Kisah Abang Iz Wahab…
Kisah yang bakal aku lampirkan sebentar lagi merupakan kisah benar yang berlaku kepada saudara kita yang bernama Iz Wahab. Siapa Iz Wahab? Majistret? Lawyer? Ahlil Muzik? Beliau merupakan salah seorang daripada ribuan pembaca blog Susu Sejat, yang mengikuti penulisan SS sejak November tahun lalu. Beliau tidak pernah jemu membaca, mengulangkaji, dan mempraktikkan apa yang ditulis dalam teratak (blog) usang ini.
Berikut merupakan kisah.. yang merupakan beberapa siri emel yang SS terima daripada seorang pembaca setia bernama Iz Wahab. Kisahnya bermula apabila beliau mula menghantar emel personal kepada aku pada 10 November 2010, kira-kira 5 bulan yang lalu.
Saya dah start workout dan diet lebih kurang 2 bulan lepas. Dulu berat lg gila, 115 kg. Apa yg saya buat, hit the gym setiap hari tanpa gagal termasuk hari minggu, tak makan nasik/roti (karbohidrat), mkn sup, sayur dgn ikan, cereal, oat utk breakfast, tu yg turun gile2 sampai 10kg. Masa di gym pulak saya akan berjalan pantas di treadmill sehingga bacaan kalori kat treadmill tu mencecah 500/600 kcal (45 minit). Masalahnya ketika tu, walaupun berat turun, tapi saya sentiasa lapar dan starving, sampai badan mengerekot tahan lapar. Kalo lapar sgt, cuma makan biskut oat dan susu skim. Kalo lapar lagi, tahan je lah, tunggu besok baru mkn balik. Gile kan!! Nak raya pulak tu, tu yg gila berlapar tu. Masa raya hari tu berat saya 105kg.
Sekarang saya dah baca blog ejoy, saya dan wife dah belajar buat kira2 kalori. Makan berpantang, masak pun guna olive oil, bersenam macam biasa, weight training tak buat sgt sebab tumpu pada kardio. Target saya ialah turun 1 kg perweek (saya kena turun cepat, tugas saya memerlukannya!), jadi saya kira DCR saya hanya perlu ambil kira-kira 2000 kcal mcm tu. Kadang2 saya makan tak sampai 2000 kcal pun sehari, pasal dah biasa. Tapi nasik tetap amik sket masa lunch. kalo lapar pun makan biskut oat dan sandwich tuna mcm yg Ejoy ajar tu.
Itu hari saya ada beli penimbang analog, berat saya 110 kg!! Apehal? saya makan kawal, bersenam lagi pulak tu. Tension gile. Timbang setiap hari lps bangun tido pun (utk buat note berat harian), sama gak tak turun. Lagi sekali tension. Saya tak nak berlapar mcm dulu, dapat makan mcm sekarang pun (makan nasik) pun saya dah cukup bahagia. Apa perlu saya buat lagi? Feel bad la skrg!! Utk pengetahuan Ejoy, rutin makan saya sekarang ialah
pagi 7.30pg : cereal K first/oat/susu skim, fresh green apple juice
w/out sugar, multivitamin
snek 10.30pg : biskut oat, teh o
lunch : nasi putih 250g, ikan bakar/ ayam bakar/ daging, sayur. Pukul 5 ptg nk pg gym. (gym, fast walk di treadmill 45 min)
dinner : sama seperti lunch, kdg2 sandwich tuna.
supper sebelum tidur : Fresh jus nanas hijau w/out sugar, biskut oat.
Ejoy, tolong advise saya apa yg patut, saya target tak byk, dapat 90kg dulu pun dah syukur! TQ.
Nak tulis kat Fb awak, segan! hehe..
March 2010.. 120Kg
2 bulan kemudian…
Dah seminggu saya buat diet yg sihat dan bersenam. Saya gabungkan advise joy dan apa yg saya baca dalam buku kevin zahri. Minggu ni masuk minggu kedua. Makan nasi tetap 150 gram mcm yg Ejoy ajar, lebihkan sayur dan sumber protein lain, tetapi masih wujudkan kalori defisit. Setiap hari kalori yg harus masuk dalam badan juga makin berkurang sbb badan kita lose weight setiap hari, betul tak? Saya juga bersenam, skrg dah jumpa cara baru, buat cardio + weight training kat umah je. Saya dan wife dah buat studio senaman kat umah, ada bilik kosong extra, so beli dumbell dan exercise mat. Hari2 bersenam ikut video the biggest loser “power sculpt” selama 50 minit. Peluh keluar macam air terjun!!! Senaman dia gabungkan kardio dan juga weight (mcm compound exercise yg Ejoy sarankan hari tu!!) Bukan apa, treadmill kat gym ada 3, tapi smua dah jahanam, rosak, tu yg kena carik alternatif lain untuk berpeluh!!
So hasilnya, berat saya yg statik 110 kg tak gerak2 hari tu dah berkurang ke 108kg seminggu!! (sebab saya target memang nak turun 2kg seminggu!!) dan saya akan teruskan!! Cuma nak tanya, perlu ke saya makan whey protein?? yelah, untuk bina muscle, tapi saya nak lose weight, kevin zahri kata kalo nak lose weight, mmg kita akan lose muscle sekali. Saya takut kalo amik whey protein, muscle naik, berat pun naik. so how, Joy?? 4 your info, saya juga amik fat burner Lipo6x sepanjang tempoh ni, dah hampir 3 minggu guna. Saya rasa ok jugak la, peluh lagi byk kuar. Lagi satu, tgk dlm blog pasal minuman pengembali tenaga, glucolin+whey protin+susu skim, tu mcm byk kalori je Joy?? saya leh amik ke lps workout??
Anyway, take care and happy new year!!
Seminggu yang lalu…
Tapi kan Ijoy, saya ingat ada satu topic yg kalo Ijoy tulis, mesti akan byk membantu golongan2 yg amat memerlukan di luar sana. Topik tu ialah dari aspek psikologi dan juga motivasi. Macam saya dulu, saya tak perasan yang saya ni gemuk. Makan dan makan adalah aktiviti utama, dan kengkawan juga pun kaki makan. Bezanya kita makan sama banyak dgn apa yg kawan kita makan, tapi, badan kita makin naik. badan diorang mcm tu jugak, kerempeng!! Tak adil betul!!! Bila ada kawan saya yg tegur pun, cuma sound, “wei, badan hang ni dah naik sket lah!” So, kita ni pun beranggapanlah yg “Ah, naik sket je kot, takkan la gemuk sgt!” Apa yg kita tak tau ialah sikit-sikit tu ghupanya dah membukit dah lemak kat perut tu dan di seluruh badan. Saya tak penah perasan kenapa dalam setahun je mesti saya kena tempah baju dan seluar baru!! Dalam hati “Apalah kejadahnya baju aku ni mengecut?? Ni mesti kain murah!!! Keh keh keh!!”
Saya dikejutkan dari mimpi indah bila bertugas di tempat baru, yg mana penugasan saya di sini amat memerlukan kita bergerak pantas dan menjalankan aktiviti fizikal. Ketika itu baru saya sedar, “Aku ni gemuk dah tahap ‘super obese’ dah ni ha!!”. Bayangkan pakai stoking pun dah senak!!! So bila saya mula bertekad untuk mengubah fizikal saya ini, saya rupanya bertekad untuk mengubah hidup saya. Rancangan kegemaran yang dahulunya ialah program jalan-jalan carik makan atau siri masakan di AFC tu telah kini bertukar kepada siri The Biggest Loser. Yang saya tertarik pasal siri ini ialah selain dari kita melihat kekuatan fizikal dan mental peserta membuat latihan, ia lebih menyentuh kepada perjalanan emosi seseorang yg obese dalam menempuh hidup seharian. Bagaimana mereka putus asa, hampa, sedih, menangis, mengenang nasib diri dalam berjuang menempuh hidup seharian dgn keadaan diri yg obese. Tanpa saya sedari, semasa saya menonton siri ini, saya juga rasa sedih kerana ia banyak reflex diri saya pada suatu masa dahulu.
Bagaimana saya yg agak athletic suatu masa dulu telah menjadi seorang yg sedih, murung, tak jaga kesihatan dan hidup dalam tekanan. Yes, tekanan yg mengeluarkan hormone kortisol itulah. Itulah penyebab kenapa rupanya badan saya senang naik, kerana saya selalu tertekan, tapi saya tak pernah perasan ataupun tak pernah rasa yg saya ni sebenarnya tertekan. Jadi untuk menghilangkan tekanan, saya makan, lepas makan saya merokok. Lepas tu tidur, tidur pulak dalam air-cond!! Mana tak jadik ular sawa!! Asal tertekan sikit je saya capai rokok!! Rokok penting!! Tengah2 malam pun bole start keta kuar carik kedai kalo rokok abis!! Ketika inilah saya berada dalam dunia saya yg mana saya rasa amat bahagia sekali. Saya tak sedar saya ni membunuh diri saya sendiri sebenarnya.
Saya juga terkenang di saat di mana saya kalau lapar pada waktu malam, saya boleh makan satu keping pizza hut super supreme regular, 4 ketul chicken wings, mushroom soup sambil minum soda 1 botol besar seorang diri sahaja sekaligus sedangkan hidangan tu untuk 2 orang atau lebih. Itulah antara rutin makan saya setiap hari dulu. Bayangkan juga saya tak pernah bersenam walaupun setitik peluh bukan dalam tempoh 1 bulan, tapi dalam tempoh 5-6 tahun direct. Tidak ada jalan2 di taman dan rekreasi lain (maklumlah ketika itu belum ada anak lagi).
Kali terakhir saya bermain bola sepak di padang adalah pada tahun 2005. Kali terakhir saya bermain futsal ialah pada tahun 2004. Kali terakhir saya mengayuh basikal ialah pada tahun 2001. Jogging? Saya pun tak ingat tahun bila saya last jongging. Tahun?? Ye..semuanya tahun, bukan minggu lps, bulan lps, tapi tahun. Pendapatan yg saya ada, sya lebihkan dgn pakaian, kenderaan, makanan dgn banyak sampaikan benda penting mcm kasut jogging pun saya tak endah nak beli, padahal berapa sgtlah harga kasut jogging baru tu.
Alhamdulillah, kini saya sedar, saya tak boleh jadi seorang ayah dan suami yg baik, ketua keluarga yg baik jika saya berterusan begini. Bagaiman saya nak jaga keluarga saya kalau saya tak boleh nak jaga diri saya sendiri. Mujur saya mendapat hidayah dari Tuhan untuk berubah, dikurniakan isteri yg selalu menyokong saya, anak lelaki yang comel yg saya sanggup berkorban apa saja dan juga keluarga dan kawan-kawan yg banyak menyokong saya. Saya minta maaf banyak2 pada keluarga saya dulu kerana menyingkirkan mereka dan tidak menunjukkan contoh yg baik kepada mereka, saya tidak akan ulang kesilapan yg pernah saya buat dahulu. Saya tidak akan buat lagi!! Saya tahu betapa siksanya menjadi ‘orang’ itu. Saya adalah saya yg baru. Terima kasih kepada Ijoy yg banyak membantu dari segi nasihat dan tips2 yg berguna, fitness guru seperti Kevin Zahri dan mereka yg mewujudkan rancangan Biggest Loser!! Bob dan Jillian, terima kasih banyak walaupun saya tak pernah jumpa mereka!!
March 2011… 90Kg and it’s going down!
Saya kini seorang yang gilakan senaman, apa jua senaman, kardio aerobics, jogging dan selalu ke gym. Setakat 7 km slow jogg 4 hari seminggu kini bukan masalah lagi, Saya juga dah ada basikal dan join kelab berbasikal di tempat saya. Hei…saya kini dah main bola sepak semula dan yg best, saya akan ke padang bersama anak lelaki dan isteri untuk main bola sepak bersama2!! Indah betul saat ini!! Saya berenti merokok hampir 5 bulan dah. Sebab pada saya merokok ni rasanya dah tak sedap mcam dulu. Dahlah mahal, sekotak RM 10. Lepas tu saya mudah batuk, sakit tekak, demam. Saya bosan lah hidup mcm ni. Baik RM 10 tu saya beli sayur atau makanan sihat untuk anak dan isteri saya lagi bagus. Yang bestnya bila tak merokok ni, stamina saya terus meningkat dan saya rasa segar sepanjang masa. Saya nak tengok cucu saya nanti. Kalau saya merokok, mungkin tak sempat!!
Ya, Saya tak dapat bayangkan yang saya akan buat ini semua semula dan sekarang, saya melakukannya. Hidup ini indah, love our life and our family, tiada apa yg mustahil dalam hidup kalau kita berusaha!! Saya sayang hidup saya sekarang dan saya lebih menghargainya kini!!
Ejoy…..terima kasih sekali lagi. You touch my life lah. And I owe u lah bro!! Naik pelamin jgn lupa jemput tau!!
p/s: Sorry kalau buat ko rasa macam baca novel!! Keh keh keh!!
seronok btul bace cerita abg iz wahab ni..ala2 siri joy pun ade gak tp versi cerpen..hihi..cerite die wat pembakar semangat utk ikut saranan ss dgn lbh serius..dh lame jd pengikut blog ss tp start je seminggu bile jumpe je weekend trus terkubur..huhu..btul la,nk wat sume ni perlukan motivasi yg tinggi..ape2 pun berbalik pd diri sendiri kan..:)
Betul, tu yg penting semangat dan motivasi!! Takpe, kalo kita sanggup berusaha, ramai yg akan membantu.:)
Wow … 5 bulan dah turun macam ni :) syukur la .. bro, saya faham2 sgt dengan situasi si abang tu sebab saya pun dalam keadaan sama sekarang … ebook Kevin tu membantu ke ?
TQ, Ome, tapi taklah 5 bulan, saya start middle of July 2010, so sampai skrg adalah kira2 9 bulan jugak. Dalam tu pulak ada la pulak terlajak masa raya puasa dan raya haji ari tu! Keh keh keh!E-book Kevin Zahri tu memang banyak membantu, trylah:)
Congratulation Abang Iz Wahab. Congratulation SusuSejat!
wah..mmg bgus entri ni..pemberi semangat kepada orang2 lain..!! syabas buat beliau! dn sybas juga buat joy di atas advise2 dia..
wa.. tahniah abg Iz Wahab.. memang best la.. nie la tahap pencapaian paling best kan.. to ej0y.. y0ur bl0g memang mavel0s.. byak yang dah berjaya bile amalkan nasihat2 dan tips dari en. ej0y. yang penting semanGat dan disiplin kan.. mcm saya masih lagi merangkak2 utk capai result mcm abg Iz…
Tahniah Abg Iz… seronok tgk org dapat kuruskan badan…ia seperti membakar semangat saya yg nak kuruskan badan nie…tapi bila nak start diet jer ada jer halangan….mungkin sama ngan Abg Iz…Tekanan,murung dan sedih yang membuatkan berat badan bertambah…tapi saya akan cuba untuk menceriakan hidup saya…agar dapat meneruskan diet…
issshhh .. mengada la .. menitik airmata macam tgk citer hindustan lak .. hehehe .. cayalah joy ..
Salam.
Saya adalah salah seorang daripada manusia yang pernah berada di wilayah “obesiti” atau dalam bahasa mudahnya “gemuk”!
Justeru saya memahami perasaan orang gemuk. Saya berketinggian 175cm dan mempunyai berat badan sebanyak 104kg.
Titik perubahan saya bermula selepas tamatnya pengajian di universiti. Setelah 8 bulan berlalu, kini saya telah kehilangan sebanyak 34kg.
Berat terkini saya ialah 70kg. Alhamdulillah syukur. Sebenarnya untuk menurunkan berat badan tidaklah sesukar yang disangka. Namun ia juga tidaklah semudah yang disangka.
Ia memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Yang paling penting, menurunkan berat badan memerlukan ilmu. Jadi sebelum berusaha untuk menurunkan berat badan, buatlah kajian terlebih dahulu. Banyakkan bahan bacaan. Blog sususejat ini adalah antara sumber bahan bacaan yang baik.
Kepada sususejat, saya ucapkan syabas kerana rajin berkongsi tips dan petua dengan pembaca. Terlalu banyak mistik yang berlegar-legar di dada akhbar dan iklan televisyen yang begitu rakus menjanjikan penurunan berat badan yang langsung tidak munasabah.
Setidak-tidaknya masih ada rakyat Malaysia seperti sususejat yang mengajar pembaca cara betul untuk menurunkan berat badan.
Sekian
Betul tu, kalo nak buat apa dlm dunia ni pun sebenarnya kita kena ada ilmu, barulah berkesan apa yg kita buat. Blog susu sejat adalah sumber rujukan yg amat baik.
congrats to abg Iz wahab…besemangat gak sy nk kuruskan badan ni..hehehe…
sy skng dh join gym..tp masalahnya skang, nape sy asyk rase cepat lapar je ye??
ape2 pon..cayalah en ejoy..
abg iz dah jd ensem & npk muda…=) tahniah..
T.kasih kepada semua yg mendoakan kesejahteraan saya. Cuma perlu diingat, untuk lebih berjaya, kita perlukan dorongan dan motivasi. Kuatkan semangat dan sentiasa ikut petua dalam blog susu sejat ni:)
wow!!! well done abg Iz…such an inspiration for me jugak ;)
TQ Nani..saya harap anda juga berjaya mencapai impian anda!!
Tahniah sbb berjaya dpt berat yg ideal… Sy pun skrg ni dah stuck tk mahu turun2. Br jer turun 3 kilo. Nk tanya dpt kt mn dvd biggest loser power sculpt tu? Nk juga cuba..
DVD power sculpt bole didapati di kedai video SPEEDY kat mana2 shopping center. Hanya perlukan dumbell yg ringan dan juga exercise mat. Kalo nak peluh kaw-kaw, try DVD TBL Cardio Max!! mesti puas hati punya!!
salam saudara Iz,
blh tak saya dpt emel saudara Iz..atau saudara Iz blh say hi di emel saya dulu mohdnadzir@gmail.com
harap sudi berkongsi. tqvm
leh e-mail saya di joetiefa@gmail.com
salam ejoy…
wah, semangat tengok crita abang iz tok. saya dah 5 bulan on program diet juak tok (lepas kena cabar incik suami). hahaha. pertama kali pergi kelas aerobik (23/9/2010) berat badan kamek 127kg, dengan tinggi 168. bayangkan lah macam rasaksa pegi aerobik. huhu. alhamdulillah berkat sokongan keluarga dan kawan2 kinek tok berat badan saya dan 87kg dan target saya ialah 75kg. incik suami pun terkezut berok sebab sik sangka boleh juak kamek turunkan berat badan…kerana masa saya kawen dengan nya dolok pun berat badan saya 107kg. hahaha. thanks bro for your tips :) ada masa jengoklah FB kamek (www.facebook.com/zaitihamdan) boleh lihat gambar sebelum (127kg) dan selepas (87kg) :)
saya mempunyai ketinggian 165 cm dan berat saya lebih kurang 61 kg…tapi saya nak kurangkan lagi berat badan saya…dan saya harap dengan kejayaan en IZ dapat memberi motivasi kepada saya untuk menjadi warga Malaysia yang sihat….amin
Amin…:)
Amin…
tahniah abg Iz..
SS bleh tak tunjukan sekali ape yg SS nasihatkan kat abg Iz sampai dia berjaya camtu? untuk kita kongsi sama2
tahniah abg iz….jadikan kisah ni sebagai penyuntik semangat…
salam and hi all
congrats bro iz and ss!
saya pun dalam kategori obes. umur baru 20+ tapi dah ada diabetes.
actually i dunno how to start. dah start dah tapi somehow tak konsisten.
anyway, i’ll keep this story as a motivation and guidance!
Apa yang penting berpeluh dengan cara yang kita suka, dengan ini boleh berkekalan berat badan kita pada para BMI yang normal. <25.
tahniah…kesedaran datang dari diri sendiri…
seronok bc corat coret anda berdua. Tahniah untuk Iz Wahab! Kalaula suami sy pon ade kesedaran utk mengamalkan gaya pemakanan sihat mcm korang kan bagus…huhu..
Nina, t.kasih. Tanggungjawab awak untuk sedarkan suami kalo dia tak sedar diri sendiri. Beri dia nasihat dan panduan. dan jgn sesekali putus asa utk beri dorongan. Ok.
sy nak kwin lg 4 bln..sy nk turunkan 20kg dlm masa 4 bln..berat skrg 82kg..tlg bantu sy..plzzzzzzzz
Mulakan dari kelas kalori, kemudian rujuk ruangan soalan-soalan lazim..
damn…cana boleh telepas baca entry yang ni, baru baca harini kat opis mata gua dah merah2 menahan sebak baca cerpen sedih ni…memang akan kujadikan sebagai pembakar semangat!..
Thanks ejoy..thanks Iz Wahab
hang boleh punya badai, hehehe. nanti kalau aku dapat apa2 info pasal gout aku akan share ;)
Hahaha…tak sangka la pulak cerpen ni menyedihkan! tp tak kisah lah..asal dpt memotivasikan org lain, saya dah cukup gembira!! Teruskan usaha kerah hidup yg lebih sihat dan bermakna!
Wa caya lu lah abg din.. Mmg respek sgt2.. hemm lepas nie nak bg Adie baca entry nie.. bg dier bsemangat nak mgecikkan perut dier yg semakin boroi tu huhuhu… Alhamdulillah lisa pon follow blog SS dan KevinZahri utk menurunkan berat badan… Alhamdulillah dr 73.8kg skang 59kg.. amik masa dekat setahun gak.. apa2 pon tahniah abg din ehh abg Iz… :P ngeh.. ngeh.. ngeh..
P/S: Kim salam kak Tip… :)
Hahaha..
Tahniah!! Tak sangka Lisa leh jumpa kat sini!! Anyway, teruskan dgn usaha ke arah kehidupan yg lebih sihat!! Jumpa raya nanti dan jgn lupa laksa peberet Abg Din tu!! Kem salam hubby!!
ekekeke… Sabtu nie 10/9 jemput dtg umah yer.. Tahun nie xder laksa Johor… tahun nie nasi tomato peberet kak Tip lakkk… :)
bro nk tnye…
mna nk dpt video biggest loser tu yea?…
boleh beli di kedai Speedy Video, atau kedai2 yang jual DVD luar negara. Di kedai-kedai alatan kecergasan macam Fitness Concept pun ada jual tak salah saya..
huhuhuhu betul tue motivasi n support sgt penting dari orang sekeliling.. sgt motivate baca kisah bro iz ni.. aku lagi berat dari korang 160kg tinggi 168cm.. huhuhu dari mana aku nak start ni..
mulakannya dengan bersenam esok, boleh tak John Labu? Kitorang dah bersedia nak beri 200% sokongan ni.. ;)
Ya, it’s not too late to start!! Remember, it’s the journey that count, not the perfection!!
slm..nak tanya..ade kawan akak ari tuh nak makan alpha lipid????buat drpd soya??? ok ke tuh??? selamat ke??? katenye kalu makan alpha lipid ni x kesah dah nak makan ape2 pun. senaman pun tak perlu. sure kurus????
salam, saya rasa itu lebih kepada faktor bisnes, apa yang penting disiplin, jaga makan, bersenam, cukup rehat, InsyaAllah berat turun bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi untuk seumur hidup kerana ia dah jadi sebahagian dari gaya hidup..
Salam perkenalan,
Seronok membaca kisah perjuangan untuk kurus ini. Tahniah
kepada anda yang berjaya. Disiplin diri adalah kunci segalanya.
Menarik jika dapat dikongsi dengan penonton dan pendengar di
Tvselangor dan di Radio Selangor. http://www.tvsnews.net
Kepada yang lain,Moga terus berjaya. 019-6622585, Salam Hormat- djmansor
salam bro iz wahab..blehh kongsi x experience bro dr segi pmakanan, senaman dan yg paling penting tips utk berenti merokok..blehh send kt emel sy slurpy_iz@yahoo.com