Karbohidrat Kompleks Tingkatkan Metabolisma

Pernah tak korang terfikir, kenapa kalau kita makan 100g manisan, rasa kenyangnnya langsung tak sama dengan makan 100g nasi atau 100g oat?

Jawapannya terletak kepada struktur nutrien yang terdapat dalam makanan tersebut.

Makanan manisan seperti coklat dan gula-gula terdiri dari karbohidrat ringkas seperti sukrosa (gula putih) dan fruktosa (dari High Fructose Corn Syrup). Seperti yang dapat diperhatikan dalam rajah struktur karbohidrat di bawah, hanya satu ‘penyambung’ (glycosidic bond) sahaja yang perlu dipecahkan dari sukrosa (gula putih) untuk badan mendapatkan satu unit glukosa / fruktosa.

Nasi pula terdiri dari karbohidrat kompleks seperti kanji (rujuk muka surat 115). Kanji merupakan satu rantaian karbohidrat yang sangat panjang dan beberapa ‘penyambung’ perlu dipecahkan untuk badan mendapatkan satu unit glukosa.

Justeru untuk mendapatkan sejumlah unit glukosa (unit asas karbohidrat), badan perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memecahkan rantaian kanji yang terdapat dalam nasi, berbanding memecahkan rantaian sukrosa yang sedia ringkas.

Proses untuk memecahkan rantaian yang panjang ini sudah semestinya memerlukan ‘extra‘ tenaga dan ini secara tak langsung meningkatkan proses metabolisma itu sendiri. Perasan tak mengapa badan mudah berpeluh bila makan makanan yang lebih kompleks berbanding makan manisan?

Diari Diet

Disebabkan faktor masa pencernaan ini, makanan yang tinggi kandungan karbohidrat kompleks juga membuatkan rasa kenyang berlangsung lebih lama berbanding makanan yang tinggi kandungan karbohidrat ringkas.

Walaupun karbohidrat ringkas ini dianggap tidak baik diambil berlebihan untuk kesihatan jangka masa panjang, namun ada waktu tertentu yang dibolehkan untuk mengambilnya. Siapa nak tahu bila ‘timing‘ sesuai untuk ambil karbohidrat ringkas?

( Artikel ini dipetik dari Facebook Susu Sejat dan merupakan salah satu topik yang dimasukkan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat Edisi 3: Diet & Nutrisi )

 ==========

Suka dengan penulisan saya? Dapatkan kompilasi penulisan saya, Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS) yang kini telah masuk Edisi yang ke-3 (yang terakhir) iaitu “Diet dan Nutrisi“. Dapatkan buku-buku ini segera sementara stok masih ada; klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *