"Karot Susu" rendah kalori, tinggi protein

Ramai rakyat Malaysia yang suka minum “Karot Susu”, tetapi karot susu yang kebiasaannya dijual di kedai-kedai makan luar sana hanyalah diperkaya dengan krimer dan gula, yang mana kedua-duanya datang daripada susu pekat manis. Tambahan, hampas karot ini telah ditapis dan dibuang, agar si peminum menikmati kenikmatan 100% ketika meminumnya.

Pada entri kali ini, aku ingin berkongsi resepi “karot susu” aku yang sudah diolah agar kelihatan lebih sihat dan menyegarkan. Penyediaan karot susu ini tidaklah sesulit yang disangka, maka jika anda kepingin hendak meminum karot susu, tidak perlulah bersusah payah berlari ke luar dan memesannya di kedai makan, tetapi cubalah menyediakannya di rumah.

Ini karot susu cara Mr. Susu Sejat. Tanpa membuang masa, mari kita terjah dapur si bujang ini?

1) Bahan-bahan utama yang anda perlukan ialah lobak merah, susu skim, dan pengisar buah-buahan. Pengisar serbaguna seperti ini boleh dibeli di kedai-kedai eletrik atau pasar malam dengan harga serendah RM50.
2) Pertama sekali, basuh lobak merah dengan air paip supaya bahan-bahan kimia yang tidak elok untuk badan dapat disingkirkan.
3) Kemudian, kikis ‘kulit’ lobak merah tersebut dengan peeler atau pisau. Jangan terlalu tebal ya! (Tu dia, tangan lelaki bujang buat kerja dapur).
4) Siap, 3 lobak merah seperti ini mampu menghasilkan 2 gelas karot susu.
5) Kemudian, potong kecil-kecil (dipotong dadu pun boleh) lobak merah tersebut supaya proses mengisar kelak menjadi lebih mudah.
6) Beginilah hasil lobak merah yang telah dipotong. Mungkin kelihatan tak berapa kemas. Biasalah, hasil tangan lelaki bujang. Hehehe..
7) Masukkan lobak merah yang telah dipotong kedalam pengisar, dalam 1/3 penuh sahaja.
8) Masukkan juga sedikit air masak, dan..
9) …kisar!

10) Tuangkan hasil kisaran tadi (bersama hampasnya sekali) ke dalam gelas yang bersih. Tak sukakan hampas? Janganlah begitu, kerana sumber fiber dan lebih 50% nutrien-nutrien termasuk Beta-carotene dan Vitamin A dalam lobak merah ini wujud dalam hampas-hampas ini. Jika anda buang hampas-hampas ini, maka anda rugi.
11) Kemudian, masukkan 3-4 sudu besar susu skim ke dalam hasil kisaran tadi. Buat jejaka-jejaka maskulin di luar sana yang inginkan sedikit “protein boost” dalam diet, bolehlah memasukkan satu scoop whey protein perisa vanilla. Dan jika anda inginkan ‘sedikit’ rasa manis, bolehlah juga memasukkan 1 sudu teh gula. Aku? Aku tak akan letakkan gula kerana bagi aku lobak tu sendiri sudah berasa manis.
12) Baki kisaran yang tidak diperlukan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sebagai “stok”. Lepas ni tak perlulah bersusah payah nak kisar lagi kan. Stok dah ada, apa yang tinggal hanyalah “bancuh dan minum”. Stok kisaran lobak merah yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 3 hari lamanya (sebelum bertukar menjadi masam).
13) Untuk lebih rasa nyaman, simpanlah terlebih dahulu karot susu ini dalam peti sejuk. Bak kata mat rock-mat rock di luar sana, “Lebih layan!”.

Itulah dia resepi karot susu cara Mr. Susu Sejat. Mana nak dapat kan, karot susu yang rendah lemak, rendah gula, rendah kalori, tetapi tinggi protein seperti ini? Nak dapatkannya di kedai-kedai mamak? Jangan haraplah!

Comments

  1. By myoliza

    Reply

  2. By norazziah

    Reply

  3. By iza

    Reply

  4. By Anonymous

    Reply

  5. By siskahaidan

    Reply

  6. By Joy Kalonas

    Reply

  7. By Panduan Buah Pinggang Sihat

    Reply

  8. By filzah

    Reply

    • Reply

  9. By siti

    Reply

  10. By HASNAH

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *