untuk mendapatkan segulung ijazah pun memakan masa selama 4 tahun kan?
Aku nak korang fikir yang NAIK berat badan dan TURUN berat badan ni dari perspektif yang sama. Dan aku nak korang tanya diri korang satu soalan mudah, terutama buat mereka yang selalu sangat berfikir untuk mendapatkan keputusan yang SEGERA, PANTAS..
“Aku ni jadi gemuk sejak bila? Adakah sejak semalam? Minggu lepas?”
“Aku ni berbadan kurus sejak bila?”
Aku berani jamin, korang pasti setuju, semua tu makan masa berbulan-bulan, bahkan mungkin bertahun-tahun lamanya. Cuba fikir balik, korang ni naik berat badan sebanyak 10kg dalam masa 2 tahun, tapi nak turun 20kg dalam masa 1 bulan. Wah, wah, wah.. Realistik sungguh sasaran tu. Logik ke?
Logik memang logik, dengan syarat korang bermati-matian menahan kelaparan (mencapai defisit kalori setinggi yang mungkin), kemudian dengan sakit gastriknya, dan lebih ekstrem, melakukan rawatan liposuction (sedut lemak) dan minum berbagai-bagai jenis teh pelangsing dan pil-pil kimia yang kita belum tahu kesan jangka masa panjangnya. Malah, semua itu hanya membazirkan wang ringgit.
Sesetengah produk pelangsingan badan (aku tak mahu sebut nama) turut mengesyorkan pengguna untuk mengamalkan diet yang seimbang beserta senaman yang berterusan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Aik, kalau dah suruh bersenam segala, baik tak payah jual produk. Bagi aku, syarikat-syarikat sebegini sengaja untuk mengaut ‘untung atas angin’ dengan mengambil kesempatan ke atas pengguna yang majoritinya putus asa dengan usaha mereka untuk turun berat badan sebelum ini. Aku berharap korang fikirlah masak-masak, kerana aku menasihati ini berdasarkan pengalaman, bukan omong kosong semata-mata.
Berbalik pada soal tadi, bagaimana nak merencanakan strategi untuk naik/turun berat badan dengan cara yang betul dan sihat? Tentang 3500kcal tadi macam mana? Ikuti sambungan kelas kalori yang seterusnya pada entri yang akan datang. Aku akan mengupas lebih lanjut bagaimana caranya untuk ‘menguruskan’ pengambilan kalori korang, sama ada untuk turun mahupun naik berat badan; TIADA YANG MUSTAHIL! Tunggu..
next info….
saya naik 4kg dalam masa kurang sebulan!! dlm 2-3 minggu camtu…huhu.. T.T
Anonymous – wow naik 4kg. leh kongsi petua. saaa pun nak naikkan berat badan.
hai. sy just nak share. actually i ni pengguna herbalife. i suka baca blog ni sbb i nak compare fakta yg u beri dgn fakta yg hbalife beri dan yg i blaja dr nutritionist. alhamdulillah sama cumaaaa blog u ni xde sentuh pasal pentingnya pengambilan air sbgai bantuan utk turun berat bdn. (xtau la kalau ada, mybe xperasan) jaga kalori semata-mata xckup kalau takde air membantu. :)
anyway, kalau sesiapa yg still susah nk tlg bdn die utk lose weight or gain weight, or to improve health, nak cuba herbalife boleh contact i yer. feel free to help. :)
owh, berkenaan air masak tu, saya ada mentioned before ni, but not being stressed much sebab secara fitrah kita memerlukan air masuk dalam badan kita tidak kurang dari tempoh 24 jam untuk memastikan kemandirian fizikal berjalan lancar. Kebanyakkan orang akan cakap, silalah aim untuk dapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (atau 2 liter), tetapi bagi saya ini tidak perlu kerana secara ‘semulajadi’ badan kita akan dapatkan air dalam julat tersebut apabila kita berasa dahaga. It’s a self-defence mechanism, plus air kosong kalori, so it won’t bite people’s weight that much, if u terlebih atau terkurang ambil air.. dalam erti kata lain, dahaga itu adalah siren yang memberitahu, “ok, you need water now, go get it now” so, u akan minum air.. tapi tak salah kalau kita nak aim betul2 dapatkan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari, tak salah.. boleh juga gunakan warna air kencing sebagai penanda aras, kita perlukan air, atau tidak.. ;) anyway, thanks for sharing and reading my blog :)
hai… saya pun ada guna herbalife.. tapi berat saya tak turun2..saya baru guna dalam 9 hari..kalu ikut promotion herbalife ni.. satu set tu mampu menurunkan hampir 8 kg..ambik pagi n malam, tgh hari makan siket.. minum air banyak.. saya minum teh dia tuh… paling kurang 3 liter sehari.. tapi biasa akn cuba u dapatkan 4 liter atas advice orang y jual herbalife kat saya..tapi berat saya 1 kg pun tak turun.. dah give up gak la sekarang.. tambahan plak.. sejak ambik herbalife ni.. saya jadi sembelit even dah makan buah, sayur dan minum yang banyak…mcm mn yer nak turunkan berat badan sya.. macam berat tegar y tak boleh turundah.. boleh tolong advice sy…
awak minum teh banyak sangat ke? sebab saya rase minum teh tu kurang satu liter setiap hari. banyak sangat sembelit t….
cik fiefatz,
saya amik herbalife.so nak mintak cik fiefatz guide dari segi pengambilan shake dan tea?sbb shake tu 250ml shake=1000++ kalori kan?kalau pose,mcam mana plak ye..tq.
EN ss,
saya jenis yang skip lunch..klu tghari saya g gym di ofis dlam 30minit..sllu nye kt gym tu gune treadmill je la.petang pas keje plak,playing badminton with opismate dalam 45 minit..keperluan kalori saya 1500++..so saya perlu bakar berapa kalori untuk dpatkan berat ideal?
FYI,
berat: 62kg.. tinggi: 158cm umur: 24..saya target nk turun 5 -10kg..tq En ss
Nak turun berat kena create kalori defisit. sama ada dengan mengurangkan pengambilan kalori, atau mempertingkatkan penggunaan kalori. Tapi kena pastikan bila mengurangkan pengambilan kalori tu, jangan terlalu kurang sampai dibawah nilai BMR, nanti kadar metabolisma jatuh.
tolong….sy btol2 nk turunkn berat badan..
berat: 67kg tinggi:165cm target:56kg.
urm,,
Mulakan dengan belajar konsep kalori.. kemudian guna kalkulator sebelah kanan ni untuk kira keperluan kalori masing-masing. Selamat berjaya!
salam. saya 53 tahun tinggi 158 cm dan berat 71.1. kalau ikut ukuran ideal berata badan patut 60 kebawah. dah bertahun tahun usahan untuk kurus tapi berat maintain 70 ke atas. Orang pandang tak gemuk tapi rasa gemuk dam berat tak turun. Tolong bagi tip dan nasihat untuk saya maintain ideal weight
salam ummiros, praktikkan teknik yang saya ajar dalam kelas kalori ni, kurangkan ambil makanan ringkas seperti gula, biskut, dan minuman manis, makan nasi dalam kuantiti yang anda tahu berapa kalorinya, makan protein lebih sedikit, bersenam 3 kali seminggu, dan yang paling penting disiplin. InsyaAllah, berat akan turun. rujuk juga ruangan soalan lazim tu ye.
Sy dpt turunkan 4-5 kg dlm masa 1 bulan menggunakan konsep kalori.. Kalo saudara betol2 pelajari n fahaminya insyaAllah berjaya. Mengikut pengalaman saya, saya ambil sekitar 1200 – 1400 kcal setiap hari. Bila dah turun 4-5 kg saya ambil kalori sama seperti DCR. Jadi berat badan saya kekal. X naik & x turun sgt..
saya sangat berterima kasih pada susu sejat kerana membuat blog neh..saya antara orang2 yang rakus menolak nasi mentah2..tapi baru 12 hari hidup tanpa nasi..sebelom nak stop makan nasi tu saya cari dekat internet segala maklumat tapi tak ketemu (ada tapi kebanyakannya bahasa inggeris dan laman dari negara seberang buat saya malas nak baca..huhu) blog susu sejat ni..mungkin salah masuk keyword agaknya..sekarang saya da jumpa info yang saya cari (di laman ini)..saya akan start makan nasi balik da ikut nasihat2 n info yang susu sejat sediakan..terima kasih untuk food calorie list yang susu sejat sediakan berserta jadual di muka terakhir..saya dah printout dan jadikan buku..harap susu sejat tak kisah..saya akan cuba buat demi anak saya yang tercinta juga untuk isteri tersayang..terima kasih sekali lagi susu sejat…
hi En SS,
Sy dh cuba kira DCR sy dgn calculator provided.
DCR= 1129
Purata kalori=1552
Kalori intake p/day= 1552-500 so I should take total 1022 kcal p/day.
Betul ke mcm tu En SS??
salam susu sejat.bolehkah turun berat badan dengan hanya kurangkan 500kcal dari DCR tanpa bersenam?
w’salam, untuk jangka masa pendek, boleh…
betul tak kiraan saya. berat saya 120kg, tinggi 185cm. tidak bersukan. 66 x (13 x120) + (5 x 185) – (6.8 x 37) =2387.1=bmr.
dcr=2387.1 x 1.2= 2864.52. tq.