Kalori: STRATEGI keseluruhan.. (Bahagian 5)
Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan ‘diet baru’, khas buat mereka yang SERIUS mahu naik (atau turun) berat badan:
1 – Tentukan dimana korang berada sekarang, berapa berat yang perlu korang tambah (untuk naik berat) atau buang (untuk turun berat). Terdapat beberapa cara untuk menilainya, tetapi yang paling common dan mudah ialah menerusi Body Mass Index (BMI). BMI Normal adalah di antara 18-25, Underweight jika kurang daripada 18, Overweight 25-30, dan Obese jika melebihi 30.
Sebagai Contoh (Weight Loss)…
Berat terkini = 140Kg, Tinggi = 1.5m,
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2
Sememangnya bmi 62.2 ini adalah super-duper obese, dan bagi mereka yang mempunyai BMI melebihi 40, aku nasihatkan agar berjumpa dahulu dengan doktor/ physician, dan semak dahulu tahap kesihatan sebelum memulakan program yang terdapat di ‘Susu Sejat’ ni.
Setelah itu, kira pula berat sasaran korang, sebagai contoh, menggunakan BMI 25 sebagai pengukur.
Berat sasaran (kg) = BMI sasaran X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.
Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat sasaran
= 140 – 56
= 84 Kg.
84Kg ini bukanlah sesuatu yang mustahil; yang membuatkan ia mustahil ialah untuk hilangkan 84kg dalam satu malam, satu minggu, atau pun dalam hanya satu bulan. Perlu kita ingat, pertambahan 84kg tu bukan berlaku dalam masa 3 atau 4 bulan. Hakikatnya lemak tepu yang ada dalam badan tu dah ‘terkumpul’ sejak BERTAHUN-TAHUN lamanya. Kita kena ubah mentaliti ‘klasik’ yang sentiasa mahupun keputusan ‘segera’ dan pantas. Setiap benda di dunia ini memerlukan usaha dan komitmen, juga mengambil masa, untuk mendapatkan hasil yang CEMERLANG dan berpanjangan.
Contoh ke-2 (Weight Gain)…
Berat terkini = 35Kg, Tinggi = 1.5m,
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 35Kg / (1.5m)^2
= 15.6 Kg/m^2
(Terlalu skinny, harus tambah.. katakan sasaran BMI ialah 20)
Berat sasaran (kg) = BMI sasaran X (Tinggi dalam meter)^2
= 20 X (1.5m)^2
= 45 Kg
Berat perlu ditambah = Berat sasaran – Berat terkini
= 45 – 35
= 10 Kg
Contoh ke-3 (Hmm?? Tak pasti la pula…)
Berat terkini = 50Kg, Tinggi = 1.5m,
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 50Kg / (1.5m)^2
= 22.2 Kg/m^2
(Tahniah.. BMI anda berada pada tahap yang ‘Normal’, tetapi..)
BMI yang Normal terletak pada skala 18-25. Berat individu ini ialah 40.5kg apabila BMI beliau adalah 18, manakala 56.3kg apabila BMI beliau adalah 25. Maka beliau harus memastikan berat beliau sentiasa dalam linkungan 40.5kg-56.3kg.
2 – Tentukan berapa nilai DCR (Daily Calorie Requirement) korang. Rujuk Kalori: Siapakah Kamu? (Bahagian 1) untuk mempelajari bagaimana untuk mengira DCR.
3 – Rancang strategi diet korang, dan tentukan berapakah kalori yang harus di ambil dalam sehari. Sebagai contoh, +500kcal kepada DCR untuk naik berat, -500kcal daripada DCR untuk turun berat. Rujuk Kalori: Dikaulah penentu beratku.. (Bahagian 2) dan Kalori: Mengawalmu hanya di hujung jariku.. (Bahagian 3) untuk maklumat lanjut.
4 – Dengan strategi yang korang guna ni, agak-agaknya bila sasaran korang akan tercapai? Sila buat sub-gol yang tidak melebihi 3 bulan. Dan pastikan untuk mengira kembali DCR setiap kali korang naik atau turun beberapa KG, untuk mengelakkan apa yang dikenali sebagai ‘plateau‘. Kemudian apabila dah capai sub-gol tersebut, baru mulakan sub-gol yang baru. Rujuk Kalori: Mengawalmu hanya di hujung jariku.. (Bahagian 3) untuk mempelajari kaedah meramal bilakah berat sasaran korang itu boleh dicapai, dan Kalori: ‘Plateau’ ketika program? (Bahagian 4) untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan plateau.
5 – Bagaimana untuk mengira kalori supaya tidak melebihi kuota yang sepatutnya? Adakah korang betul-betul mengetahui apa itu karbohidrat, apa itu protein, dan apa itu lemak? Micronutrients, minerals? [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, “Bahagian 6” dan “Bahagian 7” kelak]
6 – Bagaimana untuk menentukan nilai kalori dalam sesebuah hidangan, atau makanan? [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, “Bahagian 7” kelak]
7 – Bagaimana untuk menilai progress? Adakah korang berada pada landasan yang betul? [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, “Bahagian 8” kelak]
8 – Di manakah terletaknya motivasi itu? Penutup keseluruhan siri mengenali Kalori [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, “Bahagian 9” dan “Bahagian 10” kelak]
Itulah dia, 10 episod/bahagian topik berkenaan ‘kalori’ yang telah dan bakal aku ceritakan, juga cara mempraktikkannya agar korang dapat mengecapi berat dan bentuk badan yang diidamkan. Dalam 5 episod yang akan datang, korang akan didedahkan pula dengan cara bagaimana untuk menikmati semua makanan yang korang suka (WOW!), tapi dengan cara yang betul dan teratur.
“When it comes to eating right and exercising, there is no ‘I’ll start tomorrow’; Tomorrow is disease” – Terri Guillemets –
Bro, terbaik! Thanks for the tips
terima kasih en.SS tips yg sgt berguna & membantu..=)
En. susu sejat….
Terima kasih banyak atas info yang berguna nie. Malangnya saya tak tau nak mula dari mana.Dulu berat badan hanya 45 kg sahaja (14 tahun lepas, sebelum berkahwin)…sekarang 65 kg. Waaaaaaaaaa tolonglah
adakah benar jumlah minimum kalori sehari ialah 1200 for women and 1800 for men?
http://www.bmi-calculator.net/bmr-calculator/harris-benedict-equation/calorie-intake-to-lose-weight.php
dulu saya biasa makan sekitar 1000 kcal saje.. kadang2 kurang dari itu.. dan masih larat jogging 30 minit.. kejayaan saya turunkan berat badan mahu dicontohi ahli2 keluarga yg lain.. sekarang ni saya nak bagi nasihat kat emak saya pulak.. dia perlu turunkan sekurang2nya 20kg.. DCR dia sekarang 1550 kcal.. utk turun 2kg sebulan, saya cadangkan dia makan 1050 kcal sahaja ataupun kalau bersenam 1250.. umur dia pon dah 64, saya tak expect dia senam teruk2..
tolong nasihat sket.. tq
Salam, first time mengetahui bertapa senangnya cara nk kuruskan badan lau ada pengetahuan yang sebenar-benarnya. Tahniah Bro atas perkongsian yang amat berguna ini..tq
Sama-sama.. semoga mendapat manfaat :)
salam…
I am a newcomer in this matter as I aim to get my idea weight.
I just a bit confuse and having the following queires :
1) I am now weighted 70kg with height 158cm (BMI is 28.04 which in under overweight category). I am mother of 3 and still breastfeeding my baby of 6 months old.
After reading your early entry, i have calculated that my BMR is 1456.3 kca/day and DCR is 1747.56 kcal/day.
I aim to reduce of 15kg of weight. With your formula, I have calculated that in order for me to reduce 15kg, it will takes about 232 days (about 8 months period) of diet with no exercise (maybe just house chores).
You had mentioned that I need to break it into subgoal with not more than 3 months period. This is where my confusion lies. At first I plan to reduce 2kgs/month over 8 months with 8 subgoals. but you mentioned it cannot be more than 3 months, meaning that I have to aim to loose weight of 5kgs over 3 months? I thought i need to make it slow and steady.
Kindly advise. Thank you.
w’salam, in your case, you can break it into 4 subgoals –> 4kg in two months.. every 2 months you need to revise again your DCR and BMR..