Jom sertai “Kempen Picit Makanan Bergoreng”!

Antara sebab mengapa tak boleh makan french frais hari-hari

Dewasa ini, kita tidak boleh lari dari makanan bergoreng, kerana bergoreng sudah menjadi amalan memasak yang popular di abad ke-21 ini. Buat yang mampu menyediakan makanan sendiri di rumah anda mungkin boleh mengurangkan kesannya dengan menggantikan kaedah menggoreng kepada kaedah lain yang “setara” seperti baked (bakar dalam oven) atau grill. 2 kaedah ini masih mampu menyajikan anda makanan yang garing dan crispy. Tapi buat mereka yang hanya bergantung kepada makanan yang dijual di luar (orang bujang la tu, termasuk pelajar universiti), pilihan mungkin terhad. Boleh jamin kalau kita buat survey, dalam 10 orang peniaga, rasanya kesemua peniaga tersebut menyediakan makanan bergoreng – faktor kos dan “jimat masa” membuatkan mereka lebih suka dan selesa dengan kaedah menggoreng.

Dalam masa yang sama, ada juga hari-hari tertentu yang kita terasa ingin menikmati makanan bergoreng, biasalah, naluri manusia. Aku pun tak terkecuali. Tapi tahukah anda, kesan makanan bergoreng boleh dikurangkan sedikit sebanyak berpandukan tip yang bakal aku persembahkan sebentar lagi? Aku namakan tip ini sebagai “picit makanan berminyak dengan tisu” sebelum makan. Gelak? Kenapa ko gelak? Ko rasa tip ni kelakar ke Faridah?

.

Contoh 1 – Kentang goreng

Konsepnya hanya semudah 4 langkah.

Pertama: Sediakan tisu, ambil apa-apa makanan yang bergoreng. Sebagai contoh, fraisss kegilaan seluruh lapisan Homo sapien ni.

Kedua: Selimutkan fries tadi dengan tisu yang tersedia

Ketiga: Picit fries tadi sedikit kuat, sehingga anda melihat kesan serapan minyak mula kelihatan di luar balutan tisu (ini bermaksud anda sudah berjaya memicit ia dengan kuat, tahap pengekstrakan/penyerapan minyak oleh tisu adalah kira-kira 50%)

Keempat: Baru makan. Nah, anda lihat sendiri berapa banyak minyak yang sudah berjaya diserap. Ini baru sebatang frais, kalau sekotak fries? Mungkin ramai yang tak sedar hal ini, tak hairanlah ada segelintir Homo sapien yang beli large fraisss dari kedai makan segera pak cik McDonald dan terus pulun makan seorang tanpa rasa bersalah. Makan pula hari-hari, cukup umur 40 tahun kena heart-attack, naiss! (Ok, ini tak lawak)

.

Contoh 2 – Kuih Vadei

Masih tak dapat tangkap 4 langkah tadi? Jom ikut aku ulang sekali lagi langkah-langkahnya.

Satu – Hamparkan…

Dua – Letak..

Tiga – Picit

Empat – Baru Makan! (Jangan terkeliru pula dengan trademark Oreo “putar, jilat, celup, dan makan”)

.

Lagi contoh paling menggerikan – cucur pisang sebelah rumah

Ini bukan satu penipuan atau edit, tetapi tekapan minyak dalam foto ini datang hanya dari sebiji pisang goreng sahaja! Banyak bukan? Hasil seperti ini diperoleh daripada beberapa tekapan/picitan pisang goreng yang sama. Kebiasaanya, pisang goreng yang kontot-kontot dan bersifat lembik selepas digoreng (rangup di luar, lembik di dalam) memiliki sifat ini, kadar serapan minyaknya adalah sangat tinggi berbanding pisang goreng yang tidak lembik dan pejal. Sekarang ini anda sudah tahu pisang goreng yang mana sesuai untuk dibeli.

Gambar jarak dekat untuk tisu yang sama

Cucur udang juga tidak terkecuali. Nampak tak minyak berjejeran yang keluar selepas cucur tersebut dipicit? Apa, tak berapa nampak?

Ini zoom untuk foto yang sebelumnya

Bagaimana, anda suka dengan tip ini? Jika suka, amalkannya dan kongsikan juga dengan teman-teman yang lain. Kita mulakan kempen ini secara kecil-kecilan dahulu, dan harapannya suatu hari nanti dapatlah Kementerian Kesihatan Malaysia pula yang menghidupkan kempen ini di peringkat nasional, baru nampak masuk akal sedikit berbanding kempen “kurangkan nasi lemak di kantin sekolah” tahun lalu. Jangan dihapuskan amalan makanan tradisi itu secara perlahan, tetapi kawallah pengambilannya ia sebaik dan sebijak yang mungkin.

Walaubagaimanapun aku dengar cerita ada juga yang tak selesa dengan tip ini kerana ia kelihatan menggelikan. Tang mana yang menggelikan tu aku pun tak tau. Hangpa habaq mai tang mana yang menggelikan tu boleh? Ada juga yang mengatakan tip ini lebih kepada pembaziran tisu. Tetapi aku tak pandang ini sebagai pembaziran, malah lebih sebagai pelaburan untuk kesihatan yang baik (di hari tua) dalam corak hidup yang bersederhana. Mereka yang dalam entri ini dan entri ini lebih membazir, tetapi ironinya tak ramai yang ambil tindakan.

Komen SS: Nama Faridah di atas tiada kena dengan yang hidup, mahupun yang sudah mati.

Comments

  1. By logika

    Reply

    • Reply

      • By logika

        Reply

  2. Reply

  3. By astatin008

    Reply

  4. By Latifah

    Reply

  5. By Dijot

    Reply

  6. Reply

    • Reply

  7. By NOOR

    Reply

  8. By asya87

    Reply

  9. By Nur

    Reply

  10. By dka

    Reply

  11. By ana

    Reply

  12. By syima

    Reply

  13. By ideal

    Reply

  14. By orang

    Reply

  15. By nur

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *