Kelas Nutrisi Bersama SS dan Team MBFC

Bertarikh 8 Mac 2014, Sabtu yang lalu, telah bermula secara rasmi program My Body Fit Camp (MBFC), sebuah pertandingan menurunkan berat badan yang bertemakan ‘boot camp’ dan gaya ketenteraan dalam pelan latihan bakar lemaknya. Alhamdulillah, program pada hari pertama bermula dengan sesi penilaian tahap kecergasan setiap peserta. Semua peserta dilihat begitu bersemangat untuk “membakar” beberapa KG lemak badan mereka ;)

Kepada mereka yang terlepas mendaftar program tersebut, tak mengapa, kerana ada sesuatu yang tidak kurang istimewa juga telah disediakan untuk anda. Kami memahami mungkin ada segelintir yang tidak mampu memberikan komitmen untuk membakar lemak di awal pagi setiap hujung minggu. Justeru MBFC, dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Wisma UEG Network, telah memperuntukkan satu slot khas selama 4 jam untuk anda mendalami ilmu “nutrition” dengan kaedah yang lebih praktikal. Saya gelarkan program ini sebagai…

Kelas Nutrisi @ MBFC bersama SS: Understanding nutrition the layman way!

Maklumat lanjut untuk program ini boleh dirujuk pada poster berikut:

sampel-2B

Meskipun bertempat di Johor Bahru, namun program ini terbuka kepada semua individu yang berminat, tidak kira sama ada dari Singapura, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Lembah Klang, semua boleh menghadirkan diri.

Apa yang anda akan dapat dengan menyertai kelas nutrisi ini? Berikut antara modul-modul yang bakal disediakan:

  1. Pelajari konsep asas nutrisi
  2. Fahami bagaimana metabolisma badan anda bekerja
  3. Kenali konsep asas kalori – unit bagi sistem keluar/masuk tenaga
  4. Ketahui bagaimana gabungan 3 konsep di atas mempengaruhi berat badan anda
  5. Ketahui bagaimana mengaplikasikan 3 konsep di atas dalam kehidupan seharian
  6. Konsep pembelajaran secara Teori dan Amali (sesi praktikal untuk pastikan audience faham dari A sampai Z)
  7. Sesi Q & A dan “Hands-On“? Tentulah ada!

Saya juga telah ditunjukkan sedikit sneak peak “bilik kuliah” (Dewan Seminar, Tropika Leisure Golf) yang akan digunakan. Inshaa Allah selesa (air-conditioned) dan mampu memuatkan sehingga 100 orang.

1

Ruang untuk sesi pembelajaran

Ruang tambahan

Ruang tambahan

Ruang untuk aktiviti dan rehat

Ruang untuk aktiviti dan rehat

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadirkan diri ke Kelas Nutrisi ini, hubungi En. Bahagia di talian 013-727 7007 (SMS, Call, Whatsapp) seberapa segera yang mungkin kerana tempat yang disediakan adalah terhad dan maksimum untuk 100 orang sahaja. Siapa cepat, dia dapat.

Jumpa anda di sana, okeh?

(Nota: Diskaun 15% khas kepada mereka yang pernah membeli Diari Diet sebelum ini. Cuma beritahu nama penuh yang pernah anda gunakan ketika menempah/membeli Diari Diet. Rekod pembelian sebelum ini akan digunakan ketika proses pengesahan.)

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *