Ke arah negara berpenyakit! Syabas rakyat Malaysia!

We are all proud of your body, Hot Mama’s!

Statistik terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa 16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan (berat badan berlebihan dan obesiti) – separuh daripada jumlah itu pula mengalami masalah obesiti. Apakah maksudnya semua ini?

Keratan akhbar Kosmo! bertarikh 16 November 2010 (Rabu). Klik pada gambar untuk besarkan.

Bagi aku, hanya ada tiga faktor penyebab kepada masalah ini – pemakanan (diet), budaya malas bersenam, dan gaya hidup itu sendiri. Tiga komponen ini, jika dijaga sejak dari awal, aku yakin 100% risiko untuk ‘membesar’ sekaligus mengidap penyakit-penyakit kronik dapat dielakkan. Itulah sebabnya 3 komponen ini dijadikan slogan utama blog ini untuk ketika ini – “Diet, Senaman, Gaya Hidup“.

1Diet (Pemakanan)
Mungkinkah rakyat Malaysia cukup ‘malang’ kerana dilahirkan dalam keadaan budaya yang kaya dengan makanan yang berbagai jenis? Makanan-makanan ini juga telah ‘diubahsuai’ supaya kelihatan lebih menarik dan lazat. Fikir kembali mana datangnya gula yang berkati-kati diguna pakai dalam sambal tumis. Fikir kembali kari ayam yang kita masak kelmarin yang mengandungi minyak setebal 2 jari diatas permukaan kuah. Fikir kembali berapa tin susu pekat manis yang digunakan untuk membancuh air dalam sebulan. Fikir kembali berapa kerap anda membeli minuman ringan sepanjang minggu ini.

2Senaman
Hakikatnya “ORANG KITA MALAS BERSENAM”. Maaf jika ada yang tersinggung dengan ungkapan aku ni. Tak percaya? Tanyalah orang di sekitar anda berapa kali mereka bersenam dalam seminggu. Tak kurang juga ada yang desperate untuk kurus, tetapi bila disuruh bersenam, sangat liat dan malas. Apa kes ni cik Kak??

Kerana kurangnya kesedaran untuk bersenamlah punca kegemukan itu mudah terjadi. Bukan kerana senaman itu membakar lebihan-lebihan makanan/kalori yang diambil, tetapi kerana senaman itu sendiri merupakan katalis untuk mengekalkan/meningkatkan kadar metabolisma. Bila kurang senaman, fisiologi badan menjadi kurang lancar, metabolisma akan merudum jatuh, sekaligus lemak badan mudah naik dan anda terdedah kepada penyakit 3 serangkai (kencing manis, sakit jantung, dan darah tinggi). Ada orang baru berumur 25 tahun, tetapi kadar metabolik macam orang dah berumur 40 tahun. Sebab apa? Sebab anda MALAS BERSENAM!

3Gaya Hidup
Diet dan senaman mungkin boleh diletakkan di bawah subjek ini, tetapi gaya hidup di sini mewakili cara anda menjalani kehidupan secara total. Berapa orang yang sanggup berjalan kaki ke kedai yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah? Berapa orangkah yang gemar membawa ahli keluarganya keluar bersiar-siar ketika cuti hujung minggu? Berapa orangkah yang kerja sehariannya hanya menghadap komputer di pejabat 24/7? Berapa orangkah yang gemar membeli snek-snek rencah seperti keropok-keropok dan air manis di Tesco/Giant/Jaya Jusco berbanding makanan sebenar yang lebih berkualiti?

Pengabaian 3 faktor ini, apabila digabungkan, maka tidak mustahil untuk anda menjadi seperti Balagi (rujuk artikel di bawah). Berhentilah menyalahkan genetik, kerana itu semua hanyalah ALASAN! Dalam dunia ini tiada apa yang mustahil. Sejarah sukan sudah membuktikan jaguh-jaguh ahli bina badan yang dahulunya berbadan kurus keding seperti Saiful Apek mampu memiliki badan yang besar dan sasa seperti Arnold Susah-nak-eja atau John Cenna (ahli gusti WWE). Tidak mustahil juga untuk perkara sebaliknya berlaku.

Keratan akhbar Kosmo! bertarikh 16 November 2010. Klik pada gambar untuk besarkan.

Comments

  1. By norazziah

    Reply

  2. By atie

    Reply

  3. By attiesya

    Reply

  4. By COMELCROCHET

    Reply

  5. By iza

    Reply

  6. By Panduan Buah Pinggang Sihat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *