Kardio – Katalis kepada ‘Fat Burn’

Apa itu kardio (eng. cardio)?
Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.

Apakah contoh-contoh kardio?
Secara umumnya, apa sahaja jenis senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.

Adakah kardio boleh membakar lemak/ ‘Burn Fat‘?
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.

Adakah ini bermaksud saya kena berlari/jogging melebihi 20 minit tanpa henti?
Secara praktikalnya, YA. Anda perlu berlari selama 20 minit tanpa henti untuk memastikan badan anda MULA menggunakan lemak badan sebagai sumber alternatif.


Lemak badan sebagai sumber alternatif? Boleh huraikan dengan lebih lanjut?

Secara teorinya, badan kita akan menggunakan sumber tenaga berikut (The Hierarchy Scale of Energy), mengikut turutan:

1. MUSCLE GLYCOGEN – glycogen dalam otot, bersedia utk dipakai.

2. LIVER GLYCOGEN – ni sumber glycogen ‘kecemasan’, dipakai apabila ‘Muscle Glycogen’ menjadi rendah.

3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) – Branched Chain Amino Acids dari protein.

4. FAT – Ini yang kita nak buang.

Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, yakni lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4).

Setiap petang, kawasan rumah saya akan dilanda hujan. Bolehkah saya menggantikan jogging dengan kardio yang lain? Adakah konsepnya (pembakaran lemak tadi) masih sama?
Ya, anda boleh lakukan kardio yang lain mengikut kesesuaian anda, dan konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama, dengan syarat intensitinya adalah selari dengan contoh tadi iaitu jogging. Contoh-contoh kardio yang aku nyatakan tadi secara amnya mempunyai intensiti yang hampir sama dengan jogging.

Katakan saya betul-betul menyampah dengan jogging. Saya tak suka berlari la senang cerita, saya tak reti berenang dan bermain skipping; nak bermain futsal pula tiada ‘kaki’ nak join. En. Susu Sejat ada idea lain?
Cadangan aku? Kita kena bijak ambil kesempatan dan peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber tenaga yang digunakan (The Hierarchy Scale of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar dari PT bertauliah di luar sana, lakukan weight training untuk 20 minit yang pertama, diikuti dengan 10-15 minit kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja sedaya upaya untuk ‘menghabiskan’ 3 sumber tenaga yang pertama dalam The Hierarchy Scale of Energy, dan apabila kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita sudah tiada pilihan sumber tenaga lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar lemak dengan banyak.

Tapi buat mereka yang betul-betul ingin menjaga stamina, nak atau tak nak, berjogginglah, atau lakukan kedua-duanya, selang-seli pada hari yang berbeza.

NOTA: Update untuk info dalam entri ini telah ditulis dan boleh dicapai di sini (Bakar Lemak Secara Efisyen)

Comments

  1. By PearlnScarf

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Nina Nurziana

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By Mas

    Reply

  6. By Joy Kalonas

    Reply

  7. By LisaEdora

    Reply

  8. By Joy Kalonas

    Reply

  9. By ameer

    Reply

  10. By norazziah

    Reply

  11. By Joy Kalonas

    Reply

  12. By Anonymous

    Reply

  13. By Anonymous

    Reply

  14. By larradanish

    Reply

  15. By gnola

    Reply

  16. By glan ray

    Reply

  17. By HZ_93

    Reply

    • Reply

      • By HZ_93

        Reply

        • Reply

          • By HZ_93

            Reply

            • By HZ_93

  18. By InginTahu

    Reply

  19. By bibi

    Reply

    • Reply

  20. By Yana Ali

    Reply

  21. By siti

    Reply

    • Reply

  22. By dka

    Reply

    • Reply

      • By Razi

        Reply

        • Reply

  23. By dka

    Reply

  24. By dka

    Reply

    • Reply

      • By dka

        Reply

  25. By idayuhasim

    Reply

  26. By azuni

    Reply

    • Reply

      • By Azuni

        Reply

  27. By AJ

    Reply

    • Reply

  28. By Kamarul

    Reply

    • Reply

  29. By Zara

    Reply

    • Reply

      • By alis

        Reply

  30. By Nur

    Reply

    • Reply

  31. By farha

    Reply

    • Reply

      • By miss jane

        Reply

      • By farha

        Reply

  32. By Liyana

    Reply

    • Reply

  33. By MHz

    Reply

    • Reply

  34. By vatsz

    Reply

  35. By ezlyn farzana binti zulhelmi

    Reply

    • Reply

  36. By faiz

    Reply

    • Reply

  37. By syue

    Reply

    • Reply

  38. By Sila

    Reply

  39. By Lina

    Reply

  40. By ct

    Reply

  41. By hafizi

    Reply

  42. By jojie

    Reply

  43. By rieyma

    Reply

  44. By wawa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *