Kawal Berat Badan Semudah Jaga “Kalori Masuk” Dan “Kalori Keluar”

Nak Kuruskan Badan? Fahami Prinsip “Kalori Masuk” Dan “Kalori Keluar”

Mesti korang biasa terdengar soalan-soalan keramat seperti, “kalau nak kurus, apa yang boleh makan dan tak boleh makan ye?”, “makanan XXX ni boleh makan tak?”, “produk ABC ni boleh kuruskan badan ke?”, dan bermacam-macam lagi soalan yang seangkatan dengannya.

Tapi tahu tak, prinsip asas penurunan berat badan itu sebenarnya bergantung kepada jumlah kalori yang diambil dalam sehari? Berdasarkan prinsip ini, tubuh kita memerlukan sejumlah tenaga (kalori) yang dikenali sebagai Daily Calorie Requirement (DCR).

Ibarat seperti mesin yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi, maka begitulah juga halnya dengan manusia.

Bezanya, kita tidak memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan metabolisma kita, sebaliknya kita memerlukan tenaga kimia yang terdapat dalam makanan menerusi Daily Calorie Intake (DCI). Tenaga ini pula disukat dalam unit kalori (kcal).

Berlandaskan kepada prinsip ini, maka nilai DCR seseorang perlulah ditentukan terlebih dahulu sebelum nilai DCI yang bersesuaian dapat ditentukan.

Setelah mengetahui nilai keperluan kalori harian (DCR), barulah kita tentukan pula berapa kalori yang perlu diambil, iaitu DCI; ia merujuk kepada tenaga yang diambil oleh tubuh kita menerusi makanan atau diet.

Sekiranya kita ambil LEBIH kalori (DCI) daripada yang diperlukan tubuh (DCR), maka berat kita akan BERTAMBAH.

Manakala sekiranya kita ambil KURANG kalori (DCI) daripada yang diperlukan tubuh (DCR), maka berat kita akan BERKURANGAN.

Untuk memahami konsep ini dengan lebih jelas, bayangkan sistem kalori masuk (DCI) dan kalori keluar (DCR) ini seperti akaun perbelanjaan kewangan kita.

DCI umpama gaji atau pendapatan harian kita, manakala DCR umpama perbelanjaan harian kita. Tubuh badan kita pula adalah tabung atau bank untuk menyimpan pendapatan kita.

Apabila pendapatan kita lebih besar daripada perbelanjaan kita (DCI > DCR, atau surplus), maka lebih banyak wang yang akan disimpan di dalam bank dan kita akan menjadi kaya (gemuk).

Namun sekiranya pendapatan kita lebih kecil daripada perbelanjaan kita (DCI < DCR, atau defisit), maka lebih banyak wang yang kita perlu ‘withdraw’ dari bank untuk tampung perbelanjaan harian kita, maka lama kelamaan kita akan menjadi miskin (kurus).

Sekarang korang dah faham kan kenapa pentingnya untuk mencipta defisit kalori (DCI < DCR) kalau nak kurus?

Setelah mengetahui berapa nilai DCI yang korang perlukan, sampailah sudah ke peringkat seterusnya iaitu perancangan menu. Pada peringkat ini, korang perlu kenal pasti bagaimana nak pecahkan DCI ni kepada beberapa hidangan kecil.

Selain itu, korang juga perlu mengetahui nilai kalori bagi beberapa jenis makanan lazim yang terdapat di negara kita, seperti berapa nilai kalori bagi sepinggan nasi? Berapa nilai kalori bagi seketul ayam goreng?

Nilai-nilai kalori yang diambil ini apabila dijumlahkan perlulah tidak melebihi kuota “DCI” yang diperlukan.

Nampak macam rumitkan? Tapi tak rumit pun sebenarnya.

Untuk mengetahui kaedah merancang menu dengan lebih lanjut serta mempelajari nilai kalori bagi beberapa jenis makanan lazim diet harian orang Malaysia, saya syorkan korang untuk dapatkan planner khas yang bernama “Diari Diet”.

Planner istimewa ini mempunyai nota-nota diet dan kalori bagi membantu korang membuat perancangan ambilan kalori dan menu. Selain itu, Diari Diet ini juga mempunyai ruangan khusus untuk kita mencatat dan memantau diet, senaman dan kemajuan.

Best kan? Tunggu dulu.

Sekarang ni kami nak bagi offer diskaun istimewa sehingga 8 Ogos ini (8.8.2020)! Sekarang baru lagi best kan??

Sekiranya korang berminat, Diari Diet ini boleh didapati di laman berikut: https://sususejat.onpay.my

Atau boleh juga dapatkannya di kedai Shopee kami: https://shopee.com.my/sususejat

Kalau nak jadi dealer/ beli secara pukal (dapat diskaun lagi besau ye)   Whatsapp ke 013-482 4902

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *