Kisah 3 BFF (Bukan Testimoni Produk!)
Aku dapat email daripada seorang pembaca setia ni kira-kira 5 hari yang lepas, tetapi baru hari ini berkesempatan buka email dan membacanya (aku kan jenis lambat buka email, faham-faham sahajalah. Sibuk konon-kononnya). Aku rasa perjalanan weight loss 3 orang kawan karib yang masih menuntut di IPG ini menarik juga untuk dikongsikan dengan pembaca yang lain, semoga dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi selepas cerita Abang Iz Wahab bulan Mac lalu yang amat menyentuh perasaan. Sekali lagi, tahniah buat 3 jejaka hensem-bakal-guru ini kerana berjaya mengubah gaya hidup!
Gambar yang saya sent ni adalah kejayaan kami bertiga (BFF) mengubah cara makan yang salah kepada cara hidup sihat bermula dengan SHAIFUL (paling kiri) yg mempunyai berat badan 85KG dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg dalam masa 6 bulan, tetapi dengan cara yang agak tidak sihat iaitu hanya makan roti dan lauk sahaja dan lebih SUKA skip meal.
Dengan pengaruhnya (Shaiful) yang besar, saya atau PIJIEY (tengah) merasa tergugat dengan berat asal 95kg telah mengambil langkah untuk berjinak-jinak dengan diet yang tidak sihat pada awalnya dan hanya turun 5kg dalam sebulan. Namun setelah dikenalkan dengan blog sususejat oleh seorang rakan, saya mula menerokai sepenuhnya blog ni dan faham sebaiknya serta MENGAMALKAN semua tip-tip yang ada. Berat saya yang terkini adalah 77kg, dicapai dalam masa 3 bulan dengan cara diet yang sihat.
Setelah kami berdua berjaya, kami mula menyebarkan virus kesedaran kepada rakan kami iaitu HAFIZ (paling kanan) untuk mengamalkan gaya makan yang lebih sihat. Pada awalnya dia menolak kerana menyangka dia tidak gemuk tetapi boroi sahaja, namun setelah seminggu memberi tekanan kepada nya, akhirnya dia bersetuju dan sekarang dia telah turun sebanyak 13kg dalam masa 2 bulan, sekali gus memiliki berat badan ideal!
Dari kiri: Shaiful, Pijiey, dan Hafiz.
Berbalik pada kisah SHAIFUL yang dulu mengamalkan cara makan yg KEJAM, kini dia sudah pandai dan tahu mengatur waktu dan cara makan yang betul serta sihat dan kami bertiga mula mengambil kira pengambilan kalori setiap hari mengikut keperluan dan sedar kepada ketidakbenaran mitos-mitos diet di sekeliling kami. Kini kami mula menjadi tempat rujukan rakan-rakan kami yang ingin KURUS, dan kami dengan bangganya memperkenalkan BLOG SUSUSEJAT!
Sebelum terlupa umur saya dan Shaiful adalah 22 tahun manakala Hafiz pula 24 tahun, kami adalah guru pelatih dari INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.
Secara jujurnya saya menghantar gambar ini bukan untuk dikenali atau gila popular, namun mesej yang lebih jelas adalah tidak mustahil untuk seseorang untuk mengubah hidupnya ke arah lebih sihat! Apa yang penting adalah keinginan dan kesungguhan. Tidak perlu mengorbankan duit yang banyak untuk kurus TETAPI KITA PERLU KORBANKAN KESERONOKAN UTK MAKAN demi untuk kesihatan. Bak kata pepatah kami ‘NO PAIN NO GAIN’!
Harap SS boleh kongsikan cerita kami ni untuk memberi semangat kepada para pembaca lain. Sekian.
harap2 ramai rakyat malaysia yg ingin kurus dgn mengamalkan gaya hidup yg sihat mcm mereka ni x mcm org yg kurus guna pil ataupun pergi ke tempat2 menguruskan badan. x de effort langsung diorang…..
sy pun dah sebarkan virus sususejat jugak…hopefully virus ni menular dgn pantas…=p
*my progress was slow but still manage to lost 14 kilos in 5 months…sekarang ni nak maintain aje…thanks a lot to the virus…hehehe
pehh..kembar my twin on SS..bangga!
weewwiittt…tahniah to BFF teacher wannabe and SS sbb mendorong org lain keep slim and healthy!!
suker lar tgk sumer org dh kurus…haaaaa..bila i nak kurus ideal pulak nih..
Tapi alhamdulillah dh turun skit, baju pon dah longgar,tulang selangka dh nampak…ayyoo bestgiler!!
Berkat SS yang gigih posting mcm2 artikel yg bestt, my current weight is 71kg, last weight b4 started the exercise regime was 76kg, within 1 month..ok what!
And nasib terbaca artikel ‘Anda golongan yang mana’ bile find out yg sbnarnya weight training is so vital in order to get slim easily despite control DCR and so on,sbb mmg ada buat cardio tapi tak turun2..rupa2nya kurang ilmu di dada..(lemak je banyak)
Last but not least ada 25kg lagi nak achieve..insyallah!! determined mcam SS i will follow and there is the chance if you believe. So approx. 5-6 months lagi, i will updet the NEW me…insyallah…amin..:))
p/s: dh mcm janji pulak..eiii kalu tak de booster mcm nih mmg lambat skitla kan??!!..hahahah..
thank you to SS again..kurus nati I blanje u mamam okeh!!
okeh, saya tunggu kisah kejayaan dari lorna pula awal tahun depan ok, janji? hehehe. ;)
lorna n BFF bertiga diatas adalah classmate!,,hahaha
hai pijiey.. sy berminat nak tahu dgn lebih lanjut tentang cara anda berdiet..
wah lepas kurus terus boleh ‘posing’ macam artis…
sudah tentunya dengan saiz badan yang menarik, pilihan fesyen juga akan lebih banyak, tapi apa yang penting badan sihat dan boleh melakukan aktiviti harian dengan lebih cekap.
Hidup cikgu !!!
nanti boleh sebarkan ‘virus’ tersebut kepada anak murid nanti.
perrgghh..! sgt teruja sy membacanya…saya pun tlh meng war-warkan blog sususejat pd sedara mara..
thanks mama3musketeers ;)
whoa skrg kamu suda nmpk gah n begaya! TAHNIAHH!!
serius!sangat kagum sgt ngan bff nih…actually sye dah lame pk pasal diet, cume still cari mane diet yg sesuai..siap berfikir nak wat atkin.but after semalaman bace blog sususejat ni,akhirnya dah come out ngan new diet plan!!kire kalori !and diet based on calori!!thanx susu sejat coz sedarkan kamek b4 pilih diet atkin…
atkins ekstrim sedikit sebab tak ambil karbohidrat, restriction paling tinggi masa induction, so sedikit rugi di situ (tak boleh makan nasi langsung). While ‘calorie counting’ ni lebih fleksibel dan akema boleh gunakan mana2 ratio/nisbah karbohidrat:protein:lemak yang akema nak. Ratio seimbang adalah 50:30:20. good luck on calorie counting, dan jangan lupa excercise untuk speed-up kan kadar penurunan berat.
sy pun penuntut ipg yg nk trunkn berat jgk=). dr kecik over weight smpai skrg.pnh msuk thap obes. kna trunkn lg 25kg utk brat yg ideal. klu bjya t sy bgtau mr ss ye. doakn;-)
mesti doakan punya.. good luck ye! :)
wahh! my seniors~yg tgh tu mmg xdinafikan selalu nmpk dy jogging petang2..seronok tgk org dh kurus..when its going to be my turn..bole bagi tips? :D
betul ke? dah femes dah senior-senior awak ni nurfatin… :)
salam ss…
mcm mn nak contact mereka tu..nak ambik virus2 pembakar lemak nie..teruja gak…
congrats untuk you guys!!! well korang nampak lebih ceria and muda lewww!! kelass!! :)
Hye ss tq ye sbb awk brmurah hati share segala ilmu yg awk ade n selalu bt org brsemngat nk turunkan berat badan. Sy mase memula bace blog nih kn berat sy 102kg huhuhu lemak sana sini.. skrng pon still brlemak lg tp best banyak baju dh muat nk pakai n berat pon dah xde 3angka lg.
Berat skrng dah 85 muka pon da comel sikit lemak pon da kurang xde da yg gelebeh2 hehehe sgt suke n sgt truja.. x sabar nk turunkan lg berat badan ni tp makan mase sikit la.. thanks ye susu sejat awk bg sy semangat