Kenyang itu ada 2 jenis… (Bahagian 1)

Semalam saya ada post satu info di Facebook tentang rasa kenyang. Kenyang ada 2 jenis

1) Fullness – perut penuh (bermula dari perut)
2) Satiety – kepuasan (bermula dari otak)

Biasanya orang akan faham yang pertama saja, tapi yang kedua tu kurang mahir. 

Contoh, apabila seseorang makan satu hidangan. Habis.

Kemudian dia rasa perut dia belum ‘full‘. Lalu dia cari makanan yang lain berupa kudap-kudapan. Sampailah dia rasa perutnya sudah penuh, senkak, baru dia berhenti. Baru kenyang katanya!

Akhirnya apa yang berlaku? Ya, jumlah kalori yang diambil sudah berlebih-lebih.

hjhjhj

Kalau anda selalu mentafsirkan rasa kenyang berdasarkan konsep ‘fullness‘, dan corak pemakanan anda adalah seperti pada perut yang paling kiri, anda cenderung untuk ambil ribu-ribuan kalori dalam sehari.

Bagaimana pula pemahaman rasa kenyang yang kedua – ‘satiety‘?

Satiety atau kepuasan merupakan satu tahap puas (psikologi) apabila satu jenis makanan itu diberikan. Holt et al. (1995) pernah mewujudkan konsep satiety value dan satiety index untuk mengukur tahap sebenar bilakah seseorang itu rasa kenyang. Apabila index ini diperolehi, ia boleh diaplikasikan dalam terapi obesiti.

Satiety adalah isu yang subjektif. Tak ramai tahu bila dia mencapai kepuasan tersebut kerana mereka lebih cenderung menggunakan “perut penuh” sebagai indikator. Selagi tak penuh, selagi tulah makanan diisi.

Namun isu ini juga bukanlah isu baru kerana saya sudah beberapa kali berkongsikan perihal ini di Facebook. Barangkali ramai yang lupa, tak apa. Saya kongsikan sikit di bawah.

Tip mencapai Satiety No. 1 = Makan secara perlahan!

Tip mencapai Satiety No. 2 = Minum banyak air masak!

Tip mencapai Satiety No. 3 = Makan banyak sumber serat!

Masih tak faham? Tak apa. Saya akan kongsikan huraian ketiga-tiga tip di atas dalam entri yang seterusnya, Inshaa Allah esok (lagipun masa untuk menulis hari ini agak terhad kerana banyak komitmen lain).

Pastikan anda sudah LIKE Facebook Susu Sejat (molek lagi kalau set kepada “see first”) atau bookmark blog sususejat.com supaya anda tak terlepas sambungan bahagian kedua entri ini. Okeh?

p/s 1: Nabi berpesan supaya kita ‘berhenti makan sebelum kenyang‘. Saya percaya apa yang baginda cuba sampaikan di sini adalah ‘nikmati kepuasan makan itu sebelum perut penuh‘. Jadi konsep ini bukanlah konsep baru, cuma kita yang kurang faham. Tak apa, esok atau lusa bila free sikit saya cerita…

p/s 2: Dalam sains, penyelidik merujuk “fullness” (istilah yang saya guna dalam entri ini) sebagai “short term signal“, manakala “satiety” pula sebagai “long term signal“.

Comments

  1. By elmyolen

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *