Kisah ‘Acai Berry’
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lalu, dunia internet gempar seketika dengan serangan spam pill acai berry yang dikatakan mampu menurunkan berat badan tanpa memerlukan diet dan senaman. Pengguna aplikasi Yahoo Messenger (YM) khususnya pasti tidak lupa, sekitar tahun 2008/2009, spam seperti itu telah berleluasa, menyerang bagai nak gila seperti wabak selesema babi. Pada waktu itu, Facebook pun baru sahaja mula popular di Malaysia, maka dengan itu YM adalah antara aplikasi yang digemari untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga. Setiap pagi, pasti ada sahaja ‘Buzz‘ dari kawan-kawan dalam kontek YM, ingatkan perkara penting sehinggakan pagi-pagi buta lagi pun dah hantar mesej. Rupa-rupanya itu kerja ‘virus’ acai berry. Pemilik akaun tu pula tak tahu apa-apa, tak tahu yang YM nya sudah di ‘hack’ oleh virus acai berry ni.
Disebabkan oleh peristiwa ini, maka acai berry telah mendapat persepsi yang negatif di kalangan masyarakat. Sebut sahaja acai berry, perkara pertama yang muncul di kepala otak adalah ‘spam’. Spam adalah perkara yang negatif kerana ia sering dikaitkan dengan ubat membesarkan pelir, viagra, skim pelaburan tidak berdaftar, pinjaman along, tawaran untuk memberi harta pusaka milik seorang usahawan yang tidak mempunyai waris yang mati dalam nahas kapal terbang (tapi kita perlu deposit sejumlah wang dahulu, konon-kononnya sebagai kos untuk urusan transaksi, apa kes?), dan berbagai lagi iklan dan produk yang pelik-pelik. Anda juga pasti tidak suka spam yang ada dalam mailbox anda bukan?
Setelah beberapa ketika, perkataan acai berry mula surut dari mulut-mulut masyarakat, fenomenanya tenggelam sebentar, sehinggalah ia mula di sebut-sebut dalam media massa sejak kebelakangan ini.
Sebelum mengulas lebih lanjut, tentu ada yang bertanya aku apa itu acai berry (buah acai) sebenarnya? Mungkin ada yang menyebutnya sebagai ‘a-chai-ber-ri’ (macam nama orang cina pula, ah chai), tetapi sebutan betulnya adalah ‘a-sai’ berry. Rupanya kehitam-hitaman dan bentuknya seakan-akan buah anggur tetapi lebih kecil. Buah ini pada asalnya dikomersilkan untuk tujuan perisa, dan jika anda berkunjung ke US, terdapat beberapa produk minuman yang menggunakan ekstrak buah ini sebagai perisa pilihan. Buah ini merupakan buah yang biasa bagi penduduk benua Amerika Selatan terutamanya yang berhampiran dengan hutan Amazon seperti Brazil.
Walaubagaimanapun sejak beberapa tahun yang lalu, acai berry telah dijadikan sebagai ramuan asas minuman kesihatan oleh syarikat-syarikat tertentu dan dimasukkan ke dalam produk pelangsingan badan mereka dengan mendakwa kandungan antioksidannya boleh membantu mempercepatkan penurunan berat badan (selain bertindak sebagai agen anti-penuaan dan anti-kanser).
Tidak dinafikan acai beri memang mengandungi beberapa nutrien termasuklah beta-sitosterol, sejenis sterol tumbuhan yang mampu menurunkan paras LDL kolestrol dalam badan, namun ia tidak cukup untuk menyokong buah ini mampu melangsingkan tubuh badan si peminumnya. Malah sehingga kini, tak banyak kajian saintifik yang mengaitkan acai beri (atau produk seangkatannya) dengan penurunan berat badan dan apa yang ada ketika ini hanyalah sekadar ‘cakap-cakap mulut’. Jika merujuk kembali beberapa kes di US, sememangnya terdapat beberapa isu yang berkaitan produk yang menggunakan ramuan acai beri ini, termasuklah isu penggunaan nama selebriti Oprah Winfrey dalam melariskan produk-produk mereka (rujuk screenshot YM di atas).
“Antara contoh produk pelangsingan yang menggunakan Acai Berry”
Di Malaysia pula, terdapat cerita terbaru mengenai Acai Berry. Berikut adalah ringkasan berita yang sempat aku capai dalam internet sebentar tadi. Berita ini aku ketahui setelah membaca Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2012 (Selasa).
Kuala Lumpur (6 Mac) – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan. Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan.
Komen SS: Aku masih tidak pasti produk apakah yang dimaksudkan dalam laporan berita ini, tetapi apa yang aku pasti, ada sebuah syarikat MLM di Malaysia yang menjual produk yang menggunakan Acai Beri sebagai ramuan asasnya. Mungkinkah syarikat ‘itu’ yang dimaksudkan dalam laporan ini?
http://www.youtube.com/watch?v=Hj3T_CRa9Xo&sns=fb – produk ni kot..
orang kampungku dah jadi mangsa
sampai harini xtau lagi produk apa ke? yg paling famous sekarang ABC ACAI BERRY – ‘slim semudah abc’… saya memang teringin nak tau sebab ramai sgt org terdekat yg consumed ubat ni dan kurus dalam masa yg singkat
Saya pun pernah guna AbC acai berry tuh . and turun sebanyak 10 kilo in a few months. Lepas badan turun , terus mengandung . Then saya stop penggunaan. Stakat ni badan saya still ok dan kandungan saya sihat . CUma dengar2 jugak sal ABC acai berry tu bahaya . cuma tak pasti kesahihannya . Sebab waktu saya consume tu , tengah hot kat facebook online shop .
still byk lg ofer kat FB….
apa nama produk ni.. sbb sy ada beli satu produk acai beri. tak tau la sama ada ini punca ayah sy kene kanser buah pinggang.. tlg bg tau nama dia
Yang ayah awak kene cancer buah pinggang. ..ayah awak makan produk apa…. Share sikit please
would like to know the manufacturer/agent for the product.tqvm.