Kenaikan harga gula: apa pandangan Susu Sejat?

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai hari ini. Seperti biasa, terdapat 2 pihak yang akan beradu pendapat, sekolompok yang pro kerajaan, dan sekelompok lagi yang pro pembangkang. Namun apa yang kita dapat sebagai pengguna melalui perdebatan ini? Tiada apa-apa. Apa yang termaktub, sudah termaktub, dan keputusan sudah pun diambil. There is no turning back.

Petrol RON 95 naik sebanyak 5 sen seliter, dan mungkin ada yang akan berkata, “Memanglah 5 sen itu suatu angka yang kecil, namun apabila dijumlahkan, akan menjadi beratus ringgit juga, kerana dalam setahun, kenderaan kita akan menggunakan minyak beribu-ribu liter banyaknya“. Pandai betul insan yang mengeluarkan ungkapan sebegini, namun bagi aku, kenyataan ini sungguh ironi kerana:

1) Sebelum kenaikan harga petrol, ramai yang langsung tidak terfikir akan kuasa, bukan sahaja 5 sen, malah 1 sen itu sendiri. Baki duit 5 sen yang diperolehi, adakah sudi diterima? Rasa-rasanya kalau dicampakkan sahaja pun mesti tak kisah. Kalau terjumpa duit 5 sen di kaki lima sekalipun, pasti hanya memandang dengan sebelah mata. Tapi apabila harga petrol sudah dinaikkan 5 sen, baru nak melenting. Gelabah.

2) Bab-bab duit, pandai pula nak berkira sedemikian rupa. Jumlah setahun kononnya. Tetapi apabila datang kepada perkara yang lebih penting berkaitan diri kita, nyawa kita: bab pemakanan dan kesihatan, ada mereka kisah? “Alahai, sekeping coklat jer, mungkin 100kcal, tapi berapa la sangat nilai tu. Hujung minggu ni kalau ada masa bolehlah bersenam, cover balik” (Itu pun kalau pergi bersenam, kalau tak bersenam?). Pernah tak terfikir, 100kcal sehari itu apabila dijumlahkan dalam setahun, bersamaan dengan berapa? Nanti bila berat badan bertambah, mulalah nak melenting. Gelabah.

Sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran, kita tidak harus menoleh ke belakang dalam mencari jalan penyelesaian. Apa yang kita perlu lakukan ialah mencari sebuah formula untuk ‘merintangi’ kembali (memintas) KESAN kenaikan harga barang tersebut. Bagaimana caranya? Salah satu caranya adalah menerusi gaya hidup.

Masih ingat entri aku yang bertajuk “Ironi Malaysiaku..“, fakta yang kelima – Merungut apabila kehabisan stok gula di kedai runcit, atau apabila harga gula di pasaran dinaikkan. Tetapi apabila minum diluar, langsung tidak kisah membelanjakan RM2 untuk membeli minuman manis yang hanya mempunyai beberapa sudu teh gula, sedangkan sekampit gula 1kg berharga cuma RM1.60 (kini dah RM1.70).

Maksud aku di sini mudah, jika kita hendak berhujah berkenaan kuasa ‘5 sen’ dan kuasa ’10 sen’ tu, cuba tanya diri kita sehabis mungkin terlebih dahulu, sudah sehabis ‘bijakkah’ gaya hidup kita selama ini? Bagi aku, langkah yang bijak tu adalah kurangkan manis dalam masakan dan minuman yang dibancuh. Dan tanya juga pada diri kita, perlukah dipesan minuman manis ketika makan/lepak bersama keluarga dan teman-teman diluar? Berbaloikah aku membelanjakan RM1.50 untuk secawan Teh O yang hanya mempunyai beberapa sudu teh gula? Fikir-fikirkanlah.

Para peniaga, aku memahami bahawa kesan kenaikan gula dan gas ini pasti membebankan anda. Tetapi aku lebih suka jika makanan dan minuman yang kalian sajikan itu dikurangkan kandungan gulanya. Pernah suatu ketika dahulu aku berkunjung ke sebuah gerai makan bersama seorang rakan di Taiping, dan rakan aku itu memesan secawan sirap ais. Nak tahu bagaimana rasa air sirap tersebut? Berpadanan dengan namanya ‘sirap’, rasanya juga sungguh manis seperti sebuah pati sirap.

Malah tempoh hari juga aku pernah menegur ibuku supaya mengurangkan kandungan gula dalam kek lapisnya, jangan terlalu terikat dengan resepi yang diberi. Dan aku juga ingin mengesyorkan kepada pembuat-pembuat kuih-muih/biskut/kek agar mempraktikkan cara yang sama. Risau akan merosakkan rasa/resepi kalian? Lakukan beberapa eksperimen. Bayangkan satu jag air oren yang mengandungi 20 sudu besar gula. Andaikata dikurangkan 1-2 sudu besar gula didalamnya, rasa-rasa terdapat perbezaan yang besarkah dari segi kemanisan, dari yang pertama tadi?

Alahai, itu baru dari segi gula. Perlukah Susu Sejat huraikan bagaimana untuk mengatasi kenaikan harga petrol? Pembaca Susu Sejat kan golongan yang bijaksana, pasti dapat memikirkannya, bukan?

Comments

  1. By amirah

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By abu hamdi

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *