Kenduri oh Kenduri: Cerita Santai..
Entri ini merupakan maklum-balas kepada “Tips ‘mengatasi’ kenduri” yang aku karang 2 hari lepas. Semalam, bersamaan Sabtu, 5 Jun 2010, aku bersama 2 orang rakan sekolah rendah iaitu Min (kemeja puteh) dan Aman (baju-T biru) telah bertolak ke Teluk Intan untuk menghadiri majlis persandingan seorang lagi rakan sekolah rendah, Dama. Perjalanan Kuala Lumpur-Shah Alam-Teluk Intan itu mengambil masa kira-kira 4 jam.
Lagi mengenai tip no 10. Selepas menghadiri majlis, kami tidak terus pulang ke K.L. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi pekan bersejarah Telok Anson.
Sedikit info berkenaan Menara Jam Condong Teluk Intan. Ia dibina pada tahun 1885, bertujuan sebagai tempat simpanan air (tangki air). Namun, atas faktor permukaan tanah yang lembut, dan beban air yang terpaksa ditampung, maka menara ini menjadi condong sedikit demi sedikit, hingga kepada apa yang dapat kita lihat hari ini.
Tip bonus: Menari tarian Gipsy di hadapan menara condong di bawah sinaran terik matahari boleh membakar lebih kalori. Anda sanggup? Saya tak sanggup.. ;)
Disclaimer: Gambar-gambar diambil menggunakan iPhone milik Aman. Tiada sebarang editing dilakukan ke atas gambar-gambar tersebut.
I like tip no 4.
again ayat last ditekankan….editing tiada digunakan…ehehehe
~cek0dok~