Kenapa Sambal Tempeh tinggi kalori?

Tak dapat dinafikan, ramai penggemar tempeh di Malaysia. Saya salah seorang dari mereka. Antara favorite masakan tempe saya adalah tempeh goreng (yang biasa hadir bersama nasi ayam penyet) atau sambal tempeh.

IMG_20150909_152024

Tempe merupakan ‘staple protein‘ (protein ruji) bagi orang jawa. Ia biasanya diperbuat dari biji getah mahupun kacang soya.

Meskipun kacang soya tinggi kandungan phytoestrogen, tetapi tempe mempunyai kadar phytoestrogen yang lebih rendah berbanding kacang soya mentah. Hal ini kerana kacang soya dalam tempeh tersebut sudah separa fermented oleh yis.

Namun tahukah anda tempeh akan menjadi tinggi nilai kalorinya apabila dimasak secara goreng?

IMG_20150909_142139

Perhatikan gambar di atas. Kadar serapan minyak oleh tempeh adalah tinggi apabila ia digoreng. Jangan terkejut jika saya katakan 1 cawan (2 senduk) sambal tempeh mampu mencapai sehingga 400kcal.

Saya terpaksa akui fakta ini, meskipun tempeh goreng dan sambal tempeh adalah antara makanan kegemaran saya. Percaya tak, kalau dihidangkan satu mangkuk sambal tempeh, saya boleh habiskan semuanya sampai licin? Biasalah, kena rasuk sat dengan saka tempeh.

Picit, jangan tak picit.... huhuhu

Picit, jangan tak picit…. nampak tak minyak yang keluar bila dipicit tu, huhuhu

Oleh kerana saya sukar untuk control saiz hidangan yang patut diambil ketika makan sambal tempeh, saya memang jarang makan sambal tempeh ni. Tapi kalau sekali makan, memang mahu penuh separuh pinggan bila cedok.

Entri berkaitan: Jom sertai “Kempen Picit Makanan Bergoreng”!

Comments

  1. By Danedz

    Reply

  2. By aS

    Reply

  3. By Muhammad Haikal Wajdi

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *