Kerintangan Leptin dan Nafsu Makan

Salam SS, baru-baru ni saya ada menonton iklan Venus Factor yang mengatakan hormon leptin adalah kunci untuk menguruskan badan. Wanita mempunyai 2 kali ganda hormon ini berbanding lelaki, tetapi wanita tidak memanfaatkannya atas sebab-sebab lain seperti ‘leptin resistance’. Boleh tak encik susu sejat terangkan serba sikit mengenai leptin, cara ia bertindak dan cara untuk meningkatkan penggunaannya untuk membantu diet saya? Terima kasih.”

W’salam saudara. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu adipose (lemak) yang bertindak ke atas otak (bahagian hypothalamus) dalam mengawal pengambilan makanan. Ia adalah sejenis protein yang terdiri dari jujukan 167 asid amino pada strukturnya.

Secara spesifik, fungsi leptin adalah untuk mengawal atau regulate rasa nak makan atau kita panggil sebagai rasa kenyang (satiety). Analogi nya adalah, kita anggap leptin (dan antagonisnya iaitu ghrelin) sebagai tolok pada tangki minyak kereta; ia memberikan isyarat kepada meter minyak pada dashboard kereta (otak) untuk dirujuk oleh si pemandu.

Beberapa lagi fungsi hormon Leptin selain terlibat dengan regulasi rasa kenyang-lapar.

Apabila paras minyak dalam tangki adalah penuh, ia akan memberikan isyarat kepada dashboard/otak dan menyuruh, “tangki dah penuh, berhentilah mengisi/makan!”.

Apabila kita berhenti makan, paras leptin akan kembali menurun secara perlahan-lahan, seiring dengan kerja yang dilakukan, sehinggalah satu hormon lain (ghrelin) akan mengambil tempat untuk menginduksikan pula rasa lapar, lalu isyarat yang baru akan diberikan kepada otak, “minyak dah nak habis, cepat pergi isi!”. Dipendekkan cerita, Leptin dan Ghrelin ni bekerja secara antagonis antara satu sama lain, sama seperti insulin dan glukagon.

Proses kerja leptin (normal)

Disebabkan ia dihasilkan oleh sel lemak, secara nisbahnya lebih banyak sel/tisu lemak, maka lebih banyak hormon leptin yang regulate dalam badan. Itu menjelaskan mengapa perempuan mempunyai lebih banyak hormon leptin berbanding lelaki kerana secara genetik, perempuan mempunyai tisu lemak yang lebih banyak berbanding lelaki untuk tujuan seperti memudahkan proses kelahiran anak. Orang obes juga mempunyai banyak hormon leptin.

Jadi sekarang ini mungkin saudara akan bertanya, apa kaitan leptin dan kegemukan? Kalau mereka yang obes dan perempuan mampu menghasilkan banyak hormon leptin, mengapa golongan ini mempunyai tendency untuk sentiasa makan?

Jawapannya adalah kerintangan leptin atau leptin resistance.

Orang yang obes biasanya mempunyai kerintangan leptin, dan ini membuatkan mereka tidak boleh membezakan apa itu rasa kenyang dan lapar, kerana otak tidak boleh mentafsir leptin yang hinggap pada otak mereka. Hal ini sama macam bagaimana sel rintang terhadap insulin dalam kes diabetes tahap 2. Justeru, mereka akan terus makan dan makan kerana masalah ini.

Kembali kepada analogi tangki minyak sebelum ini, kerintangan leptin ibarat seperti tolok pada tangki minyak yang telah rosak, isilah minyak banyak mana pun, meter bacaan hanya statik paras itu sahaja.

Antara kunci untuk memastikan regulasi leptin berada dalam keadaan baik adalah:

  1. Jangan tinggalkan karbohidrat dalam menu anda. Kalau buat diet rendah karbohidrat, pastikan ada proses “refeeding” (carb loading) dalam tempoh tertentu. Ini untuk mengelakkan
    badan berada dalam fasa kelaparan (starvation) terlalu lama.
  2. Jaga timing makan.

Kesimpulannya, leptin amat membantu dalam mengawal nafsu makan kita sekiranya ia digunakan dengan baik (tanpa rintangan leptin oleh otak). Dan secara logiknya, bila kita mampu mengawal rasa makan, lebih mudah untuk kita mengawal diet kita, dan lebih mudah untuk mengawal berat badan.

 ====

Artikel ini dipetik dari Facebook Susu Sejat dan merupakan salah satu topik yang dimasukkan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat. Untuk mendapatkan siri buku ini, klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *