Kenapa kurang Protein? Kenapa mesti takut nasi?!
Dah lama aku pendam perasaan ini. Kecewa. Nampak gayanya masih ramai yang takut pada nasi dan protein. Dua istilah ini memang sinonim dengan diri aku, mereka BFF aku, tapi aku sangat kecewa mereka disisihkan dalam diet mereka yang ingin menurunkan berat badan, dan ini termasuklah segelintir pembaca-pembaca SS sendiri. Bagi aku, mereka yang menyisihkan nasi dan protein daripada diet mereka samalah seperti mereka menyisihkan aku. Ingat, mereka adalah BFF aku, dan menjadi tanggungjawab untuk aku mempertahankan kawan-kawan aku.
Ada satu ketika, aku menyebut, “Cik, tambahlah lagi protein dalam diet tu“, ada pula yang beranggapan aku ini mengajar Atkins diet, walhal, akulah penentang Atkins nombor satu dalam arena maya. Hakikatnya, diet itu sendiri kurang protein. Pernah terfikir kenapa diet-diet anda gagal, meskipun makan dalam jumlah yang sedikit? Ini kerana kadar metabolisma anda merosot dek kerana diet yang kurang berkualiti.
Sila lihat setiap hidangan (seperti sarapan pagi, makan tengahari) dalam diet-diet yang aku ambil dari Facebook Susu Sejat, dan sepatutnya ada banyak lagi, tetapi ini aku hanya ambil sebahagian daripadanya sahaja.
Sila beritahu aku sekarang di mana sumber protein dalam contoh diet yang pertama? TIADA!
Protein – ulang kaji balik
Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah aku dedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.
1 – Pertumbuhan
16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.
Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
2 – Metabolisma (otot)
Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.
Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
3 – Metabolisma (pencernaan)
Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet. Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
Dalam masa yang sama, mereka juga menjaga jumlah kalori yang harus diambil, seperti yang aku ajar di ruangan Kelas Kalori. Kenapa aku sering menjadikan bodybuilder sebagai contoh dalam teknik dieting di SS? Kerana mereka, yakni bodybuilder, mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan yang lebih spesifik, iaitu “menurunkan lemak dalam badan“. Bukankah kita juga ingin membuang lemak dalam badan? Maka contohilah mereka (namun tidak semestinya harus menjadi besar dan gagah seperti mereka, itu terpulang kepada masing-masing).
4 – Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin
Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
Protein – berapa yang kita perlukan?
Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Bagi aku, pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.
Namun usah bimbang dengan nilai ini, kerana berdasarkan pengalaman aku, asalkan kita jaga pengambilan kalori dan makan secara seimbang, yakni setiap hidangan harus mengikut nisbah yang termaktub dalam piramid makanan (harus ada karbohidrat, protein, dan lemak), maka pengambilan protein harian anda sudah mencukupi.

Nasi
Aku rasa dah cukup panjang aku bercerita soal protein, mungkin adalah lebih baik jika aku simpan topik berkenaan nasi ini untuk entri yang seterusnya. Namun aku ingin tinggalkan para pembaca yang aku sayang dengan soalan yang sering disuarakan oleh masyarakat sekeliling.
Aku, penulis rasmi blog Susu Sejat dot kom, kini berdiri dengan lantang dan mencabar sesiapa yang mengatakan “Ya” untuk soalan tersebut untuk bersemuka dengan aku sekarang dan tunjukkan satu bukti berupa research paper, thesis atau kajian penyelidikan daripada mana-mana universiti di dunia ini yang mengatakan “nasi itu menggemukkan”. Ada sesiapa berani? Tunjuklah!
waah marah btul ss soal nasi nie ye!!
dulu aku pun tersilap juga semasa diet tanpa makan nasi, tapi badan jadi lemah dan tidak bertenaga.
tapi apabila sudah tahu bukan sesuatu makanan (termasuk nasi) yang membuat kegemukkan, tapi kiraan kalori yang menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk dan kurus, sekarang dah tak takut lagi dah makan nasi, walaupun makan sepinggan nasi.
mmmmm…. saudara SS pada entri nanti tolong cerita pula kisah mengenai makanan coklat dan aiskrim, saya memang favorit benda nie, dulu memang makan hari-hari, tapi sekarang makan seminggu sekali sahaja. – dill
boleh huraikan tentang 'brown rice'..?
tuan susu sejat, is not nasi yg menggemukkan, but kita semua cetek ilmu,bila makan sepinggan x cukup,..jd 2 pinggan,plus ngan curry mamak, and pagi dah pekena nasi lemak sebungkus, and malam makan nasi lagi, sepinggan,,and klau mak masak sedap,,sure tambah punya,..lauk ayam masak merah,..hehe..[cthnyer,..saya bukan org kuat makan yer,tp sy suka mkn yg sedap2,dulu buruk perangai,tp skrg dh celik pasal diet yg sihat] thats why calori terlebih, input ade, output yileks,…biasalaah,..kalangan kita kurang aktif, x minat bersenam. [sayalah tu,huhu] sbb tu kita jd gemuk. sbb kitalaah apa yg kita makan. lg pun sunnah, makan sebelum lapar, berhenti seblum kenyang ,kan.the qty tht matters, equals to calori, kn.metabolic rate setiap org x sama, kan.
but, info dari sususejat sgt berguna utk yg mahu berubah. obesiti sifar utk semua.
thanks. sharing is caring.
sokong susu sejat. nasi tak menggemukkan. lepas ikut nasihat ss kira kalori n nisbah yang betul, tak lesu lagi bila work out kat gym (sbb before this protein intake sgt kurang)
bila ckp nak kurus, org akan ckp saya, takyah la makan nasik, makan sayur je.try sebulan.=_= dan ada jugak kawan bagi satu protein shake, dia suruh makan 2 kali sehari,1 meal lagi makan sayur/buah/cereal. pergh gile kot.kalau macam tu berat memang la boleh turun, tapi bentuk? ermmm.
tapi saya tak ikut la sbb nak makan.;p protein shake amik time breakfast je sbb malas nak prepare breakfast. :D sbb selagi tak lebih kalori yg diperlukan, ok je kan.
sekarang sy join sports club,ada gym+aerobic+yoga. baru 2 minggu camtu. sekarang consistently pegi,tapi sekarang asek lapar je. habih exercise mesti macam lapar balik. T_T. tambah2 sekarang musim sejuk…
betul2…dulu sy pun beranggapan bhawa nsi yg menggemukkan sy, tp lepas wat pembacaan dn sedikit info dr org yg berpengalaman, bru sy sedar betapa pentingnye nasi,….alhamdulillah sekarang nie badan dah ok skit…cuma dalam proses nk naikan muscle je..nk kasi taf skit..heheh
mr ss..stiap 5-6 hidangan kite dlm 1 hari tu perlu ade protien ke?utk sarapan sy amik soya 1 gelas bersama 4 kpg bskut whole meal jacob..lunch ns,ikan/ayam & sayuran..kemudian biar prot kosong selama 4-5jm utk persediaan workout di gym..utk mlm plak segelas soya & 2kpg bskut whole meal jacob..
ss i rasa u xsebut psl kepentingan air utk turunkn berat bdn. klo jaga mkn tp xcukup minum air, xboleh jugak. just sharing. hehe
owh, berkenaan air masak tu, saya ada mentioned before ni, but not being stressed much sebab secara fitrah kita memerlukan air masuk dalam badan kita tidak kurang dari tempoh 24 jam untuk memastikan kemandirian fizikal berjalan lancar. Kebanyakkan orang akan cakap, silalah aim untuk dapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (atau 2 liter), tetapi bagi saya ini tidak perlu kerana secara ‘semulajadi’ badan kita akan dapatkan air dalam julat tersebut apabila kita berasa dahaga. It’s a self-defence mechanism, plus air kosong kalori, so it won’t bite people’s weight that much, if u terlebih atau terkurang ambil air.. dalam erti kata lain, dahaga itu adalah siren yang memberitahu, “ok, you need water now, go get it now” so, u akan minum air.. tapi tak salah kalau kita nak aim betul2 dapatkan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari, tak salah.. boleh juga gunakan warna air kencing sebagai penanda aras, kita perlukan air, atau tidak.. ;) anyway, thanks for sharing :)
haha.. i LOVE NASI.. muahhh3!!
very much..
-faizah
boleh ke kalau kita minum whey protein sebagai gantian… cukup ke utk badan kita..atau perlu juga makan daging, ayam atau ikan :)
kena makan juga sumber2 protein yang lain, sbb ia kaya dengan berbagai-bagai nutrien yang kita perlukan, yang hanya terdapat dalam sumber semulajadi.. whey protein itu sekadar supplemen/makanan tambahan, dan tidak boeh dijadikan sebagai pengganti makanan sebenar/semulajadi..
klu kite da diet..n mase kite diet dlu kite kurng ambil protein n skrng bdan kite pon da kurang otot/xde otot….bleh otot tu kite bina blik dgn mkn protein dgn bnyk…??
boleh, juga karbohidrat kena cukup. tapi kebiasaannya lemak akan naik sama kalau dibuat dalam masa yang singkat (naik terlalu cepat).
JIKALAU SAYA INGIN KURANGKAN BERAT BDAN CARA BAGAIMANE SESUI.UNTUH PENGETAHUAN SS SAYAADA THALASSEMEA BIASA,
konsepnya masih sama seperti yang saya ceritakan dalam kelas kalori, cuma terdapat modifikasi dalam pemilihan makanan. mungkin ada sesetengah makanan yang Rohaya tak boleh makan (pantang)), itu semua kena dapat nasihat dari doktor atau nutritionist.
Salam. Terima kasih ats info. br jumpa site ni. tp dah baca semua tajuk under kelas kalori hari ni. sy try u kurus sejak bulan 3. mmg tak berapa teratur but keep on tmbah ilmu tntg diet yg betul. sy biasa timbang kat kedai jual alat sukan pki tanita tu.tinggi saya 150cm. bulan 5 lalu berat saya 58kg. fat-36.5%, TBodyWater-26.9kg. bln 6- berat 57. fat 35.9%. Fat-35.9. TbW-26.7kg. semalam saya timbang. berat 56kg. fat-38.2kg. tbw-25.3kg.
Soalan sy-apa yg mnybbkn fat saya mencanai naik dan jumlh air mkn kurang. sy mmg byk minum air tp sgt kerap pula ke toilet seolah2 air tu tak blh disimpan olh badan.
sy mkn protein lbh-ayam, ikan.exercise-dlm 20 min 2/3 kali seminggu.(indoor je-skipping, squat,angkt botol mineral).adakah rep tu tak cukup atau apa yg mnybbkan sy mengumpul lbh byk lemak. terima kasih
orang gemok belly fat kalau diet. Mybe kena kurang kan pengambilan nasi. Sebab kau nak buang lemak tepu kan. Aku diet just makan tlor rebus. No air bercabonat, no nasi, no makanan manis. Mkan masa jugak nak kurus. Street focus cardio, workout. Hasil nye berbuah. Paling susah belly fat dekat perut. Buts kalau dah brjaya kurus. Kau kena makan nasi. segenggam tangan pun cukup. Kau jangan risau lah. Nasi tak menggemokan. Yang buat kau gemok. Kalori berlebih.