Kesilapan yang dilakukan ketika menimbang makanan

Antara kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan ketika menimbang makanan (untuk menentukan nilai kalori) ialah,

1Menimbang secara ‘pukal’

Terdapat sesetengah individu yang menimbang kesemua “sebungkus nasi lemak” berserta dengan lauk-lauknya.

Cara Salah: Berat SEBUNGKUS nasi lemak di atas ialah 320g. Berdasarkan Food Calorie List, 170g nasi lemak = 288kcal, maka 320g nasi lemak = 320g/170g x 288kcal = 542kcal.

Cara Betul: Setelah mengasingkan ayam, telur dan timun, berat bersih nasi lemak itu cuma 170g. Berdasarkan Food Calorie List, maka nilai kalori nasi lemak ini (tanpa kuah atau sambal) ialah 288kcal. Dari sini, tentukan pula nilai kalori bagi seketul ayam, sebiji telur dan timun (kalau setakat sehiris dua, boleh diabaikan), dan jumlahkan dengan nilai kalori nasi lemak tadi untuk mendapatkan jumlah kalori sebenar hidangan ini.

2Menimbang sekali bersama pinggan

Sebiji piring pirex sahaja mempunyai berat kira-kira 400g, manakala sebiji piring plastik mempunyai berat kira-kira 50g. Sekiranya ingin menimbang menggunakan pinggan/piring, pastikan timbang dahulu berat pinggan/piring yang kosong. Kemudian, tentukan berat makanan menggunakan kaedah berikut:

Berat makanan = (berat makanan dan pinggan) – (berat pinggan yang kosong)

Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan bekas polisterin, bekas plastik microwaveable (bekas Tau Foo Fah dari pasar malam), atau kertas pembalut coklat seperti foto di atas, bolehlah diabaikan berat bekas-bekas tersebut (kerana terlalu ringan).

3Makanan yang ditimbang terlalu berat

Meskipun penimbang dapur menetapkan mampu memberikan bacaan sehingga 3kg, namun ini bukan bererti anda boleh menimbang kesemua makanan yang hendak dimakan sekaligus (makanan yang berkuah selalunya berat). Ini kerana, bacaan penimbang dapur akan menjadi ‘kurang tepat’ apabila melebihi separuh daripada had yang tertulis. Adalah lebih elok jika menimbang sedikit demi sedikit (pastikan tidak melebihi 500g-600g untuk sekali timbang), kemudian campurkan kesemuanya untuk mendapatkan jumlah berat makanan yang sebenar.

4Menimbang pada permukaan yang tidak rata

Pastikan penimbang diletakkan pada tempat yang lurus dan rata untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Meja di dapur merupakan antara lokasi yang paling sesuai.

5Tidak dapat membezakan antara bacaan ‘gram‘ dan ‘ounce

Buat mereka yang sudah biasa membuat kuih, biskut, atau kek, mungkin ini tidak menjadi masalah. Namun buat mereka yang ‘kurang biasa’ dengan penimbang di dapur, mungkin ini merupakan masalah yang besar yang harus anda harungi. Sila biasakan diri anda dengan bacaan skala pada penimbang, dan tanya juga pada mereka yang lebih arif (terutamanya pada ibu, kakak, atau rakan-rakan yang sudah biasa menggunakannya).

P/S: Sejak mula diperkenalkan awal Mei lalu, aku kini mula mendapat respon positif daripada para pembaca Susu Sejat yang mengamalkan teknik mengira kalori ini. Ada yang turun beberapa kilogram (weight loss), dan ada juga yang naik beberapa kilogram (weight gain). Kepada mereka, tahniah aku ucapkan, dan kelak jangan lupa bimbing kawan-kawan yang baru belajar, ok?

Dan sesiapa yang belum mendapatkan ebook Food Calorie List, masih boleh mendapatkannya secara percuma menerusi email, sususejat[at]gmail[dot]com. Versi baru (2.0) akan mula dilancarkan menjelang bulan Ramadhan kelak, dan terdapat penambahan beberapa makanan di dalamnya.

Comments

  1. By Hapiz Rahman

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By hafeezaothman

    Reply

  4. By myzone

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *