Kalori: Motivasiku.. (Bahagian 9)
Kenapa bermuram durja? Adakah berasa leceh kerana setiap kali nak makan, perlu mencatat jenis makanan dan jumlah kalori yang diambil? Mungkin 10 perkara yang bakal aku sebutkan ini mampu menaikkan semangat dan motivasi korang:
1 – ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya‘, ‘anda boleh‘, atau ‘tiada perkara yang mustahil‘, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata kunci seperti ‘si gemuk kedempol‘, ‘boroi‘, ‘tulang bergerak‘ atau ‘cicak kobeng‘.
2 – Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang korang suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat korang nombor satu. Anggap saja korang akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah korang memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun korang tahu yang lamaran korang kelak akan ditolak mentah-mentah).
3 – Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk korang menghidupkan kembali era kegemilangan korang dengan memakai pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika korang nak beli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri korang selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika korang sedang dalam usaha untuk turun berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun korang tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
4 – Model-model
Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju dan nampak pusat pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Diana Amir atau Diana Danielle yang diambil dari majalah URTV mahupun majalah Mangga. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa jemu!
5 – Lagu yang memberangsangkan
Sekiranya korang seorang yang rajin bersenam atau berjogging/cardio, dan mempunyai pemain Mp3, sila masukkan lagu-lagu yang boleh membakar semangat korang ketika bersenam/jogging/cardio (ke dalam playlist khas ‘work out‘ pemain Mp3 korang) seperti lagu “Burn” dan “Highway Star” (Deep Purple), atau “I don’t belong here” (Cromok).
6 – Progress korang sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan korang melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal, dan menghampiri ke angka subgol/gol korang. Ini pasti akan membuatkan korang lebih bersemangat untuk meneruskan program diet, dan bertambah yakin dengan keberkesanan teknik mengira kalori.
7 – Bayangan korang di masa hadapan
Lihat diri korang di hadapan cermin, dan mulakan cam-whoring (ambil gambar, seminggu sekali). Setelah beberapa minggu, bandingkan diri korang dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa korang setelah korang mencapai subgol/gol kelak. Ada seperti Brad Pitt atau Salman Khan tak?
8 – ‘Self-Reward Day’ sangat membantu
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, korang sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day‘ atau ‘cheating day‘ – yakni korang boleh makan apa sahaja yang korang nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau, sampai rasa nak muntah. Aku selalu pesan teman-teman yang ikut program kira kalori ni, bahawa nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
9 – Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan kita berada di tahap idle/normal, berbanding ketika kita memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan korang akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput dan mengah. Ini yang aku maksudkan dengan sihat.
10 – Susu Sejat
Selagi wujudnya blog Susu Sejat ini, maka selagi itu jugalah aku akan pastikan korang akan terus berusaha dan berusaha sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki.
Sekian, terima kasih..
salam ziarah dari akak.
Hey you blog about diet & fitness… i'll be back for sure ;D
And thx for dropping by k.
Kak ina kl: salam kembali, nanti saya lawat blog akak pula.
Justiffa: Thanks Justiffa! Send my best regards to 'Nico' ;)
Best la u ni …
thanks LisaEdora ;)
good tips…hehe ,share ye
tq abg susu sejat..banyak membantu..saya dalam proses diet menggunakan panduan yg ada dlm blog abg ni.tq..
caiyok2…tuk diri aku……..
suka blog ini :)
nk kurus. agagagagaga
thnx!! cik susu..bahawasanya saye sungguh down skrg tuk membuat work out..pas bace ni sayer lebih bersemangat..berusaha dan berusaha….cayalah!!!
anda TERBAEK!!!
En Joy….selama beberapa bulan nie, dok baca jer blog nie, today, saya baru belajar kira kalori…sbb sy tk suke nombor….
takpa2, masih belum terlambat. Good Luck ;)
salam en. ss. thanks utk motivasi2 ni. mmg brmakna. tp mslah saya plk, sy kurang brmotivasi sbb bl sy nk trunkn brat, ada sedara n kwn2 tak brpa stju n ckp sy akn jd lg hodoh nnti. waaa…
Tak patut diorang cakap macam tu.. abaikan jer :)
trima kasih atas tips2 yg diberikan ..sgt bagus
sama-sama permata :)
terimakasih atas tip2 yang sangat berguna dan banyak membantu
sama2 attyfir.. terus memberikan sokongan okeh! :)
saya baru je baca susu sejat semalam,harini sy dah masuk chapter ni,sy dah buat step satu persatu ikut panduan yg mr susu bagi,harap2 sy boleh berjaya kurgkan berat sy yg kini 75kg,sy takut sgt kot jd hot hot chicken shit,harap2 takla..
semangat!
Good luck pursue victory! :)
hampir tak percaya kta still boleh makan walaupun nak kuruskan berat badan tapi harus kawal pengambilan sehari2..dan cheat day tu saya rasa takut lak nk buat hehe..sbb boleh makan apa saja..tp saya yakin dgn ilmu yg encik joy beri amat bermakna..
jangan takut, have faith.. ;)
sure..saya ada soalan kat forum di fb.as info sy trun 3kg dari 70kg sbelum ni dgn berat 166cm stlah sebulan sy ke gym hngga ke harini.dn skrg stay cmtu je tak turun lg.tapi masatu tak tau cara2 kira DCR n calorie intake dn cara pengambilan mknan dgn btul.masatu sy cuma minum soy protein n meal replacement dn just mkn sup n mknan rebus sahaja..ternyata badan jadi lemah,lesu dn terseksa..alhamdulillah terjumpa blog SS ni dn akan cuba mulakan spt yg disarankan..mudah2an target saya berjaya..doakan ya..
inilah yg sy cari! TQVM SS!!
alhamdulillah… bagusnya ilmu yang disebarkan ini
moga dapt pahala byk… jika ramai jdi sihat kan.
InsyaAllah..
selesai sudah saya membaca entry blog ini dr 1 ke 9…insyaAllah akan saya cuba amalkan……
terima kasih ejoy untuk segala tips dan info di dalam blog susu sejat :)
sama2 ;)
assalam…admin…tq byk info saya dalam proses first week dah turun 2 kg seronok jgk la……ada lagi 14kh to go……..xtaula boleh bertahan ke tidak…. apa2pun tq alots……utk segala maklumat kalori n sebagainya…. hanya Allah saja mampu membalasnya……
kwn sy yg bgtau pasal blog SS ni..thorbaikklahh..Byk info yg sy dpt serta menggunakan ilmu ni utk diri sendiri dan share dgn kwn2 yg lain..skrg ni sy masih dlm perjuangan utk menurunkan berat badan lagi 19kg..dgn mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pengambilan makanan..ternyata tiada yg mustahil asalkan tiada istilah putus asa..stkt ni dlm masa 12 minggu sy berjaya menurunkan 15kg..berharap blog SS ni mampu memberi manfaat kpd rakan2 yg lain..