Kisah 3 BFF (Bukan Testimoni Produk!)

Aku dapat email daripada seorang pembaca setia ni kira-kira 5 hari yang lepas, tetapi baru hari ini berkesempatan buka email dan membacanya (aku kan jenis lambat buka email, faham-faham sahajalah. Sibuk konon-kononnya). Aku rasa perjalanan weight loss 3 orang kawan karib yang masih menuntut di IPG ini menarik juga untuk dikongsikan dengan pembaca yang lain, semoga dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi selepas cerita Abang Iz Wahab bulan Mac lalu yang amat menyentuh perasaan. Sekali lagi, tahniah buat 3 jejaka hensem-bakal-guru ini kerana berjaya mengubah gaya hidup!

Gambar yang saya sent ni adalah kejayaan kami bertiga (BFF) mengubah cara makan yang salah kepada cara hidup sihat bermula dengan SHAIFUL (paling kiri) yg mempunyai berat badan 85KG dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg dalam masa 6 bulan, tetapi dengan cara yang agak tidak sihat iaitu hanya makan roti dan lauk sahaja dan lebih SUKA skip meal.

Dengan pengaruhnya (Shaiful) yang besar, saya atau PIJIEY (tengah) merasa tergugat dengan berat asal 95kg telah mengambil langkah untuk berjinak-jinak dengan diet yang tidak sihat pada awalnya dan hanya turun 5kg dalam sebulan. Namun setelah dikenalkan dengan blog sususejat oleh seorang rakan, saya mula menerokai sepenuhnya blog ni dan faham sebaiknya serta MENGAMALKAN semua tip-tip yang ada. Berat saya yang terkini adalah 77kg, dicapai dalam masa 3 bulan dengan cara diet yang sihat.

Setelah kami berdua berjaya, kami mula menyebarkan virus kesedaran kepada rakan kami iaitu HAFIZ (paling kanan) untuk mengamalkan gaya makan yang lebih sihat. Pada awalnya dia menolak kerana menyangka dia tidak gemuk tetapi boroi sahaja, namun setelah seminggu memberi tekanan kepada nya, akhirnya dia bersetuju dan sekarang dia telah turun sebanyak 13kg dalam masa 2 bulan, sekali gus memiliki berat badan ideal!

Dari kiri: Shaiful, Pijiey, dan Hafiz.

Berbalik pada kisah SHAIFUL yang dulu mengamalkan cara makan yg KEJAM, kini dia sudah pandai dan tahu mengatur waktu dan cara makan yang betul serta sihat dan kami bertiga mula mengambil kira pengambilan kalori setiap hari mengikut keperluan dan sedar kepada ketidakbenaran mitos-mitos diet di sekeliling kami. Kini kami mula menjadi tempat rujukan rakan-rakan kami yang ingin KURUS, dan kami dengan bangganya memperkenalkan BLOG SUSUSEJAT!

Sebelum terlupa umur saya dan Shaiful adalah 22 tahun manakala Hafiz pula 24 tahun, kami adalah guru pelatih dari INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.

Secara jujurnya saya menghantar gambar ini bukan untuk dikenali atau gila popular, namun mesej yang lebih jelas adalah tidak mustahil untuk seseorang untuk mengubah hidupnya ke arah lebih sihat! Apa yang penting adalah keinginan dan kesungguhan. Tidak perlu mengorbankan duit yang banyak untuk kurus TETAPI KITA PERLU KORBANKAN KESERONOKAN UTK MAKAN demi untuk kesihatan. Bak kata pepatah kami ‘NO PAIN NO GAIN’!

Harap SS boleh kongsikan cerita kami ni untuk memberi semangat kepada para pembaca lain. Sekian.

Comments

  1. By Saudara Yeop

    Reply

  2. By deino

    Reply

  3. By pijiey

    Reply

    • By lorna

      Reply

      • Reply

        • By pijiey

          Reply

          • By zetty

            Reply

  4. By terrarosa

    Reply

  5. By mama3musketeers

    Reply

  6. By suehailee

    Reply

  7. By akema

    Reply

    • Reply

  8. Reply

  9. Reply

    • Reply

  10. By bard

    Reply

  11. By nana1984

    Reply

  12. By eiyma

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *