Kenapa SS Suka Oh! Media Network?

Untuk entri kali ni, SS nak berhenti seketika berbicara soal diet, soal senaman, soal kesihatan, soal kentut, atau yang seangkatan dengannya. SS nak berbicara tentang apa? SS hendak berbicara tentang Oh! Media Network. (Ape ke hey nye dok pangkah browser tu yob? Idok ler teman ndak menipu kamu dengan skim piramid tu haa. Moh ler bace dulu!)

Hak milik Oh! Media Network

Semua orang tahu apa itu Oh! Media Network, sebut sahaja Oh! Media Network, mungkin ada yang akan berkata, “Oh! menatang tu, aku baru jer ‘like’ di Facebook semalam” atau “Oh! video yang aku selalu ‘share’ di Facebook tu”. Tapi rasa-rasanya, tahukah anda yang Oh! Media sebenarnya adalah sebuah rangkaian web yang terdiri daripada

JustKhai.com
OhTidak.com
OhArtis.com
OhJika.com
OhIslam.com
OhDara.com

Kreatif! Konsepnya mungkin tidak ubah seperti Media Prima yang menggabungkan beberapa rangkaian media arus perdana seperti TV3, 8TV, NTV7, TV9, dan beberapa akhbar di bawah naungan NSTP, cuma Oh! Media lebih fokus kepada dunia alam maya, atau dalam bahasa tidak skemanya, alam laman sesawang (SS, bukankah ‘laman sesawang’ juga berbunyi skema?)

Kenapa Mr. SS menggemari web-web di bawah rangkaian Oh! Media? Berikut antara sebab-sebabnya:

1Berinformatif, meskipun gaya penulisannya lebih santai
Katakan gaya penulisan di Oh! Media adalah sama seperti gaya penulisan artikel dalam akhbar Utusan Malaysia, rasa-rasanya ramai tak yang baca? Silap haribulan, tak sampai 5 minit membaca mesti ramai yang menguap sebesar-besar alam sampai nak sumbat buku lima pun pasti muat!

2Setiap laman blog rangkaiannya bertema
Sebagai contoh, jika anda masuk laman “ohjika.com”, tema setiap entrinya adalah lebih kepada pendapat akan bagaimana jika sesuatu itu berlaku. Sebagai contoh, entrinya hanyalah sependek “Oh! Jika aku berkahwin dengan Lisa Surihani..” (lalu disusuli dengan beratus komen-komen desperado jejaka-jejaka Malaya).

3Berbagai pilihan weblog untuk dibaca seperti lawak jenaka, hiburan, dan agama
Tak percaya? Boleh klik sahaja link-link blog rangkaian Oh! Media yang aku sertakan sebentar tadi.

4Majoriti info/artikelnya adalah masih panas, bukan sekadar ‘copycat‘ dari internet
Kebanyakkan info yang disiarkan dalam rangkaian Oh! Media (contohnya seperti di Oh! Tidak) adalah didapati terus dari sumber primer, yakni bahan-bahan tersebut datang terus daripada pihak yang berada di tempat kejadian. Ini yang membuatkan mereka lain daripada yang lain!

5Lantang menyuarakan pendapat
Tahukah anda, Oh! Media Network (menerusi laman Oh! Artis) pernah mengkritik sikap admin-admin di fanpage Dr. Rozmey gara-gara memadam komen-komen berupa kritikan membina untuk filem 2 Alam yang dikirimkan di sana? Walhal review filem 2 Alam oleh laman Oh! Artis pada asalnya lebih bernada neutral, ada pujian, dan ada juga kritikan membina.

Belum ‘like’… :'(

Sudah like!! ;D

Kepada pembaca-pembaca blog Susu Sejat di luar sana, SS dengan sukacitanya menjemput anda untuk masuk ke mana-mana laman blog milik Oh! Media Network dan sekiranya anda suka dengan isi kandungannya, jangan segan-silu untuk ‘like’ fan page Oh! Media Network (meskipun aku tahu, sure ramai yang dah ‘like’ page tersebut, kan? kan? He he he..)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *