Ke mana hilangnya lemak?

Satu soalan yang saya percaya biasa bermain di fikiran orang ramai terutamanya yang sedang atau sudah menurunkan berat badan, telah pun dibangkitkan semalam untuk melihat sejauh mana orang ramai ambil tahu berkenaan fakta ini. Soalan tersebut adalah seperti berikut:

soalan1

Biasanya, kita akan dengar dari pengedar-pengedar barangan kesihatan yang ‘kurang berpengetahuan’ akan sebut, lemak badan akan pecah setelah ambil produk XXX dan seterusnya lemak tu akan disingkirkan menerusi tahi apabila buang air besar; hatta diberi produk yang mempunyai sifat seperti julap sekalipun, cirit yang keluar akan disangka lemak. Begitulah konon-kononnya.

Ini satu pembohongan! (tak apa, nanti saya akan sentuh dan huraikan lagi)

Saya perhatikan jawapan yang diberikan sebagai respon ke atas soalan yang dibentangkan, rata-ratanya kurang tepat, tapi ada juga yang jawab dengan betul. Yang memberikan jawapan lemak akan ditukar kepada tenaga menerusi kalori defisit itu juga betul, cuma jawapan itu kurang lengkap.

Kenapa kurang lengkap? Pertimbangkan ulasan ini. Hukum alam dah sebut, satu-satu unsur tak boleh dimusnahkan. Jika kita bakar sekeping kertas, kertas akan terbakar dan tenaga dijana (haba), tetapi adakah kertas itu ‘hilang’ begitu sahaja? Tidak bukan. Kertas akan jadi abu dan sebahagiannya juga akan terbebas sebagai karbon dioksida, kerana struktur kertas juga terdiri dari karbon. Ini yang kita panggil sebagai ‘trace’ (hasil sampingan tindak balas).

Kita pecahkan struktur kertas untuk mendapatkan tenaga dan sebagai bayarannya, struktur kertas akan terpecah kepada pepejal (abu) dan gas (karbon dioksida). Apa yang saya maksudkan dalam soalan itu adalah, ke mana hilangnya ‘trace’ lemak yang dipecahkan strukturnya untuk mendapatkan tenaga, sama seperti kes kertas ini? Ia pasti tidak hilang begitu sahaja, sebab berat badan kita menyusut, dan penyusutan jisim ini pastinya disebabkan kehilangan ‘trace’ kepada pengoksidaan lemak ini dari badan kita. Setuju?

Kalau setuju, kita berbalik kepada soalan yang saya utarakan tadi.

Betul atau Salah, trace kepada pembakaran lemak itu akan keluar menerusi tahi?

Salah.

Hujahnya mudah:

1 – Sistem pencernaan kita bersifat satu hala; ia menyerap apa yang kita makan, tetapi tidak sesekali akan membenarkan apa yang diserap untuk mendapatkan kalori itu kembali masuk ke dalam sistem pencernaan atau usus (kalau bersifat 2 hala, you won’t be gendut at the first place, right?)

2 – Bertunjangkan pada fakta ini, maka apa yang keluar dari dubur anda adalah 100% dari apa yang datang dari perut, dari apa yang anda makan dalam hidangan sebelumnya, dan BUKAN nya dari lemak badan anda. Ini termasuklah karbohidrat yang tak tercerna seperti cellulosa.

3 – Oleh itu bagaimana ‘trace’ kepada pembakaran lemak disingkirkan dari badan kita? Untuk mendapatkan jawapan ini, kita kena tengok kembali kitab biochemistry berhubung Lipolysis (pemecahan lemak badan, sebagai tenaga).

4 – Apabila paras glikogen dalam otot dan hati menjadi rendah, Lypolysis akan berlaku untuk memecahkan struktur lemak kepada asid lemak.

5 – Asid lemak seterusnya akan ditukarkan kepada Acetyl-coA menerusi proses Beta-oxidation.

6 – Acetyl-coA juga merujuk kepada intermediate/perantara tenaga dalam badan manusia. Karbohidrat, Protein, dan Lemak yang kita makan boleh ditukarkan kepada Acetyl-coA untuk menjana kalori. Sebab itu kalori terdiri dari 3 komponen ini. Acetyl-coA akan digunakan untuk menjana kitar tenaga, atau lebih tepat disebut sebagai “kreb cycle”.

7 – Dipendekkan cerita, antara hasil sampingan dari tindakbalas ini secara keseluruhan adalah karbon dioksida dan air (ini lumrah kepada tindakbalas pembakaran yang melibatkan sebatian karbon; acetyl-coA yang berasal dari lemak adalah sebatian karbon). Mungkin pada peringkat ini, anda dah nampak klu pertama akan ke mana hilangnya jisim “trace” kepada penghuraian lemak dalam badan.

8 – Kreb cycle juga dijanakan dengan adanya kehadiran banyak intermediate yang lain. Dalam kes tertentu ketika menurunkan berat badan, akan ada terjadinya lambakan Acetyl-coA tetapi bilangan kitar kreb yang boleh dijalankan adalah terhad; ini memaksa sebilangan besar Acetyl-coA perlu ditukarkan kepada ketone bodies.

9 – Ketone bodies juga boleh digunakan untuk menjana tenaga dan sebilangan besar juga akan disingkirkan oleh buah pinggang menerusi air kencing, sebagai satu sistem pertahanan badan untuk menghalang darah menjadi terlalu berasid (ketoacidosis). Oleh kerana itu, mereka yang hendak menurunkan berat badan perlu memastikan bahawa air yang mereka minum dalam sehari itu mencukupi untuk facilitate situasi ini.

10 – Berdasarkan hujah yang telah saya berikan, jelaslah “trace” kepada pembakaran lemak tidak disingkirkan menerusi dubur (air besar) seperti mana yang “mereka” selalu war-warkan, sebaliknya disingkirkan menerusi karbon dioksida (nafas) dan air kencing.

Comments

  1. Reply

  2. By cikgubest utara

    Reply

  3. By hand's as

    Reply

  4. By amnah

    Reply

  5. By kkoqin03

    Reply

  6. By iqbal

    Reply

  7. By zah

    Reply

  8. By ZEE

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *